Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diingati apabila anda mahu menerima deposit kripto ke dalam dompet Luno anda. Mudah sahaja untuk mencipta alamat terima dan terima kripto, tetapi sebarang kesilapan boleh menyebabkan anda terpaksa menanggung kos yang lebih.
Anda pastinya telah melihat amaran yang dipaparkan pada aplikasi kami. Jika anda atau sesiapa sahaja yang menghantar kripto kepada anda dengan salah, wang tersebut berkemungkinan untuk hilang. Oleh sebab itulah pentingnya anda untuk mengetahui potensi-potensinya.
Tip
Sebelum anda menghantar atau menerima kripto, tindakan paling bijak ialah anda uji dahulu fungsi hantar, terutamanya jika anda merancang untuk memindahkan sejumlah wang yang besar. Cuba buat satu penghantaran kripto yang berjumlah kecil. Dengan ini, anda boleh memastikan yang semuanya berfungsi seperti yang dijangka dan wang berjaya diterima.
Apakah jenis koin dan rangkaian pemindahan yang disokong?
Luno menyokong matawang-matawang kripto yang disenaraikan di bawah. Jangan buat cubaan untuk memindahkan koin atau token yang tidak disenaraikan di sini, walaupun alamat terima anda kelihatan sesuai.
Beberapa platform kripto mungkin akan meminta anda untuk memilih rangkaian pemindahan (transfer network) apabila menghantar kripto. Kami juga turut menyenaraikan rangkaian pemindahan yang tepat bagi setiap koin.
Rangkaian pindahan |
Bitcoin |
Penting! |
Hanya hantar Bitcoin (BTC atau XBT) sahaja ke dompet Bitcoin anda. Jangan hantar Bitcoin Cash (BCH) ke alamat ini, atau wang anda akan hilang. |
Lebih maklumat |
Rangkaian pindahan |
Ethereum (ERC-20) |
Penting! |
Hanya hantar Ethereum ke dompet ETH anda. Jangan hantar jenis token selain dari ERC-20 ke dompet ETH, atau wang anda akan hilang. |
Lebih maklumat |
Rangkaian pindahan |
Ripple |
Penting! |
Pastikan anda sediakan kedua-dua alamat XRP dan tag unik XRP apabila menghantar XRP ke dompet Luno anda. Jangan buat cubaan menghantar XRP tanpa tag. |
Lebih maklumat |
Rangkaian pindahan |
Solana |
Penting! |
Hanya hantar Solana (SOL) ke dompet SOL anda. |
Lebih maklumat |
Rangkaian pindahan |
Aave |
Penting! |
Hanya hantar Aave (AAVE) ke dompet AAVE anda. |
Lebih maklumat |
Rangkaian pindahan |
Curve |
Penting! |
Hanya hantar Curve (CRV) ke dompet CRV anda. |
Lebih maklumat |
Rangkaian pindahan |
Maker |
Penting! |
Hanya hantar Maker (MKR) ke dompet MKR anda. |
Lebih maklumat |
Rangkaian pindahan |
Synthetix |
Penting! |
Hanya hantar Synthetix (SNX) ke dompet SNX anda. |
Lebih maklumat |
Rangkaian pindahan |
Stellar |
Penting! |
Hanya hantar Stellar (XLM) ke dompet XLM anda. |
Lebih maklumat |
Rangkaian pindahan |
Cardano |
Penting! |
Hanya hantar Cardano (ADA) ke dompet ADA anda. |
Lebih maklumat |
Rangkaian pindahan |
Ethereum (ERC-20) |
Penting! |
Hanya hantar Chainlink (LINK) ke dompet LINK anda. |
Lebih maklumat |
Rangkaian pindahan |
Ethereum (ERC-20) |
Penting! |
Hanya hantar Uniswap (UNI) ke dompet UNI anda. |
Lebih maklumat |
Rangkaian pindahan |
Litecoin |
Penting! |
Hanya hantar Litecoin (LTC) ke dompet LTC anda. |
Lebih maklumat |
Rangkaian pindahan |
Bitcoin Cash |
Penting! |
