Kami amat memahami tekanan yang dirasai jika berlaku kehilangan telefon dan tidak boleh mengakses akaun Luno anda. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mendapatkan semula akses ke akaun Luno anda, namun bergantung pada situasi yang dialami.
Apa yang anda perlu lakukan
PIN sekali guna (OTP) dihantar melalui notifikasi push ke peranti dipercayai apabila anda melog masuk ke Luno. Anda boleh memadam peranti dipercayai lama anda jika ia tidak lagi bersama anda.
Nota
Anda perlu boleh menerima SMS melalui nombor telefon asal untuk melengkapkan langkah-langkah ini.
Bagaimana untuk memadam peranti dipercayai:
-
Pergi ke halaman log masuk Luno, masukkan alamat emel dan pilih SETERUSNYA
-
Enter your password and select SETERUSNYA
-
Apabila anda diarahkan untuk menghantar kod ke peranti dipercayai, pilih PUSH TIDAK DITERIMA
-
Dari menu, pilih Tukar kepada emel dan SMS
-
Pilih TERUSKAN, dan sahkan alamat emel dan nombor telefon dengan memasukkan kod unik yang dihantar ke emel dan nombor telefon
-
Anda akan menerima pengesahan bahawa anda kini menggunakan emel dan SMS
Peranti dipercayai lama anda kini dipadam dan anda akan menerima OTP log masuk seterusnya melalui emel.
Tip
Jika anda tidak dapat memadam peranti dipercayai, pilih HUBUNGI SOKONGAN di bawah untuk menghubungi kami.
Anda mungkin telah menetapkan pengesahan dua-faktor (2FA) pada akaun Luno dengan menggunakan aplikasi seperti Google Authenticator atau Authy. Jika anda tidak boleh mendapatkan semula 2FA menggunakan setup key, ikuti langkah-langkah di bawah untuk menyahaktifkan 2FA bagi akaun Luno anda
Nota
Anda perlu boleh menerima SMS melalui nombor telefon asal untuk melengkapkan langkah-langkah ini.
Bagaimana untuk menyahaktifkan 2FA anda:
-
Pergi ke halaman log masuk Luno, masukkan alamat emel dan pilih SETERUSNYA
-
Masukkan kata laluan dan pilih SETERUSNYA
-
Apabila diarahkan untuk kod 2FA, pilih MENGALAMI MASALAH
-
Dari menu, pilih Saya tidak dapat mengakses aplikasi pengesah
-
Pilih SETERUSNYA bagi pemulihan akaun
-
Anda akan diminta untuk mengesahkan maklumat mengenai diri dan akaun anda, seperti kata laluan, emel, nombor telefon dan nombor identiti.
Fungsi 2FA anda akan dinyahaktifkan dalam 48 jam, dan anda boleh mendapatkan semula akses ke akaun Luno anda selepas tempoh tersebut.
Tip
Hubungi pasukan sokongan kami untuk menyahaktifkan fungsi 2FA jika anda tidak dapat melakukannya.
Jika telefon anda tidak disetkan sebagai peranti dipercayai dan anda tidak memasang fungsi 2FA pada aplikasi pengesah, anda boleh menukar nombor telefon anda melalui Tetapan – walaupun anda tidak lagi mempunyai akses ke nombor telefon lama anda.
Nota
Anda perlu mengetahui maklumat log masuk dan mengingati nombor telefon lama (yang dihubungkan dengan profil Luno anda) untuk melengkapkan langkah-langkah ini.
