Bagaimana untuk menetapkan belian ulang (repeat buy)?

illustration of a calendar in front of a crypto coin with a clock on it

Belian ulang (repeat buy) memberikan anda kemudahan untuk membeli kripto pilihan anda, pada frekuensi pilihan anda - bulanan, mingguan atau harian.

Tidak kira sama ada harga tinggi atau rendah, pembelian kripto anda bergerak secara auto-pilot, bermaksud anda membina portfolio anda secara berterusan sepanjang masa.

Bagaimana untuk set belian ulang

  1. Log masuk ke aplikasi Luno
  2. Tekan Beli
  3. Pilih aset kripto
  4. Pilih kripto yang ingin dibeli
  5. Pada skrin seterusnya, tekan Belian ulang di bahagian Frekuensi
  6. Baca info yang dipaparkan dan tekan SETERUSNYA
  7. Masukkan amaun yang ingin dibeli dan tekan SETERUSNYA
  8. Pilih kekerapan dan tarikh ulangan, kemudian tekan SETERUSNYA
  9. Semak maklumat dan tekan SAHKAN

Berjaya! Anda telah setkan belian ulang.

Menambah dana untuk belian ulang

Walaupun fungsi belian ulang menjadikan anda yakin untuk membeli kripto secara automatik, anda masih perlu memastikan dana dalam dompet matawang tempatan anda cukup untuk membiayai belian ulang anda.

Anda boleh menambah dana dompet anda melalui Touch 'n Go eWallet atau pindahan FPX segera. Pastikan dana dalam dompet anda mencukupi sebelum belian ulang dibuat untuk memastikan transaksi berjalan lancar. Jika dana dalam dompet anda tidak mencukupi, kami akan menghantar peringatan sebelum proses belian ulang dibuat agar anda dapat membuat tambah nilai.

Tip

Jika anda disahkan di Eropah atau UK, anda boleh setkan belian ulang menggunakan kad debit atau kad kredit. Apabila menetapkan belian ulang anda, pilih kad sedia ada atau tambah kad baru apabila ditanya mengenai kaedah pembayaran. Apabila anda menghubungkan fungsi belian ulang anda dengan kad, anda tidak perlu menambah nilai dompet matawang tempatan anda!

Lihat dan uruskan belian ulang anda

Anda boleh melihat sebarang belian ulang yang telah dijadualkan pada bila-bila masa dengan cara ini:

  1. Dari skrin utama Portfolio, pilih Portfolio dengan ikon Belian ulang

  2. Anda boleh melihat senarai Belian ulang di bawah header ULANGAN dan baki

  3. Tekan pilihan-pilihan ini untuk melihat lebih maklumat mengenai belian ulang anda

Anda juga boleh henti seketika, sambung atau padam belian ulang anda dengan cara:

  1. Ikut langkah di atas untuk melihat belian ulang anda

  2. Pada skrin belian ulang:

    • Jika anda ingin henti seketika belian ulang anda, tekan HENTI SEKETIKA BELIAN ULANG

    • Jika anda ingin meneruskan belian ulang yang telah dihentikan seketika, pilih SAMBUNG BELIAN ULANG

    • Jika anda ingin padam keseluruhannya, pilih PADAM BELIAN ULANG


Soalan lazim

Bolehkah saya set beberapa belian ulang?

Ya! Anda boleh set pelbagai jenis belian ulang (bulanan, mingguan atau harian) pada pelbagai matawang kripto yang disokong oleh Luno.

Tip

Tidak mempunyai dompet kripto? Tiada masalah. Ketahui cara untuk mencipta dompet kripto dengan Luno.

Bolehkah saya membayar belian ulang menggunakan matawang kripto lain?

Tidak. Buat masa ini, anda cuma boleh membuat belian ulang daripada dompet matawang tempatan anda (atau dengan kad, jika anda disahkan di UK atau Eropah). Pastikan anda meletakkan wang yang cukup pada dompet anda agar transaksi bulanan, mingguan atau harian anda berjaya.

Apa akan berlaku jika saya tidak mempunyai wang yang cukup pada dompet matawang tempatan saya?

Transaksi belian ulang (yang spesifik pada masa tersebut) tidak akan dilaksanakan, dan anda akan menerima emel mengenai transaksi tidak berjaya. Belian ulang semasa (yang tidak berjaya) akan dilangkau ke belian ulang seterusnya seperti yang telah di setkan oleh anda - jika anda mempunyai wang yang cukup pada dompet matawang tempatan.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?