Mengapa saya ditanya soalan-soalan ini semasa menghantar atau menerima kripto?

Adakah ini relevan dengan saya?

Sekiranya anda disahkan di Afrika Selatan, Malaysia, Indonesia atau United Kingdom sahaja. Nigeria akan termasuk dalam senarai ini tidak lama lagi.

Kami meminta beberapa maklumat tambahan apabila anda menghantar atau menerima kripto kerana Luno mempunyai kewajipan kawal selia di bawah Peraturan Perjalanan (Travel Rule).

Apakah itu Travel Rule?

Peraturan Perjalanan (Travel Rule) ialah satu garis panduan yang bertujuan untuk membanteras aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Ia mewajibkan institusi kewangan merekodkan maklumat mengenai penghantar dan penerima bagi setiap transaksi.

Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF), sebuah organisasi antara kerajaan yang menggubal Peraturan Perjalanan (Travel Rule) telah memperluas garis panduan ini untuk merangkumi aset maya seperti mata wang kripto. Oleh sebab itu, Luno dan platform kripto lain yang mematuhi peraturan ini akan meminta maklumat tentang individu atau perniagaan yang terlibat dalam transaksi anda.

Tip

Jika anda ingin ketahui lebih lanjut tentang Peraturan Perjalanan (Travel Rule), kami telah menjawab soalan lazim yang sering ditanyakan oleh pelanggan kami di sini.

Apakah maklumat yang diperlukan?

Maklumat yang diperlukan mungkin berbeza bergantung pada cara sesebuah negara melaksanakan Peraturan Perjalanan (Travel Rule) mengikut peraturan tempatan masing-masing. Secara umumnya, kami akan menanyakan:

  1. Sama ada alamat tersebut milik anda atau milik orang lain.
    • Jika alamat milik orang lain, anda perlu menyediakan beberapa butiran tentang penghantar atau penerima.
    • Butiran yang diperlukan berbeza bergantung pada sama ada mereka adalah individu atau entiti sah (seperti perniagaan).
  2. Sama ada alamat penghantar atau penerima dihoskan pada tukaran atau dompet lain, atau jika ia merupakan alamat peribadi.
    • Alamat peribadi merujuk pada dompet bukan kawalan (non-custodial wallet) iaitu pengguna memegang sendiri kunci peribadi mereka (contohnya: MetaMask, Ledger atau Trezor).
    • Jika anda menghantar ke tukaran kripto lain, anda akan memilih platform daripada senarai sekiranya kami tidak dapat mengesan lokasi alamat itu dihoskan secara automatik.

Semasa melengkapkan maklumat ini, sila pastikan anda mendapatkan maklumat yang tepat secara terus daripada penerima.

Nota

Anda hanya perlu memberikan maklumat ini sekali untuk setiap alamat baharu yang dihantar atau diterima.

Platform mana yang saya boleh hantar?

Bagi mematuhi Peraturan Perjalanan (Travel Rule), Luno hanya akan memudahkan penghantaran ke tukaran kripto yang diluluskan (atau dikenali sebagai Penyedia Perkhidmatan Aset Maya (VASPs) atau Penyedia Perkhidmatan Aset Kripto (CASPs).

Tip

Apabila menghantar kripto ke tukaran lain, anda boleh mencari atau memilih daripada senarai platform yang diluluskan yang tersedia. Kami juga mengemas kini senarai terkini di Pusat Bantuan kami:

Menerima kripto di Malaysia

Atas sebab pematuhan peraturan kawal selia tempatan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, kami memerlukan maklumat mengenai pengirim bagi kripto yang diterima dari alamat luaran. Dana akan tersedia pada dompet anda selepas maklumat dimasukkan dan disahkan.

Jika anda menerima kripto daripada dompet peribadi, bursa atau individu lain, dana kripto yang diterima mungkin akan digantung seketika sementara kami mengumpul maklumat pengirim. Anda akan menerima arahan daripada aplikasi Luno untuk menyediakan maklumat mengenai sumber asal kripto tersebut. Maklumat yang diperlukan termasuklah nama pengirim, warganegara, tarikh lahir atau nama bursa yang digunakan untuk penghantaran dana kripto.

Dana kripto akan dimasukkan dalam dompet anda dan tersedia untuk digunakan selepas anda menghantar maklumat yang diperlukan serta telah berjaya disahkan.

Jangan risau, dana anda kekal selamat ketika proses ini namun anda tidak boleh mengakses atau membuat transaksi menggunakan dana tersebut sehingga proses pengesahan selesai. Ini merupakan keperluan kawal selia standard di bawah peraturan “Travel Rule”, yang membantu dalam mengurangkan jenayah pengubahan wang haram dan jenayah-jenayah kewangan lain.

Kesimpulan

Luno komited untuk mengekalkan piawaian tertinggi dalam pematuhan Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (CTF).

Sekiranya pematuhan Peraturan Perjalanan (Travel Rule) diwajibkan oleh undang-undang di mana-mana negara yang disokong, kami perlu mendapatkan maklumat daripada anda bagi memastikan kami terus menjadi platform simpanan dan urus niaga berkaitan kripto yang dipercayai.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?