-
Pergi ke halaman log masuk Luno, masukkan alamat emel dan pilih SETERUSNYA
-
Masukkan kata laluan dan pilih SETERUSNYA
-
Jika anda terlupa kata laluan, pilih LUPA KATA LALUAN dan ikuti arahan untuk mencipta kata laluan baharu
-
-
Masukkan OTP log masuk yang dihantar ke emel anda
-
Apabila anda berjaya log masuk, pergi keProfil, Tetapan, dan pilihNombor telefon
-
Dialog akan dipaparkan untuk mengesahkan sama ada anda masih mempunyai nombor telefon sedia ada: Balas dengan TIDAK
-
Pilih SETERUSNYA untuk memulakan proses pemulihan akaun dan ikuti arahan seterusnya
-
Apabila anda telah mengesahkan maklumat mengenai akaun anda, anda boleh memilih TUKAR NOMBOR TELEFON
-
Masukkan nombor baharu anda, dan sahkan dengan SMS yang dihantar ke nombor tersebut
Tip
Hubungi kami jika anda memerlukan bantuan kami untuk mengemaskini nombor telefon anda..
Nota
Kami tidak menggalakkan anda untuk menutup akaun atau membuat cubaan mencipta akaun baharu selepas kehilangan telefon anda. Pembukaan akaun baru akan menyebabkan wujudnya akaun salinan tidak disahkan, menjadikan proses pemulihan akaun semakin sukar.
Langkah-langkah keselamatan untuk melindungi dana anda
Tindakan-tindakan sensitif seperti menghantar kripto atau mengeluarkan dana memerlukan PIN Luno atau biometrik (cap jari atau imbasan muka). Anda menetapkan PIN Luno anda sendiri apabila anda melog masuk ke akaun anda, dan hanya boleh ditukar selepas log masuk berjaya.
Ini bermaksud, jika telefon anda dicuri, pencuri hanya boleh memindahkan dana jika mereka mengetahui PIN Luno atau maklumat log masuk anda, atau jika mereka boleh melepasi imbasan biometrik anda.
Menghubungi pasukan sokongan kami
Jika anda tidak dapat menyelesaikan ini, hubungi pasukan sokongan kami untuk bantuan. Kami akan membantu anda mendapatkan semula akses yang selamat ke akaun anda.
Tips untuk penyelesaian pantas
Agar kami dapat menyediakan sokongan terbaik, cuba untuk sertakan sebanyak mungkin maklumat yang boleh pada permintaan anda.
-
Kongsikan masalah yang anda hadapi dengan teliti
-
Pastikan anda menyatakan langkah-langkah yang telah diambil, agar kami tidak meminta anda untuk mengulangi perkara yang telah dicuba.
-
Bagi tindakan sensitif, kami memerlukan bukti bahawa permintaan ini dibuat oleh anda. Untuk melakukannya, lampirkan gambar anda sambil memegang dokumen ID dan nota bertulis yang mengandungi:
-
“Untuk kegunaan Luno sahaja”
-
Tarikh semasa
-
Tindakan spesifik yang ingin diambil, sebagai contoh: “Sila nyahaktifkan 2FA saya” atau “Sila kemaskini nombor telefon saya dari [nombor telefon lama] ke [nombor telefon baharu]”
-
-
Bagi sesetengah kes, panggilan keselamatan mungkin diperlukan untuk mengesahkan permintaan anda. Jika anda tidak boleh dihubungi melalui nombor yang dihubungkan ke profil Luno anda, sila kongsikan dengan kami nombor telefon yang boleh digunakan untuk menghubungi anda.
Tip
Semak artikel ini untuk panduan bagaimana mengambil swafoto bersama ID dengan betul.
Contoh permintaan sokongan yang teliti
Saya telah kehilangan telefon dan ia merupakan peranti dipercayai. Saya tidak boleh menerima kod notifikasi push untuk log masuk. Saya sudah mencuba untuk tukar dari notifikasi kepada emel melalui proses pemulihan akaun, tetapi saya tidak boleh melakukannya disebabkan saya tidak boleh menerima SMS atau panggilan ke nombor telefon tersebut. Sila padam telefon Samsung Galaxy saya sebagai peranti dipercayai? Saya telah melampirkan swafoto dengan ID serta nota untuk membuktikan permintaan ini dibuat oleh saya. Hubungi saya di 0123456789 jika perlu.