Setelah anda menambah dompet Bitcoin Cash (BCH) - dan anda mencipta alamat dompet untuk menghantar kripto - terdapat beberapa perkara penting yang anda perlu tahu mengenai alamat BCH di Luno.
Latar belakang
BCH dicipta pada tahun 2017, selepas Bitcoin (BTC) di ‘fork’, oleh itu format legasi alamat BCH adalah sama seperti alamat normal BTC. Untuk membezakan antara BTC dan BCH, dan untuk mengelakkan kekeliruan dan membuat kesilapan tidak sengaja apabila menghantar wang daripada satu platform kripto ke satu lagi, BCH memperkenalkan alamat baharu yang dikenali sebagaiCashAddr (cash address format).
Maklumat
Luno menggunakan format BCH CashAddr (tanpa awalan)yang baru, dan hasilnya, ia tidak menyokong alamat legasi. Format rasmi CashAddr mempunyai “bitcoincash:” sebagai awalan, tetapi kebanyakan bursa dan dompet tidak memasukkannya, seperti Luno.
Berikut ialah contoh format yang betul untuk digunakan:
Format yang disokong
CashAddr (tanpa awalan): pp06e7h69y8pk5hncew6j9yhmhx5478m55yhjm9zpu
Unsupported formats
CashAddr (dengan awalan): bitcoincash:pp06e7h69y8pk5hncew6j9yhmhx5478m55yhjm9zpu
Legacy: 3AQuLex6ip4knGSEfivnj4nuCLUEcfV38X
Nota
Mesej ralat akan dipaparkan jika anda cuba untuk menghantar BCH ke alamat legasi atau ke alamat CashAddr menggunakan awalan.
Tip
Gunakan perisian di bawah untuk menukar alamat legasi anda ke format alamat terbaru: https://cashaddr.bitcoincash.org