Berapa lamakah tempoh untuk menerima matawang kripto dengan Luno?

Menerima matawang kripto ke dompet Luno anda? Luno akan memberitahu anda sebaik sahaja ia tiba.

Berapa lama tempoh yang diperlukan?

Jangkaan minimum masa terima adalah di antara lima minit ke dua jam. Namun begitu, aktiviti rangkaian yang tinggi boleh memanjangkan lagi tempoh menunggu.

Transaksi yang akan diterima akan dipaparkan pada senarai transaksi di dompet kripto yang berkenaan, tetapi ia memerlukan satu set pengesahan sebelum ia disahkan sebagai terima. Anda hanya boleh mengakses dan menggunakan matawang kripto tersebut selepas keperluan pengesahan dipenuhi.

Setiap matawang kripto adalah unik, jadi, jumlah pengesahan yang diperlukan untuk transaksi akan diterima berbeza daripada koin ke koin pada rantaian blok yang berbeza.

Tip

Baca artikel untuk mengetahui apa itu pengesahan, berapa banyak keperluan Luno dan sebabnya.

Apabila sesuatu transaksi itu telah mempunyai pengesahan yang cukup, anda akan menerima pemberitahuan dan ia akan dipaparkan pada dompet yang berkenaan, sedia untuk digunakan.

Berapa lama tempoh untuk mendapatkan pengesahan?

Transaksi perlu disahkan pada rantaian blok yang berkenaan sebelum ia boleh dianggap sebagai sah. Tempoh pengesahan ini bergantung pada keadaan matawang tersebut dihantar dan ia diluar kawalan Luno.

Masa pengesahan juga bergantung pada caj yang dibayar oleh pengirim. Jika caj yang dibayar cukup tinggi, transaksi boleh mendapat pengesahan yang cukup dalam tempoh yang singkat. Jika caj dibayar rendah, transaksi boleh menjadi perlahan dan mengambil masa beberapa hari untuk disahkan.

Jika transaksi matawang kripto akan datang anda masih belum disahkan, kami hanya boleh mengesyorkan anda untuk bersabar atau meminta pengirim untuk lakukan semula transaksi dengan bayaran caj yang lebih tinggi.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda