Luno mempunyai struktur caj untuk maker dan taker bagi pelanggan yang menggunakan Luno Exchange. Sebelum kami menerangkan tentang tetapan caj, pastikan anda memahami dahulu cara pasaran had berfungsi dan maksud pesanan pembuat & penerima.
Caj ditentukan daripada volum dagangan anda sepanjang tempoh 30 hari, tidak termasuk hari semasa. Jumlah volum dagangan anda sepanjang 30 hari akan dikira oleh sistem kami pada setiap malam, bermula 00h00 GMT.
Tip
Sila rujuk pada jadual caj bagi negara anda.
Jumlah keseluruhan volum dagangan 30 hari dan yuran braket semasa ditunjukkan di volum dagangan dan kad caj.
Bagaimana caj-caj ini dikenakan?
Mari gunakan Sara sebagai contoh:
Sara merupakan pengguna Luno di Malaysia dan berdagang BTC/MYR. Jumlah keseluruhan volum dagangan Sara pada 30 hari lepas ialah RM 400,000. Ini menjadikan Sara sebagai pelanggan Tahap 4, oleh itu caj yang dikenakan kepada beliau adalah seperti berikut:
Apabila Sara meletakkan pesanan yang dilaksanakan segera, beliau akan dikenakan caj sebanyak 0.40%.
Apabila Sara meletakkan pesanan maker yang masih belum selesai dalam buku pesanan, beliau akan dicaj sebanyak 0.10%.
Kemudian, Sara membuat dagangan tambahan sebanyak RM 600,000. Pada tengah malam, jumlah volum dagangan 30 hari beliau dikira semula oleh sistem, dan jumlahnya adalah RM 1 juta. Esoknya, Sara akan ditawarkan untuk menjadi pelanggan Tahap 5, dan caj yang dikenakan adalah seperti berikut:
Apabila Sara meletakkan pesanan yang dilaksanakan segera, beliau kini akan dikenakan caj sebanyak 0.35%.
Apabila Sara meletakkan pesanan maker yang masih belum selesai dalam buku pesanan dan dilaksanakan pada masa yang lain, beliau tidak perlu membayar sebarang caj.
Pada waktu malam, volum dagangan 30 hari Sara akan dikira semula.