Jangan hantar Bitcoin (BTC/XBT) ke dompet Bitcoin Cash (BCH) anda. Hanya hantar Bitcoin Cash sahaja ke alamat ini. Anda boleh kehilangan wang jika anda menghantar ke dompet yang salah. |
Lebih maklumat |
Rangkaian pindahan |
C-Chain |
Penting! |
Dompet AVAX anda hanya bersesuaian dengan pindahan pada C-Chain Avalanche. Pastikan anda memilih rantaian yang betul apabila menghantar kripto ke Luno, atau anda boleh kehilangan wang anda. |
Lebih maklumat |
Rangkaian pindahan |
Cosmos (ATOM) |
Penting! |
Sesetengah bursa mungkin memerlukan memo untuk menerima ATOM. Pastikan anda memasukkan memo jika diperlukan. Anda tidak perlu menggunakan memo untuk menerima ATOM ke dompet Luno anda. |
Lebih maklumat |
Rangkaian pindahan |
Polygon |
Penting! |
Dompet MATIC anda hanya bersesuaian dengan pindahan pada Polygon. Pastikan anda memilih rantaian yang betul apabila menghantar kripto ke Luno, atau anda boleh kehilangan wang anda. |
Lebih maklumat |
Nota
Matawang kripto yang tersedia untuk anda mungkin berbeza, bergantung kepada negara atau wilayah akaun Luno anda disahkan.
Penghantaran kripto dari Binance ke Luno?
Binance Chain (BNB) dan Binance Smart Chain (BSC) adalah tidak sesuai dengan Luno.
Jangan pilih rangkaian pindahan ini dan jangan hantar token BEP-20/BEP-2 ke Luno. Anda boleh kehilangan wang anda jika anda teruskan.
Tip
Baca lagi mengenai penghantaran kripto dari Binance ke Luno.
Apa akan terjadi jika saya menghantar matawang kripto yang tidak disokong ke Luno?
Jika anda menghantar matawang kripto yang tidak disokong ke Luno, atau individu lain menghantar matawang kripto tidak disokong ke dompet Luno anda, kami tidak boleh mengakses wang tersebut dan pulangkan kepada anda. Malangnya, wang tersebut akan hilang.
Terdapat dua faktor utama yang bertanggungjawab:
(i) Secara fakta, transaksi matawang kripto secara alaminya, tidak boleh dipulangkan, dan (ii) kaedah kami menyimpan dan memastikan keselamatan matawang kripto yang disokong yang sedia ada.
Untuk menerima matawang kripto tidak disokong, kami perlu menambah sokongan kepada matawang tersebut pada infrastruktur Luno. Selain daripada kos yang tinggi, proses ini juga memberikan risiko keselamatan yang tinggi kepada Luno (dan pelanggan mereka).
Keselamatan ialah keperluan paling utama di Luno. Matawang kripto yang disokong disimpan di bilik besi yang selamat dan diletakkan proses operasi yang spesifik untuk memastikan keselamatannya. Sebarang perubahan kepada sistem penyimpanan matawang kripto kami (contoh: menambah sokongan untuk matawang kripto baru) memerlukan banyak timbang tara berikutan risiko tinggi terhadap dana yang telah disimpan dalam sistem.
Tip
Baca lagi mengenai faktor yang Luno perlu pertimbangkan sebelum menambah matawang kripto baru. Jika anda ingin pelajari lagi mengenai Bitcoin dan Ethereum, lawati Luno Discover kami.
Ingat
Adalah tanggungjawab anda untuk memastikan yang anda (atau individu yang menghantar matawang kripto ke dompet Luno anda) hanya menghantar matawang yang disokong ke Luno. Luno tidak bertanggungjawab dalam apa jua keadaan, atau pada individu lain, untuk sebarang kerugian disebabkan anda, atau individu lain, menghantar matawang kripto yang tidak disokong ke Luno. Baca Terma Penggunaan penuh.