Solana  token on top of a stack of books

Solana ialah rantaian blok berpotensi tinggi yang menyokong transaksi super-pantas, murah dan boleh diskalakan. SOL, matawang kripto bagi Solana, berada dalam kedudukan matawang kripto 10 teratas di dunia, berdasarkan pasaran modal.

Apakah yang membuatkan Solana unik?

Seperti Ethereum, Solana menyokong fungsi kontrak pintar. Ini membenarkan developer mencipta aplikasi inovatif dengan rantaian blok Solana, sama seperti perkhidmatan muzik streaming yang membenarkan artis menetapkan syarat mereka sendiri, atau aplikasi kesihatan yang membenarkan pengguna mendapatkan kripto apabila mereka berlari atau berjalan.

Namun begitu, Solana berbeza daripada Ethereum dalam dua poin utama: Solana mempunyai caj yang lebih rendah dan memproses transaksi dengan amat pantas.

Solana memastikan kos transaksi kurang daripada $0.01 bagi setiap transaksi. Ia juga boleh memproses berpuluh-puluh ribu transaksi setiap saat, menjadikan Solana lebih pantas daripada Ethereum (15-45 transaksi per saat). Visa hanya boleh memproses lebih kurang 1700 pembayaran kad per saat.

Ethereum mungkin lebih matang, stabil dan popular, tetapi transaksi pantas Solana menjadikan ia rantaian blok terpantas di dunia hari ini.

Kenapa Solana lebih pantas daripada rantaian blok yang lain?

Rantaian blok diuruskan oleh pelbagai komputer di seluruh dunia. Tiada badan berkuasa pusat yang mengatakan “versi rantaian blok saya lebih tepat” atau “transaksi ini sah, dan yang itu tidak sah.” Terdapat lebih lagi proses demokratik: komputer secara majoriti perlu bersetuju kepada versi kebenaran tunggal, dan boleh mengambil sedikit masa untuk mendapatkan persetujuan semua.

Peliknya, perkara yang sukar dilakukan ialah mendapatkan semua komputer ini bersetuju dalam masa yang sama.

Terdapat pepatah lama: individu dengan seutas jam mengetahui waktunya; individu dengan dua utas jam akan tidak pasti. Bayangkan beratus-ratus komputer di seluruh dunia berbeza zon masa, bekerja dengan kelajuan internet dan proses yang berbeza. Tanpa penjaga masa berpusat, suka untuk menjawab soalan asas: adakah transaksi saya berlaku sebelum atau selepas transaksi anda?

Solana menyelesaikan masalah ini dengan sesuatu yang dipanggil Proof of History (Pembuktian Sejarah). Mekanisma ini menggunakan kriptografi untuk membuktikan masa telah berlalu di antara satu acara rantaian blok dengan satu lagi acara rantaian blok lain. Berbanding daripada bergantung dengan beratus-ratus penjaga masa (yang sering bertindih), rantaian blok Solana sendiri merupakan jam yang berdetik, yang memastikan semuanya teratur.

Dengan Proof of History, transaksi Solana mempunyai masa yang betul dibina didalamnya sejak dari mula. Jika semua mengetahui dimana transaksi baru diletakkan pada rantaian blok, mereka tidak perlu meluangkan sebarang masa untuk mendapatkan persetujuan tentangnya. Ini membenarkan rangkaian untuk fokus kepada perkara yang lebih penting: mengesahkan transaksi secepatnya.

Insiden keselamatan

Solana telah mengalami insiden keselamatan berikut:

Gangguan Mainnet Beta (2020-2023) 
Rangkaian Solana telah mengalami beberapa gangguan besar disebabkan pelbagai isu, termasuk penyebaran pepijat blok (Dis 2020), spam berkaitan IDO (Sept 2021), spam penciptaan NFT (April 2022) dan pepijat perisian (Jun 2022). Sehingga lewat 2023, rangkaian ini telah mencapai masa terpanjang pagi uptime berterusan.
Sumber: Helius

Godaman Upbit Hot-Wallet (Dilaporkan pada 2024/2025)
Penjenayah siber, yang didakwa berkait dengan Korea Utara, menyasarkan bursa hot wallet,  mengakibatkan rompakan aset bernilai anggaran $36 juta, termasuk pegangan berasaskan Solana.
Sumber: Coindesk

Saman Tindakan Kelas Pump.fun RICO (Julai 2025) 
Pindaan saman tindakan kelas yang menamakan Solana Labs dan Solana Foundation sebagai defendan bersama, telah didakwa terlibat dalam skim perjudian tidak berlesen sebanyak $5.5 billion melalui platform memecoin Pump.fun.
Sumber: Coindesk

Senarai insiden di atas mungkin tidak lengkap. Adalah penting untuk anda membuat kajian sendiri untuk memastikan anda selesa dengan risiko berkaitan mengenai aset tersebut sebelum melabur.

Bekalan token dan konsentrasi

Solana mempunyai bekalan maksimum sebanyak ~559.53 juta SOL, dengan % token berada dalam edaran setakat November 2025. Pemegang 100 teratas mengawal lebih kurang 22.76% dari jumlah bekalan.

Semak pautan luaran ini untuk mengetahui edaran dalam kalangan pemegang tertinggi token SOL.

Tip

Ingin mengetahui lagi mengenai Proof of History? Baca hantaran blog ini dan dapatkan berita matawang kripto terkini pada Luno Discover.

Ingin mengetahui bagaimana untuk beli, jual, hantar dan terima Solana? Kami mempunyai jawapan pada artikel bantuan ini:

Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?