Bitcoin Cash token on top of a stack of books

Bitcoin Cash (BCH) alah satu matawang kripto yang datang daripada Bitcoin. Walaupun namanya hampir serupa, Bitcoin Cash merupakan satu matawang kripto yang berbeza dengan Bitcoin.

Pada tahun 2017, Bitcoin mengalami letusan harga terbesar pertama. Oleh kerana makin ramai individu yang membeli dan melakukan transaksi dengan Bitcoin, rangkaianya menjadi sangat sesak, menyebabkan transaksi menjadi perlahan dan caj yang tinggi – kombinasi tidak bagus.

Komuniti Bitcoin tidak dapat mencari kata sepakat bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini, jadi mereka berpecah kepada dua kumpulan. Perpecahan ini telah menghasilkan fork dalam rantaian blok: satu kumpulan terus menggunakan blok rangkaian Bitcoin, manakala satu lagi kumpulan menggunakan rantaian blok dan matawang kripto baharu: Bitcoin Cash.

Lebih maklumat tentang Bitcoin Cash

Untuk memahami apa itu Bitcoin Cash dan bagaimana ia berbeza dengan Bitcoin, anda perlu tahu sedikit tentang asas rantaian blok dan bagaimana ia berfungsi.

Asasnya, rantaian blok ialah satu rekod transaksi yang besar yang tidak diuruskan oleh pihak berkuasa seperti bank atau kerajaan, namun diuruskan oleh beribu rangkaian komputer (yang dipanggi nod) seluruh dunia. Kesemua nod ini menggunakan perisian yang sama untuk mengakses dan mengesahkan perkongsian rekod transaksi.

Beberapa transaksi dikumpulkan sekali dalam satu blok, dan kesemua blok ini menghasilkan satu rantaian transaksi yang panjang – sebab itulah ia dipanggil rantaian blok. Satu perkara yang perlu diingat ialah transaksi sentiasa diproses (atau “mined”) satu blok pada satu masa.

Pada tahun 2017, terlalu ramai yang individu awam yang meminati Bitcoin. Ini bermaksud, akan terdapat banyak lagi transaksi yang akan diproses, menyebabkan masa memproses menjadi sangat lama dan caj transaksi menjadi tinggi. Oleh kerana transaksi diproses secara satu blok sahaja pada satu masa, penyelesaiannya nampak jelas: tambahkan jumlah transaksi yang boleh dimuatkan dalam satu blok.

Tetapi, ia menyebabkan komuniti Bitcoin berpecah tentang penyelesaian paling sesuai untuk memuatkan lebih banyak transaksi dalam satu blok:

  • Kumpulan pertama mahu menggunakan SegWit. Penyelesaian ini akan mengubah cara maklumat transaksi dibina dengan cara mengurangkan saiz setiap data transaksi supaya lebih banyak transaksi dapat dimuatkan dalam satu blok.

  • Kumpulan kedua pula mahu menambah saiz blok, supaya lebih banyak transaksi dapat dimuatkan ke dalam satu blok tanpa mengubah cara binaan data transaksi.

Kedua-dua kumpulan tidak dapat kata sepakat dan memutuskan untuk bergerak asing. SegWit digunakan dalam rantaian blok Bitcoin, manakala pada 1 Ogos 2017, kumpulan kedua memulakan rantaian blok Bitcoin Cash yang mempunyai saiz blok lebih besar. Sejak hari itu, transaksi Bitcoin Cash telah direkodkan pada rantaian bloknya sendiri.

Tip

Mahu belajar lagi tentang Bitcoin Cash? Belajar lagi tentang asas Bitcoin Cash dan dapatkan semua berita terbaru mengenai matawang kripto di Luno Discover.

Mahu mengetahui bagaimana untuk beli, jual, hantar atau menerima Bitcoin Cash? Kami ada jawapannya di sini:

Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda