Sebelum menghantar matawang kripto ke Luno, penting untuk anda memahami caj hantar - supaya matawang kripto anda sampai pada tempoh yang ditetapkan. Setiap matawang kripto mempunyai kaedahnya tersendiri untuk memproses transaksi, oleh itu caj akan berbeza mengikut jenis matawang kripto. Luno menggunakan caj hantar dinamik untuk memastikan transaksi anda diproses dengan segera. Tetapi, anda mungkin menghantar daripada tukaran yang memerlukan anda untuk memasukkan caj transaksi anda sendiri.
Isu ini boleh mengakibatkan beberapa masalah yang akan menyebabkan transaksi anda mengambil sedikit masa untuk sampai ke destinasi. Terdapat juga kes dimana anda meletakkan caj transaksi yang sangat tinggi (sepatutnya kurang daripada itu) dan menyebabkan transaksi anda diproses dengan pantas tetapi mahal.
Bagaimana caj hantar berfungsi?
Penting untuk memahami bahawa caj hantar tidak pergi ke tukaran, tetapi ke pelombong kripto yang ‘melombong’ transaksi (sebenarnya mereka mengesahkan transaksi). Oleh itu, pelombong memilih untuk ‘melombong’ transaksi dengan tawaran caj yang tinggi agar mereka boleh mendapatkan lebih matawang kripto.
-
Apabila aktiviti rangkaian tinggi (biasanya pada minggu atau apabila harga tidak menentu), individu perlu meletakkan caj lebih tinggi supaya transaksi anda diutamakan berbanding transaksi lain.
-
Apabila aktiviti rangkaian rendah (biasanya pada hujung minggu atau ketika harga stabil), caj transaksi akan rendah.
Untuk membantu anda mengira berapakah caj hantar yang perlu diletakkan apabila menghantar kripto ke Luno, kami telah menyenaraikan laman web (bukan daripada Luno) yang mencadangkan anggaran harga bagi setiap matawang kripto yang disokong oleh Luno. Luno menggunakan caj dinamik dan kami tidak akan meminta anda untuk tetapkan caj transaksi anda sendiri. Tetapi, jika anda menghantar ke Luno daripada tukaran lain, laman web di bawah boleh digunakan untuk memberi sedikit idea berapakah jumlah caj yang perlu dibayar.
Bitcoin (BTC)
https://privacypros.io/tools/bitcoin-fee-estimator/
https://bitinfocharts.com/comparison/bitcoin-transactionfees.html
Bitcoin Cash (BCH)
https://bitcoinfees.cash/
https://bitinfocharts.com/comparison/transactionfees-bch.html
Ethereum (ETH)
https://www.gasnow.org
https://ethgasstation.info/
https://etherscan.io/gastracker
Litecoin (LTC)
https://bitinfocharts.com/comparison/litecoin-transactionfees.html
https://litecoin.info/index.php/Transaction_fees
Ripple (XRP)
Caj berdasarkan daripada institusi yang dihantar
Caj minimum: 0.00001 XRP (10 drops)
USD Coin (USDC)
https://www.gasnow.org
https://ethgasstation.info/
https://etherscan.io/gastracker
Tip
Menghantar matawang kripto daripada Luno adalah mudah dan pantas dengan menggunakan caj hantaran dinamik. Ketahui lebih lanjut tentang caj yang ditetapkan oleh Luno berdasarkan kesibukan rangkaian.