Bagaimana ganjaran Staking berfungsi?

illustration of a wallet with Luno's staking icon on it

Siapa yang boleh menggunakan fungsi ini?

Fungsi Stake hanya tersedia untuk pelanggan di Malaysia dan Afrika Selatan.

Anda akan menerima ganjaran berkala apabila anda menjadikan kripto anda sebagai Stake.

Apabila anda menjadikan kripto anda sebagai Stake, anda akan menerima ganjaran berkala bagi sumbangan anda. Anda mungkin akan berasa sedikit kekeliruan mengenai bagaimana beberapa terma yang digunakan dalam pembayaran dari Stake anda, atau mungkin anda berasa ingin tahu lebih lagi mengenai bagaimana ganjaran ini berfungsi.

Berapa banyak jumlah ganjaran yang akan diterima?

Anda akan menerima peratus dari jumlah kripto yang dijadikan Stake, seperti yang dinyatakan dalam ARP (Peratus Ganjaran Tahunan) yang dipaparkan sebelum anda setuju untuk menyertai fungsi Stake. ARP ialah anggaran jumlah yang boleh diterima pada koin yang dijadikan Stake pada setiap tahun. Peratusan ini bergantung kepada keadaan rangkaian.

Luno tidak mengenakan caj untuk menjadikan kripto anda sebagai Stake, atau menarik Stake anda. Namun, kami mengenakan caj perkhidmatan Staking. Caj perkhidmatan ini telah ditolak dari ganjaran yang anda terima, oleh itu ARP yang dipaparkan ialah jumlah yang diterima selepas penolakan.

Tip

Lawati laman web Caj dan Had untuk menyemak caj perkhidmatan Staking Luno.

Maksud ARP: Anggaran hasil dari kripto yang dijadikan Stake selepas setahun.

Dalam erti kata lain, jika anda menjadikan 100 koin sebagai Stake dengan ARP sebanyak 3.5%, jangkaan ganjaran yang akan diterima untuk satu tahun boleh mencecah sehingga 3.5 koin, bergantung kepada turun naik peratusan sepanjang tahun tersebut.

Nota

Ganjaran Staking disetkan oleh rantaian blok dan berubah bergantung kepada keadaan rangkaian. Oleh kerana kripto yang dijadikan Stake digunakan untuk mengesahkan transaksi, tidak banyak kripto yang akan diperlukan jika jumlah transaksi yang berlaku tidak banyak. Oleh itu, ia akan menyebabkan nilai ganjaran akan kurang. Keadaan ini adalah di luar kawalan Luno dan ARP yang dipaparkan di Luno adalah anggaran peratus berdasarkan ganjaran Staking 30 hari lepas.

Bila saya akan menerima ganjaran?

Kini anda telah memahami anggaran ganjaran yang boleh diterima bagi kripto yang dijadikan Stake, mari lihat pula bila anda akan menjangka untuk menerima baganjaranyaran pada Dompet Staking anda.

Ganjaran pertama

Sebaik sahaja anda menambah kripto ke dalam Dompet Staking anda, terdapat tempoh menunggu sebelum anda boleh menerima ganjaran pertama.

Mengapa terdapat kelewatan? Oleh kerana solusi dalam fungsi Stake adalah berbeza dan bergantung pada jenis matawang kripto, mendaftar koin baru yang dijadikan stake boleh mengambil tempoh dari beberapa minit, hinggalah ke beberapa minggu. Ingin dimaklumkan bahawa tempoh menunggu ini adalah di luar kawalan Luno – ia bergantung pada rekaan rantaian blok itu sendiri, dan berapa banyak jumlah permintaan pada rantaian blok – dan ia boleh mewujudkan giliran.

Kami akan sentiasa menyediakan tempoh jangkaan masa menunggu pada aplikasi sebelum anda meletakkan sebarang dana.

Nota

Bergantung kepada rantaian blok, anda mungkin tidak boleh menarik balik kripto anda sehingga tempoh menunggu awal tamat. Dalam maksud lain, anda tidak boleh membuat sebarang transaksi dengan dana ini sementara menunggu Stake aktif. Amaran ini akan dipaparkan dahulu sebelum anda menjadikan koin anda sebagai Stake.

Ganjaran berkala

Selepas anda menerima ganjaran pertama anda, ganjaran akan diterima secara berkala.

Apabila anda meningkatkan lagi Stake dengan menambah nilai dompet Staking dengan lebih dana, dana tambahan ini juga perlu melalui tempoh menunggu. Dalam erti kata lain, nilai ganjaran anda tidak akan meningkat serta merta. Ganjaran pertama dan kedua mungkin kekal sama, dan kemudian anda akan menerima ganjaran yang lebih besar selepas kripto baru yang dijadikan Stake aktif.

Ganjaran terakhir

Anda akan terus menerima ganjaran berkala sehingga anda membuat keputusan untuk menarik stake matawang kripto anda (dikeluarkan dari Dompet Staking).

Sama seperti tempoh menunggu terhadap ganjaran pertama, pemindahan dana keluar dari Dompet Staking anda bergantung pada rantaian blok dan permintaan pada rangkaian. Perkara ini adalah di luar kawalan Luno, namun kami setiasa akan menyediakan anggaran tempoh menunggu pada aplikasi sebelum anda meneruskan.

Saya sebenarnya dibayar atas sebab apa?

Kripto yang dijadikan Stake oleh anda digunakan untuk mengesahkan transaksi pada rantaian blok matawang kripto tersebut. Ganjaran yang diterima ialah ganjaran kepada sumbangan anda dalam memastikan rantaian blok tersebut berfungsi dengan lancar dan selamat.

Tip

Ikuti pautan ini untuk mengetahui mengenai apa itu fungsi Stake dan bagaimana ia berfungsi.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda