Adakah ini terpakai pada saya?
Hanya jika akaun Luno anda disahkan di Indonesia, Malaysia, atau di United Kingdom.
Soalan Am
Apa itu Travel Rule?
Dalam bahasa yang mudah, Travel Rule memerlukan institusi kewangan untuk berkongsi maklumat mengenai individu penerima dan pengirim transaksi. Undang-undang ini telahpun digunapakai kepada institusi kewangan tradisional seperti bank.
Undang-undang Travel Rule dilebarkan ke Penyedia Perkhidmatan Aset Virtual (seperti Luno) di negara-demi-negara. Jika anda adalah pelanggan daripada Nigeria, Malaysia, Indonesia atau United Kingdom, Luno akan meminta sedikit maklumat tambahan daripada anda mengenai kemana anda ingin menghantar kripto dan dari mana anda menerima kripto.
Apa itu VASP?
VASP bermaksud Virtual Asset Service Provider atau Penyedia Perkhidmatan Aset Virtual. Secara ringkasnya, VASP ialah mana-mana platform yang menawarkan servis kripto kepada pelanggan seperti servis tukaran atau servis penjagaan. Contoh VASP ialah Luno, Binance, Coinbase, dan lain-lain.
Adakah saya terlibat dalam Travel Rule?
Jika anda pelanggan di Nigeria, Malaysia, Indonesia dan United Kingdom, maka undang-undang Travel Rule terpakai apabila anda menghantar atau menerima kripto. Luno mengawasi penerimaan Travel Rule di semua negara yang kami beroperasi dan kami telah menjangkakan bahawa Travel Rule akan terpakai kepada semua pelanggan pada sikit masa lagi.
Mengapakah Luno melaksanakan undang-undang Travel Rule?
The Financial Action Task Force (FATF) ialah organisasi global yang menetapkan piawaian antarabangsa dan polisi untuk diikuti oleh negara-negara serata dunia, seperti Travel Rule, untuk memerangi pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas. Apabila Travel Rule dilaksanakan pada undang-undang negara, Luno harus mematuhi undang-undang tersebut.
Luno juga menyokong objektif FATF dalam memperkenalkan Travel Rule ke dalam industri kripto. Kami percaya bahawa Travel Rule akan meningkatkan lagi keyakinan pengguna terhadap VASP dan akan mempromosi nilai kepercayaan terhadap industri kripto seluruhnya.
Tip
Semak artikel ini untuk lebih maklumat mengenai mengapa Luno menyokong undang-undang Travel Rule.
Adakah Travel Rule akan mengakibatkan kenaikan caj?
Tidak, Travel Rule tidak akan memberi kesan kepada caj yang dikenakan.
Adakah Luno memberi maklumat saya kepada pihak berkuasa?
Luno menghormati privasi pelanggan, dan hanya akan berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa atau pengawal selia jika terdapat keperluan undang-undang. Anda boleh mendapatkan lebih maklumat di Polisi Privasi kami.
Adakah ini bermaksud kripto tidak lagi dianggap sebagai matawang tidak berpusat?
Ramai yang mengkritik mengenai Travel Rule akan membawa industri kripto ke arah pengurusan berpusat, namun begitu, teknologi yang memacu semua transaksi matawang kripto kekal tidak berpusat. Transaksi terus direkodkan dan disahkan pada rantaian blok awam dan tidak dikawal oleh mana-mana pihak berkuasa tunggal.
Luno melaksanakan pindahan wang bervolum tinggi, oleh itu kami bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang pencegahan pengubahan wang haram (AML) dan peperangan pembiayaan pengganas (CTF). Mungkin terdapat segelintir individu merasakan yang Travel Rule adalah berlawanan dengan sifat matawang kripto yang tidak berpusat, namun begitu, kawal selia seperti ini adalah langkah utama dalam usaha untuk menjadikan matawang kripto sah dari segi undang-undang, membina kepercayaan terhadap industri, memerangi penipuan dan memastikan keselamatan wang pelanggan kami.
Tip
Ketahui lagi mengenai pendekatan kami terhadap pematuhan, atau lawati blog kami untuk mendalami lagi mengenai pandangan Luno terhadap kawal selia.
Menghantar kripto
Apakah maklumat yang perlu saya sediakan apabila menghantar kripto?
Anda perlu memberitahu kami mengenai:
- Sama ada anda menghantar kripto kepada anda sendiri atau individu lain,
- sama ada alamat ialah alamat peribadi dikawal oleh pemilik individu, atau dihoskan oleh platform tukaran atau kripto lain,
- sedikit maklumat mengenai penerima dan platform/penyedia yang digunakan oleh penerima
Tip
Belajar mengenai bagaimana Travel Rule terpakai pada hantaran kripto.
Apa berlaku jika terdapat kesilapan ejaan nama individu? Adakah saya akan kehilangan kripto saya?
Penting untuk anda menyediakan nama yang dieja dengan tepat. Jika berlaku kesilapan ejaan nama, anda tidak akan kehilangan kripto anda tetapi mungkin akan berlaku kelewatan atau pembatalan transaksi.
Platform kripto apakah yang boleh dihantar?
Sebelum pelanggan kami menghantar ke Penyedia Perkhidmatan Aset Virtual (VASP) lain, undang-undang Travel Rule memerlukan pasukan pematuhan Luno untuk menilai VASP tersebut. Senarai penuh VASP yang diluluskan telah disenaraikan di akhir artikel bantuan ini. Anda juga boleh mencarinya di pilihan menu apabila anda melalui proses penghantaran kripto.
Platform yang ingin dihantar mempunyai beberapa entiti disenaraikan. Yang mana perlu saya pilih?
