Mengapa saya mendapat mesej mengenai gangguan rangkaian Solana?

Luno Solana icon

Rangkaian Solana telah mengalami beberapa gangguan sejak ia dilancarkan pada tahun 2018, menyebabkan matawang tersebut tidak dapat digunakan buat sementara waktu apabila gangguan berlaku.

Panduan ini akan menerangkan apa yang menyebabkan gangguan Solana berlaku dan yang paling penting, apa yang perlu dilakukan untuk menyambung perkhidmatan seperti biasa.

Tip

Ketahui lebih lanjut tentang apa itu Solana dan cara ia berfungsi.

Apakah punca gangguan?

Gangguan rangkaian biasanya disebabkan oleh beberapa sebab berbeza, termasuklah bots yang menolak berjuta-juta transaksi per saat ke rangkaian, dan juga bugs pada kod rantaian blok Solana.

Solana dilihat masih lagi baru dalam rantaian blok namun popularitinya mencanak naik dan ini telah meletakkan tekanan yang besar pada rangkaian yang tidak mempunyai banyak masa untuk membangun dan matang. Solana hanya dilancarkan pada tahun 2020 dan secara teknikalnya, ia masih dalam fasa Beta, yang bermaksud ia masih lagi dalam keadaan ujikaji dan sedang ditambahbaik. Walaupun Solana adalah satu produk yang berfungsi, Solana masih memerlukan kemaskini berterusan untuk menampung kadar penggunaan dan mencapai potensi penuh.

Apakah kaedah penyelesaian?

Sebagai respon terhadap kebimbangan pengguna, Solana telah mengumumkan cadangan kemaskini bagi kawalan aliran yang disetkan sebagai penyelesaian terhadap gangguan rangkaian – sebahagiannya telahpun dilaksanakan.

Bagaimana gangguan Solana memberi kesan terhadap pengguna?

Dana anda kekal selamat walaupun anda sedang mengalami gangguan rangkaian. Apabila rangkaian Solana terganggu, transaksi anda mungkin akan mengalami kelewatan atau tidak berjaya kerana ia tidak akan direkodkan pada rantaian blok (dana anda akan kekal dalam dompet Luno anda).

Kami mencadangkan supaya anda membatalkan transaksi yang belum selesai dan kembali semula apabila rangkaian Solana pulih.

Nota

Sebagai tukaran matawang kripto, Luno tidak mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan gangguan yang berlaku pada rangkaian Solana. Namun begitu, kami akan sentiasa mengawasi dan memberitahu anda apabila gangguan berlaku agar anda boleh membuat keputusan untuk menunggu atau meneruskan transaksi anda.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda