Adakah ini terpakai pada saya?
Hanya jika akaun Luno anda disahkan di Indonesia atau Malaysia.
Sebab mengapa kami memberikan soalan-soalan ini apabila anda menghantar kripto ialah kerana pematuhan Luno terhadap undang-undang Travel Rule.
Apa itu Travel Rule?
Dalam beberapa tahun kebelakangan, terdapat peningkatan dramatik terhadap pelaburan matawang kripto. Hasilnya, pengawal selia sekarang menetapkan pengawasan mereka terhadap pembangunan kripto yang pesat di sudut industri servis kewangan.
The Financial Action Task Force (FATF), badan inter-kerajaan bebas yang membangunkan dan mempromosikan polisi terhadap Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dan Peperangan Pembiayaan Pengganas (CFT), telah melebarkan undang-undang Travel Rule terhadap industri kripto.
Tip
Jika anda ingin mengetahui lagi mengenai Travel Rule, rujuk senarai soalan lazim untuk penerangan yang lebih lanjut.
Boleh terangkan lagi mengenai Travel Rule?
Travel Rule memerlukan kami mendapatkan beberapa maklumat tertentu mengenai transaksi dan individu atau syarikat / entiti sah penerima kripto. Kami melakukannya dengan cara bertanyakan terus kepada individu tersebut atau melalui entiti Penyedia Perkhidmatan Aset Digital (VASP).
Apabila anda menghantar kripto, kami akan berkongsi arahan pembayaran dengan VASP yang lain. Arahan ini akan mengandungi maklumat yang diberikan oleh anda mengenai penerima, dan juga maklumat tertentu mengenai anda (nama anda, alamat anda dan nombor kad pengenalan). Perkongsian maklumat ini dinyatakan pada Polisi Privasi Luno.
VASP? Apa tu?
VASP ialah panggilan ‘fancy’ di platform kripto. VASP merujuk kepada perniagaan yang memberi kemudahan di bawah kepada pelanggan mereka:
-
Tukaran di antara matawang fiat dan kripto
-
Tukaran di antara jenis kripto yang berbeza
-
Simpan kripto
-
Dan penyediaan perkhidmatan kewangan yang berkaitan dengan pengeluaran dan/atau penjualan kripto
-
Dan penyediaan perkhidmatan kewangan yang berkaitan dengan pengeluaran dan/atau penjualan kripto
Luno ialah VASP.
OK... jadi apa yang perlu dilakukan apabila saya menghantar kripto?
Apabila menghantar kripto, kami akan meminta anda untuk membuat pengesahan jika:
-
Alamat untuk dihantar adalah kepunyaan anda
-
Atau alamat tersebut kepunyaan individu lain
Nota
Jika alamat hantar ialah kepunyaan individu lain, kami akan meminta anda untuk memberikan sedikit maklumat mengenai penerima:
-
Jika anda menghantar kepada individu, anda perlu berkongsi nama penuh dan warganegara
-
Jika anda menghantar ke entiti syarikat, anda perlu berkongsi nama penuh syarikat seperti yang didaftarkan
-
Dalam sesetengah kes, kami juga akan meminta anda untuk menyediakan tarikh lahir, negara tempat tinggal atau negara ditubuhkan (jika relevan)
Pastikan anda mendapat maklumat yang tepat terus daripada penerima apabila mengisi maklumat ini.
Anda juga perlu menyediakan:
-
Nama VASP, iaitu alamat dipegang oleh tukaran atau platform kripto lain
-
Atau nama penyedia dompet, iaitu alamat ialah alamat dompet peribadi
Nota
Tidak pasti apa perbezaannya? Alamat yang dipegang oleh tukaran atau platform kripto lain bermaksud alamat tersebut dipegang di atas nama anda (atau nama penerima) oleh platform lain seperti tukaran lain, yang akan memegang kunci peribadi bagi pihak anda.
Alamat peribadi pula ialah dompet yang anda cipta sendiri dan anda memegang sendiri kunci peribadi. Contohnya adalah hardware wallet (seperti Trezor) atau web wallet (seperti Metamask). Jika anda tidak pasti, kami galakkan anda untuk bertanya kepada penerima kripto anda.
Approved VASPs you can send to
Untuk mematuhi Travel Rule, Luno hanya akan memfasilitasi penghantaran ke VASP yang telah diluluskan oleh kami. Tidak pasti VASP mana yang diluluskan? Kami telah membuat senarai VASP yang diluluskan di Indonesia dan senarai berasingan untuk appoved VASPS in Nigeria, Malaysia and the UK.
Akhir sekali
Luno komited untuk mengekalkan piawaian tertinggi dalam menuruti undang-undang AML dan CFT, oleh itu, apabila pematuhan Travel Rule diperlukan oleh undang-undang di negara yang disokong, kami perlu mendapatkan maklumat daripada anda supaya kami boleh terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda.
Kawal selia mungkin kadang kala dirasakan sedikit sukar, tetapi akhirnya, ia akan membantu mencipta ruang yang selamat untuk anda menyimpan, beli, hantar dan jual matawang kripto.