Jika anda menghantar kripto ke Penyedia Perkhidmatan Aset Virtual (VASP) dengan pelbagai cawangan di seluruh negara, cuba nyatakan secara spesifik cawangan negara yang terlibat. Sila semak penerima merupakan pelanggan daripada cawangan mana. Terma Penggunaan VASP biasanya mempunyai maklumat ini. Jika maklumat cawangan tidak tersedia, sila pilih pilihan yang paling am.
Apa akan terjadi jika saya ingin menghantar ke platform yang tidak disenaraikan?
Jika anda tidak menjumpai Penyedia Perkhidmatan Aset Virtual (VASP) disenaraikan pada pilihan menu apabila anda membuat hantaran, anda tidak boleh menghantar matawang kripto ke platform tersebut daripada Luno. Jika VASP tidak tersenarai, sila hubungi pasukan sokongan, dan pasukan pematuhan kami akan menilai VASP tersebut pada masa yang sesuai.
Mengapa Binace tersenarai dalam VASP yang diluluskan walaupun ia diharamkan di Malaysia?
Binance tidak didaftarkan pada Tukaran Aset Digital dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) di Malaysia. SC mengharamkan Binance daripada menawarkan servis kepada pelanggan di Malaysia, tetapi Binance, sebagai sebuah syarikat, masih beroperasi. Pelanggan Luno boleh menghantar kripto ke Binance, dengan syarat anda memberikan maklumat penting Travel Rule yang diperlukan. Anda juga perlu berhati-hati dengan risiko menghantar kripto ke tukaran yang tidak dikawal selia di Malaysia.
Bolehkah saya menghantar kripto ke alamat dompet peribadi seperti Metamask atau Ledger?
Ya, Travel Rule masih terpakai pada transaksi ini jadi anda perlu menyediakan maklumat mengenai ke mana anda ingin menghantarnya. Mungkin akan terdapat sedikit halangan, bergantung pada negara anda.
- Di UK, Malaysia dan Indonesia, anda boleh menghantar kripto ke dompet peribadi milik individu lain atau milik anda
Apakah maklumat peribadi saya yang dikongsi dengan platform kripto tersebut?
Untuk mematuhi Travel Rule, Luno mungkin perlu berkongsi maklumat tertentu mengenai anda dengan platform kripto yang berkenaan. Luno hanya akan berkongsi maklumat mengenai anda dengan platform kripto yang anda telah pilih untuk hantar dan hanya kepada platform kripto yang diluluskan oleh Luno. Luno juga hanya akan berkongsi maklumat tersebut selari dengan undang-undang di negara anda. Ini bermaksud:
- Di UK dan Malaysia, kami mungkin perlu berkongsi nama dan beberapa maklumat tambahan seperti nombor identiti dan alamat residensi
- Di Indonesia, kami tidak berkongsi maklumat anda
Menerima kripto
Apakah maklumat yang perlu disediakan apabila menerima kripto?
Apabila anda menerima kripto daripada Penyedia Perkhidmatan Aset Virtual (VASP), anda perlu menyediakan nama VASP tersebut supaya kami boleh meminta maklumat Travel Rule daripada VASP tersebut.
Tip
Ketahui lagi mengenai bagaimana Travel Rule terpakai pada penerimaan kripto.
Apa akan terjadi jika saya mendapatkan kripto daripada perlombongan saya sendiri?
Kripto yang diterima daripada perlombongan peribadi atau mining pool dianggap sebagai alamat dompet peribadi. Anda boleh menerima dan menghantar ke alamat-alamat ini. Sila isytiharkan alamat ini sebagai dompet alamat peribadi dan sediakan nama mining pool yang terlibat.
Bolehkah saya menerima kripto daripada alamat dompet peribadi seperti Metamask atau Ledger?
Ya, Travel Rule masih terpakai pada transaksi ini jadi anda perlu menyediakan maklumat mengenai wang yang akan diterima. Mungkin akan terdapat sedikit halangan, bergantung pada negara anda:
- Di Malaysia dan Indonesia, anda boleh menghantar kripto ke alamat dompet peribadi milik individu lain atau kepada anda sendiri
Bolehkah saya menerima kripto daripada crypto faucet atas talian?
Ya, mining faucet dianggap sebagai dompet peribadi. Anda boleh menerima daripada crypto faucet ke akaun Luno anda dengan syarat anda menyediakan maklumat yang diperlukan untuk Travel Rule.
Mengapa kripto yang saya terima masih digantung?
Atas sebab pematuhan peraturan kawal selia tempatan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, kami memerlukan maklumat mengenai pengirim bagi kripto yang diterima dari alamat luaran. Dana akan tersedia pada dompet anda selepas maklumat dimasukkan dan disahkan.
Jika anda menerima kripto daripada dompet peribadi, bursa atau individu lain, dana kripto yang diterima mungkin akan digantung seketika sementara kami mengumpul maklumat pengirim. Anda akan menerima arahan daripada aplikasi Luno untuk menyediakan maklumat mengenai sumber asal kripto tersebut. Maklumat yang diperlukan termasuklah nama pengirim, warganegara, tarikh lahir atau nama bursa yang digunakan untuk penghantaran dana kripto.
Dana kripto akan dimasukkan dalam dompet anda dan tersedia untuk digunakan selepas anda menghantar maklumat yang diperlukan serta telah berjaya disahkan.
Jangan risau, dana anda kekal selamat ketika proses ini namun anda tidak boleh mengakses atau membuat transaksi menggunakan dana tersebut sehingga proses pengesahan selesai. Ini merupakan keperluan kawal selia standard di bawah peraturan “Travel Rule”, yang membantu dalam mengurangkan jenayah pengubahan wang haram dan jenayah-jenayah kewangan lain.