Apa yang boleh dilakukan jika deposit tidak dipaparkan pada dompet saya?

Jika deposit masih tidak dipaparkan pada dompet Luno anda selepas dua hari bekerja (tidak termasuk hari minggu dan hari cuti), sila hantar bukti pembayaran kepada kami. Pasukan kami hanya dapat membantu jika anda mempunyai bukti pembayaran daripada bank anda.

Bukti pembayaran anda perlulah memaparkan maklumat dibawah:

  • Nama penuh anda

  • Amaun dideposit

  • Tarikh deposit

  • Rujukan yang digunakan di kotak rujukan (jika ada)

Kami tidak menerima dokumen di bawah sebagai bukti pembayaran:

  • SMS/ Mesej bertulis

  • Penyata bank

  • Pemberitahuan bukti pembayaran

 

SERAHKAN BUKTI PEMBAYARAN

 

Untuk memastikan deposit anda diterima, pastikan anda:

  • Anda membuat deposit daripada akaun bank tempatan di atas nama anda

  • Anda memahami bahawa terdapat tempoh pemprosesan bagi pindahan antara bank, kebanyakkan deposit memerlukan minimum 48 jam untuk diproses, tidak termasuk hujung minggu dan hari cuti

  • Anda telah menggunakan rujukan deposit yang betul, atau amaun, khusus untuk keperluan negara anda

  • Anda tidak membuatrdua deposit yang mempunyai amaun sama dalam tempoh 24 jam

Luno memproses beribu-ribu deposit sehari dan kami menggunakan sistem automatik untuk menyemak penyata akaun kami untuk deposit anda. Jika arahan deposit tidak dipatuhi dengan betul, anda mungkin perlu menunggu lebih lama untuk deposit anda dipaparkan pada dompet Luno anda.

Ini ialah sebab paling biasa mengapa deposit anda mungkin tidak ditunjukkan dalam dompet mata wang tempatan anda.

Rujukan deposit tidak tepat

Adakah anda memasukkan nombor rujukan deposit 100% tepat? Nombor ini ialah kod 9 aksara yang bermula dengan huruf BX atau LN, yang akan dipaparkan pada skrin anda apabila deposit dilakukan. Nombor ini ialah nombor unik anda untuk digunakan sebagai rujukan benefisiari apabila anda membuat deposit dengan kami.

Tip

Untuk pastikan nombor rujukan BX atau LN anda 100% tepat, salin daripada skrin Buat Deposit  (dipaparkan di atas), setelah disalin, tampal pada kotak rujukan apabila anda membuat pindahan bank pada bank anda. Di sinilah tempat untuk mendapatkan kod rujukan BX atau LN anda di Luno.

Sesetengah pelanggan Luno memasukkan nombor rujukan deposit mereka ke ruang rujukan mereka sendiri berbanding dimasukkan ke kotak rujukan penerima atau benefisiari. Ini menyebabkan nombor rujukan BX atau LN tersebut dipaparkan pada penyata bank mereka dan perkara lain yang dipaparkan kepada kami. Jika deposit dilakukan dengan nombor rujukan deposit yang salah (atau kurang), pasukan kami tidak boleh mengetahui yang mana satu akaun milik pelanggan untuk pengagihan wang.

Nota

Atas sebab ini, anda digalakkan untuk menggunakan nombor rujukan deposit (bermula dengan BX atau LN) di kedua-dua ruangan rujukan apabila menambah Luno sebagai benefisiari baru pada bank anda.

  • Oleh sebab ini, kami menggalakkan anda menggunakan nombor BX atau LN pada kedua-dua ruang rujukan apabila menambah Luno sebagai benefisiari baru pada bank anda.

  • Bagi pelanggan di Malaysia: anda perlu menambah nombor rujukan unik anda di ruangan “lain-lain butiran pembayaran” dan “rujukan”.

  • Bagi pelanggan di Indonesia: nombor rujukan deposit adalah pilihan. Jika anda tidak boleh memasukkan nombor rujukan anda, sila pastikan anda tidak membuat kesilapan yang digariskan di bawah.

Menggunakan akaun individu lain

Adakah anda membuat deposit daripada akaun bank yang bukan milik anda? Kami tidak menerima deposit yang dibuat daripada akaun bank rakan atau keluarga ke dompet Luno anda. Ini juga termasuk akaun perniagaan, walaupun anda adalah pemilik perniagaan tersebut. Ini juga akan menyebabkan deposit tersebut tertunda. Bagi situasi ini, kami akan menterbalikkan transaksi tersebut dan wang akan dikembalikan kepada akaun asal.

Duplikasi amaun deposit

Sebagai langkah keselamatan, sistem kami akan menghentikan deposit yang mempunyai amaun yang sama, dan dibuat daripada dompet Luno yang sama dalam tempoh 24 jam. Jika anda ingin membuat lebih daripada satu deposit, pastikan amaun deposit itu berbeza.

Deposit Antarabangsa

Sila ambil maklum bahawa deposit antarabangsa adalah tidak dibenarkan. Deposit perlu datang daripada akaun bank yang didaftarkan di negara yang sama anda disahkan. Deposit antarabangsa akan dipulangkan kepada pendeposit, dan pemulangan ini akan dikenakan caj pemulangan. Bank mengenakan caj ini kerana mereka perlu membuat pertukaran antara dua matawang, yang bermaksud hasil tukaran akan memberi kesan kepada baki yang dipulangkan kepada pendeposit.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda