Bagaimana untuk melihat keuntungan dan kerugian saya di Luno?

Pernah terfikir bagaimana kripto anda beraksi di Luno? Sekarang anda boleh melihat dengan cepat, dengan sekali imbas, berapa banyak keuntungan dan kerugian hasil daripada kripto anda sepanjang masa, juga memberi visualisasi bagaimana perubahan baki yang digabungkan sepanjang semalam, minggu lepas, bulan lepas, enam bulan yang lepas, tahun lepas atau sepanjang tahun.

Anda boleh mengawasi pelaburan anda dan meletakkan anda dalam kawalan! Bersedia menjadi pemandu untuk masa depan anda?

Berikut adalah cara-cara untuk memaparkan keuntungan dan kerugian

  1. Log masuk aplikasi Luno pada laman web atau peranti mudah alih

  2. Pilih Dompet daripada menu

  3. Pada skrin Dompet utama, pilih  profits and losses ikon (pada kanan jumlah Nilai Dompet Gabungan)  untuk pergi ke paparan Untung/Rugi

Pada paparan Untung/Rugi, anda boleh melihat:

  • Baki Gabungan (nilai semua dompet matawang kripto dan matawang tempatan digabungkan), juga perubahan peratusan pada baki gabungai pada tempoh masa yang ditetapkan sebelumnya.

  • Graf yang memaparkan nilai kripto semasa tempoh masa yang ditetapkan sebelumnya oleh anda (pada laman web, bawa kursor anda pada graf garisan untuk melihat lebih maklumat; dan pada peranti mudah alih, tekan jari anda pada graf untuk melihat perkara yang sama)

  • Tempoh masa yang telah ditetapkan untuk memaparkan graf (1H, 1M, 1B, 6B, 1T dan Semua)

  • Jumlah (dipaparkan dalam matawang tempatan) sepanjang masa - gabungan Wang masuk, gabungan Wang keluar, dan jumlah keseluruhan Untung/Rugi

  • Pengesahan sama ada anda up (mendapat keuntungan) atau down (mengalami kerugian), juga indikasi (dipaparkan dalam bentuk peratus) bagaimana hasil keuntungan atau kerugian dibandingkan kepada jumlah wang masuk.

Tip

Ingin mengetahui bagaimana wang masuk dan wang keluar dikira? Bagaimana keuntungan dan kerugian dikira, atau bagaimana baki berubah sepanjang masa? Dapatkan jawapan pada artikel bantuan di bawah:

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda