Mengapa saya tidak boleh log masuk ke akaun Luno di luar negara?

illustration of a globe

Matlamat utama Luno ialah untuk menjadi platform paling mudah dan paling selamat untuk melabur dalam matawang kripto.

Dari aspek keselamatan akaun, amaran terbesar yang sering diawasi ialah aktiviti log masuk dari luar negara pengesah anda. Aktiviti ini sama seperti kaedah bank mengawasi transaksi kad kredit yang dilakukan di luar negara.

Anda mungkin sedang bercuti di luar negara, namun kadang-kala aktiviti log masuk dari luar negara boleh menunjukkan bahawa penggodam telah berjaya mengakses akaun anda. Untuk memastikan dana milik anda selamat, kami tidak membenarkan mana-mana individu untuk melog masuk ke akaun anda jika mereka berada di negara yang berbeza.

Apa yang perlu dilakukan jika saya berpindah di negara lain?

Saya mempunyai akaun Luno tetapi saya telah berpindah ke negara lain dan ingin menukar ke matawang tempatan negara yang saya berpindah. Anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut jika anda ingin menukar negara pengesah anda.

Untuk pengesahan, sokongan kami akan meminta anda untuk menyediakan beberapa maklumat dan dokumen. Apabila selesai, anda boleh menggunakan aplikasi Luno seperti biasa.

Kami amat menyesali semua kesulitan yang dihadapi, namun kami mengharap kefahaman anda bahawa langkah-langkah ini adalah penting untuk memastikan keselamatan pelanggan kami.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda