Kami menyedari bahawa banyak kes penipuan menyasarkan pelanggan Luno yang lebih berusia. Melabur dalam matawang kripto adalah terbuka kepada semua individu, tetapi penting untuk kami yang anda sentiasa selamat ketika melakukan aktiviti pelaburan.
Di Luno, kami cuba mengambil setiap langkah untuk melindungi anda dan wang anda, tetapi kami tidak boleh selalu melindungi anda daripada penipuan dan cubaan phishing.
Jika terdapat individu yang meminta anda untuk membuka akaun Luno supaya mereka boleh membantu anda mendapatkan pulangan yang banyak dan hebat - atau untuk menghantar wang kepada mereka tanpa sebab yang jelas - jangan percaya, walaupun mereka nampak meyakinkan. Ini adalah taktik biasa yang digunakan oleh penipu untuk mendapatkan akses ke akaun anda dan wang anda.
Ingat
-
Jika tawaran kedengaran terlalu hebat untuk dipercayai, maka jangan percaya! Penipu gemar menjanjikan pulangan tinggi daripada ‘laburan’ anda, perkhidmatan terbaik atau sebarang janji bulan bintang yang kedengaran hebat untuk mengumpan anda untuk menjadi mangsa mereka
-
Transaksi matawang kripto tidak boleh dipulangkan, bermaksud jika anda menghantar wang ke alamat penipu, anda tidak akan mendapatkannya semula
-
Jangan sesekali berkongsi maklumat akaun dan kata laluan dengan mana-mana individu. Luno tidak akan sesekali meminta kata laluan anda
-
Fikir dua kali atau lebih sebelum anda menghantar wang kepada individu yang menawarkan perkhidmatan pelaburan bagi pihak anda. Tidak wujud kaedah ‘wang segera’ - termasuklah kripto
-
Jangan sesekali berkongsi butiran log masuk atau skrin anda dengan mana-mana individu
-
Jika terdapat individu yang menawarkan perkhidmatan mendapatkan semula wang yang telah diambil oleh penipu - jangan percaya! Mereka tidak boleh mendapatkan wang anda semula dan jangan menjadi mangsa penipuan sekali lagi. Mereka mungkin menggunakan kaedah lain untuk membuat anda membayar lebih wang kepada mereka
Untuk mengetahui cara memastikan wang anda selamat daripada penipuan, lawati Kategori Keselamatan dalam Pusat Bantuan kami.