Bagaimana untuk menetapkan belian ulang (repeat buy)?

illustration of a calendar in front of a crypto coin with a clock on it

Belian ulang (repeat buy) memberikan anda kemudahan untuk membeli kripto pilihan anda, pada frekuensi pilihan anda - bulanan, mingguan atau harian.

Tidak kira sama ada harga tinggi atau rendah, pembelian kripto anda bergerak secara auto-pilot, bermaksud anda membina portfolio anda secara berterusan sepanjang masa.

Bagaimana untuk set belian ulang

  1. Log masuk ke aplikasi Luno

  2. Pilih Beli

  3. Pilih Koin individu

  4. Pilih kripto yang ingin dibeli

  5. Pilih Belian ulang

  6. Masukkan amaun yang ingin dibeli dan pilih SETERUSNYA

  7. Pilih kekerapan dan tarikh ulangan, dan tekan SETERUSNYA

  8. Semak maklumat yang dipaparkan dan tekan SAHKAN

Berjaya! Anda telah setkan belian ulang.

Menambah dana untuk belian ulang

Walaupun fungsi belian ulang menjadikan anda yakin untuk membeli kripto secara automatik, anda masih perlu memastikan dana dalam dompet matawang tempatan anda cukup untuk membiayai belian ulang anda.

Anda boleh menetapkan pindahan bank berkala dengan bank anda agar penambahan dana ke dompet matawang tempatan boleh dibuat secara automatik. Anda cuma perlu setkan bank anda untuk membuat deposit dua hari sebelum belian ulang dijadualkan, untuk memastikan dana anda sampai ke dompet tepat pada masanya. Jika anda lebih gemar untuk melakukannya secara manual, kami akan menghantar peringatan untuk membuat tambah nilai.

Tip

Jika anda disahkan di Eropah atau UK, anda boleh setkan belian ulang menggunakan kad debit atau kad kredit. Apabila menetapkan belian ulang anda, pilih kad sedia ada atau tambah kad baru apabila ditanya mengenai kaedah pembayaran. Apabila anda menghubungkan fungsi belian ulang anda dengan kad, anda tidak perlu menambah nilai dompet matawang tempatan anda!

Lihat dan uruskan belian ulang anda

Anda boleh melihat sebarang belian ulang yang telah dijadualkan pada bila-bila masa dengan cara ini:

  1. Dari skrin utama Dompet, pilih Dompet dengan  ikon Belian ulang

  2. Anda boleh melihat senarai Belian ulang di bawah header ULANGAN dan baki

  3. Tekan pilihan-pilihan ini untuk melihat lebih maklumat mengenai belian ulang anda

 

Anda juga boleh henti seketika, sambung atau padam belian ulang anda dengan cara:

  1. Ikut langkah di atas untuk melihat belian ulang anda

  2. Pada skrin belian ulang:

    • Jika anda ingin henti seketika belian ulang anda, tekan HENTI SEKETIKA BELIAN ULANG

    • Jika anda ingin meneruskan belian ulang yang telah dihentikan seketika, pilih SAMBUNG BELIAN ULANG

    • Jika anda ingin padam keseluruhannya, pilih PADAM BELIAN ULANG


Soalan lazim

Ya! Anda boleh set pelbagai jenis belian ulang (bulanan, mingguan atau harian) pada pelbagai matawang kripto yang disokong oleh Luno.

Tip

Tidak pasti bagaimana untuk menambah dompet kripto? Tiada masalah. Cari jawapan di sini.

Caj perkhidmatan dinamik dikenakan apabila membeli kripto – berdasarkan peratusan kecil daripada kripto yang dibeli. Caj perkhidmatan dikira pada setiap belian ulang individual yang dilakukan, oleh itu caj bergantung pada harga kripto.

Caj perkhidmatan ditolak apabila belian ulang anda dilaksanakan, dan baki kripto akan dipindahkan kepada dompet anda. Luno mengenakan caj perkhidmatan ini dalam bentu matawang kripto.

Tidak. Buat masa ini, anda cuma boleh membuat belian ulang daripada dompet matawang tempatan anda (atau dengan kad, jika anda disahkan di UK atau Eropah). Pastikan anda meletakkan wang yang cukup pada dompet anda agar transaksi bulanan, mingguan atau harian anda berjaya.

Transaksi belian ulang (yang spesifik pada masa tersebut) tidak akan dilaksanakan, dan anda akan menerima emel mengenai transaksi tidak berjaya. Belian ulang semasa (yang tidak berjaya) akan dilangkau ke belian ulang seterusnya seperti yang telah di setkan oleh anda - jika anda mempunyai wang yang cukup pada dompet matawang tempatan.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda