Dalam artikel ini, anda akan belajar bagaimana untuk menerima matawang kripto ke dompet Luno anda ke dompet lain.
Anda boleh menerima matawang kripto dengan menyediakan pengirim dengan salah satu maklumat berikut:
-
Alamat dompet
-
Kod QR
Bagaimana cara untuk menerima kripto ke alamat dompet anda
-
Log masuk aplikasi Luno
-
Pilih Dompet dari menu
-
Tekan TERIMA
-
Pilih Cipta alamat terima
-
Pilih matawang kripto untuk alamat tersebut
-
Namakan alamat terima tersebut dan tekan CIPTA
-
Baca penafian dan pilih FAHAM
-
Imbas kod QR atau pilih ikon salin untuk berkongsi alamat terima anda dengan individu yang ingin menghantar kripto kepada anda
Berjaya! Kini anda boleh menerima bayaran kripto ke alamat dompet yang telah dicipta.
Amaran: Anda berpotensi untuk kehilangan dana
Pastikan anda menghantar matawang kripto yang betul ke alamat terima yang betul.
Beberapa platform kripto akan memberikan anda pilihan untuk memilih rangkaian pindahan yang berbeza untuk menghantar kripto, jadi adalah penting untuk memilih pilihan yang bersesuaian. Juga penting untuk diambil perhatian yang sesetengah matawang kripto adalah tidak bersesuaian dengan sesetengah alamat terima. Jika anda telah menghantar kripto secara tidak sengaja ke alamat yang tidak bersesuaian atau menggunakan rangkaian pindahan yang salah, kripto tersebut akan hilang dan biasanya tidak ada kaedah untuk mengembalikannya semula.
Semak perkara yang anda perlu tahu mengenai penerimaan kripto, untuk melihat senarai rangkaian pindahan dan matawang kripto yang betul, yang boleh dihantar ke Luno.
Tip
Sebelum anda menghantar atau menerima kripto, amalan tindakan yang terbaik adalah untuk melakukan ujian penghantaran, terutamanya jika anda merancang untuk memindahkan dana yang banyak. Hantar sejumlah kecil kripto terlebih dahulu, agar anda boleh mengesahkan yang semuanya berfungsi seperti yang dijangka dan dana berjaya diterima.
Berapa lama tempoh diambil untuk menerima matawang kripto?
Baca artikel Pusat Bantuan kami untuk mengetahui lagi mengenai berapa lama tempoh diambil untuk menerima matawang kripto.
Apakah caj untuk menerima matawang kripto?
Lawati halaman Caj dan Had untuk mengetahui langi mengenai caj yang dikenakan apabila menerima matawang kripto.