Kombo syiling membolehkan anda membeli berbilang mata wang kripto dengan satu pembelian. Anda boleh memilih untuk membeli mata wang kripto kami yang paling popular, sedikit daripada segala-galanya, atau pilihan syiling yang anda pilih sendiri.
Cara-cara
- Log masuk ke akaun Luno anda
- Pilih Kripto
- Pada skrin Teroka, skrol kebawah ke bahagian bawah sehingga Apa yang ingin anda lakukan
- Pilih Beli beberapa koin
- Pilih kombinasi koin yang ingin dibeli:
- Koin paling popular: Labur pada koin yang paling banyak didagangkan. Pelaburan anda akan dibahagikan secara sama rata pada semua koin.
- Setiap jenis koin: Pelbagaikan portfolio anda dengan melabur amaun yang sama rata pada semua koin yang ditawarkan.
- Pilih kombinasi anda sendiri: Pelbagaikan dan uruskan portfolio anda dengan melabur pada koin pilihan anda. Pelaburan anda akan dibahagikan secara sama rata pada koin yang dipilih.
- Semak koin-koin yang ditawarkan dan pilih SETERUSNYA
- Masukkan amaun yang ingin dibeli. Kemudian pilih SETERUSNYA
- Semak jumlah yang dimasukkan dan caj, kemudian pilih SAHKAN untuk teruskan
- Masukkan PIN Luno anda
Berjaya! Anda telah membeli kombinasi koin pertama anda. Matawang-matawang kripto yang telah dibeli akan dipaparkan pada dompet kripto masing-masing, pada bahagian PELABURAN ANDA di skrin Portfolio.

Soalan lazim
Berapakah caj yang dikenakan jika saya membeli koin secara serentak?
Caj perkhidmatan yang diterima adalah lebih rendah berbanding dari caj standard beli/jual di negara anda.
Amaun caj yang tepat, dan jumlah besar untuk pembelian koin akan dipaparkan kepada anda terlebih dahulu sebelum anda mengesahkan transaksi.
Apakah amaun minimum dan maksimum yang boleh dibeli?
Malaysia
- Minimum: RM1 (bagi setiap koin yang ada dalam kombo)
- Maksimum: RM400,000
Indonesia
- Minimum: Rp15,000 (bagi setiap koin yang ada dalam kombo)
- Maksimum: Rp120,000,000
Nigeria
- Minimum: ₦50 (bagi setiap koin yang ada dalam kombo)
- Maksimum: ₦3,600,000
Afrika Selatan
- Minimum: R1 (bagi setiap koin yang ada dalam kombo)
- Maksimum: R1,500,000
United Kingdom
- Minimum: £1 (bagi setiap koin yang ada dalam kombo)
- Maksimum: £100,000
Di mana saya boleh baca lagi mengenai koin yang disenaraikan?
Anda boleh baca lagi mengenai matawang disokong Luno di Pengenalan kripto, atau lawati blog Luno Discover untuk meneroka lebih banyak topik-topik kripto.
Bagaimana amaun yang dibayar dibahagikan pada koin?
Sebaik sahaja caj dipotong, baki amaun akan dibahagikan secara sama rata kepada setiap koin.
Di manakah saya boleh melihat matawang kripto yang telah dibeli?
Selepas anda membeli koin, ia akan dipaparkan pada dompet-dompet kripto yang berkenaan pada skrin Portfolio anda. Anda akan melihat Bitcoin anda pada dompet BTC, Ethereum pada dompet ETH, dan sebagainya. Jika anda masih lagi belum mencipta dompet kripto untuk koin-koin ini, dompet yang berkenaan akan dicipta secara automatik untuk anda.
Apakah kaedah pembayaran yang boleh digunakan?
Untuk masa sekarang, anda hanya boleh membeli pelbagai koin serentak menggunakan wang daripada dompet matawang tempatan anda. Anda perlu membuat deposit wang ke dalam dompet mata wang tempatan anda terlebih dahulu sebelum anda membeli.
Bagaimana untuk menjual koin ini?
Walaupun anda boleh membeli koin-koin ini serentak, anda perlu menjual setiap matawang kripto secara individu. Apabila anda bersedia untuk menjual koin, pergi ke skrin Portfolio dan pilih JUAL. Pilih kripto yang ingin dibeli dan selesai.
Tip
Belajar lagi mengenai penjualan kripto.