Apakah perbezaan jenis-jenis pesanan dan bagaimana ia berfungsi?

animated gif of Luno's different order type buttons being selected

Terdapat beberapa jenis pesanan yang berbeza di Luno Exchange:

Bagaimana ia berfungsi? Kami akan terangkan disini.

Pesanan had (limit order) adalah satu pesanan yang diletakkan di Luno Exchange untuk beli atau jual matawang kripto – dengan meletakkan amaun dan harga yang anda mahu berdagang dengan jelas.

  • Pesanan Beli (atau bid) hanya akan dilaksanakan pada harga terhad (atau kurang)

  • Pesanan Jual (atau ask) hanya akan dilaksanakan pada harga terhad (atau lebih)

Pesanan beli (buy order)

Jika anda mahu membeli kripto di Exchange, pastikan anda memilih pasangan dagangan (trading pair) yang betul (eg. BTC/MYR), kemudian ikut langkah ini:

  1. Di sebelah kanan laman web, pergi ke bahagian buat tiket pesanan, dan untuk versi aplikasi telefon, tekan LETAKKAN PESANAN.

  2. Pastikan anda telah menekan BELI dan pilihan Had telah ditekan

  3. Jika anda mendagangkan kripto/pasangan fiat, masukkan had harga (contohnya MYR) yang anda mahu beli – ini adalah harga maksimum yang anda ingin bayar untuk amaun kripto yang anda mahu beli
    Jika anda mendagangkan kripto/pasangan kripto, had harga bukan lagi dalam matawang tempatan tetapi had kripto yang anda gunakan untuk membeli matawang kripto lain, sebagai contoh, menggunakan Bitcoin untuk membeli Ethereum

  4. Di kotak seterusnya, masukkan amaun kripto yang anda mahu beli berdasarkan had harga yang anda telah tetapkan

  5. Pilih Masa Pelaksanaan yang sesuai untuk anda

  6. Akhir sekali, pilih BELI

Nota

Selepas anda selesai meletakkan buy order, anda telah merizabkan wang anda. Ini bermaksud anda tidak boleh menggunakan wang ini di tempat lain – melainkan anda membatalkan pesanan anda.

Pesanan jual (sell order)

Jika anda mahu menjual kripto di Exchange, pastikan anda memilih pasangan dagangan (trading pair) yang betul di atas sekali (eg. BTC/MYR), kemudian ikuti langkah ini:

  1. Di sebelah kanan laman web, pergi ke bahagian buat pesanan tiket, dan untuk versi mobile, tekan LETAKKAN ORDER.

  2. Pastikan anda telah menekan JUAL, dan pilihan Had telah ditekan

  3. Jika anda mendagangkan kripto/pasangan fiat, masukkan had harga (contohnya MYR) yang mahu dijual – ini adalah harga minimum yang anda ingin terima untuk amaun kripto yang hendak dijual. Jika anda mendagangkan kripto/pasangan kripto, had harga adalah berdasarkan matawang kripto yang anda gunakan untuk jual. Contohnya, menggunakan Bitcoin untuk meletakkan pesanan jual bagi Ethereum

  4. Di kotak seterusnya, masukkan amaun kripto yang anda mahu jual berdasarkan had harga yang anda tetapkan

  5. Pilih Masa Pelaksanaan yang sesuai untuk anda

  6. Akhir sekali, pilih JUAL

Nota

Pesanan had tidak semestinya akan dilaksanakan secepat mungkin. Jika anda meletakkan satu pesanan beli dengan harga paling rendah di antara semua pesanan jual yang masih belum selesai, ada sebenarnya sedang menunggu harga matawang kripto untuk menurun serta penjual menjual matawang kripto pada harga yang anda telah letakkan sebelum pesanan anda selesai.

Jika anda meletakkan pesanan jual lebih tinggi daripada semua buy order yang belum selesai, anda menunggu harga matawang kripto untuk naik dan pembeli membeli kripto pada harga yang anda pesan sebelum ia dikira selesai.

Masa Pelaksanaan

Masa pelaksanaan menunjukkan berapa lama tempoh pesanan akan kekal aktif sebelum luput.

  • GTC - Good 'Til Cancelled: Pesanan kekal terbuka sehingga ia dipenuhi atau dibatalkan. Ini ialah pesanan had klasik.

  • IOC - Immediate Or Cancel: Bahagian pesanan yang tidak dapat dipenuhi segera akan dibatalkan. Tidak boleh post-only.

  • FOK - Fill Or Kill: Jika pesanan tidak boleh dipenuhi segera dan sepenuhnya, ia akan dibatalkan sebelum sebarang dagangan. Tidak boleh post-only

Lihat pesanan jual dan beli anda

Selepas anda berjaya membuat pesanan beli atau jual, anda boleh melihat pesanan anda di bahagian Pesanan terbuka (bawah kiri) di laman web, atau pilih Pesanan di aplikasi telefon.

The 'My Orders' screen on the Luno app

Batalkan pesanan anda

Jika anda telah membuat pesanan beli atau jual, anda masih boleh batalkan pada bila-bila masa dari Pesanan Saya dengan menekan ikon X di laman web, atau di aplikasi telefon, pilih pesanan anda dan tekan BATALKAN PESANAN.

Pesanan pasaran digunakan apabila anda mahu berdagang dengan nilai yang spesifik. Pesanan ini terus dilaksanakan kepada mana-mana harga terbaik yang ada dalam pasaran. Pesanan pasaran ini memadankan dengan pesanan lain yang sedang menunggu di dalam buku pesanan.

Nota

Pesanan pasaran adalah sentiasa pesanan taker. Jika anda meletakkan pesanan beli pada harga yang sama, atau harga yang lebih tinggi berbanding semua pesanan jual yang belum selesai, dan diisi secepatnya, pesanan beli anda dianggap sebagai pesanan taker.

Cara menggunakan pesanan pasaran

  1. Log masuk Luno Exchange

  2. Di laman web, pergi ke letakkan tiket pesanan. Jika di menggunakan aplikasi, pilih LETAKKAN PESANAN di bawah skrin

  3. Di tiket Letakkan Pesanan, pilih Pasaran

  4. Pilih antara Beli atau Jual. Masukkan harga terbaik (yang masih ada) dan amaun

  5. Pilih (Beli/Jual) untuk letakkan pesanan anda

  6. Sahkan pesanan anda dengan menekan LETAKKAN PESANAN pada skrin pop-up

Pesanan stop-limit adalah sama dengan pesanan terhad normal tetapi menjadi aktif apabila pasaran telah mencapai satu hentian atau telah mencetus harga yang telah disetkan oleh anda. Apabila isyarat pencetus telah dipenuhi, pasaran terhad akan diposkan ke dalam buku pesanan dengan had harga yang spesifik.

Pesanan stop-limit mempunyai dua titik harga – harga berhenti dan had harga:

  • Harga berhenti merujuk kepada keadaan sasaran harga yang spesifik untuk dagangan

  • Had harga merujuk kepada arahan kepada pedagang untuk keluar daripada posisi

Setelah harga berhenti dicapai, pesanan terhad akan diletakkan secara automatik di dalam buku pesanan supaya pedagang dapat beli atau jual pada had harga atau lebih baik.

Nota

Pesanan stop-limit akan menjamin had harga, tapi ia tidak akan menyelesaikan pesanan. Dalam pasaran yang bergerak pantas, harga berhenti mungkin akan dicetuskan, tetapi pasaran mungkin akan bergerak lebih daripada harga pesanan terhad yang ditetapkan.

Sebagai contoh: Ross mempunyai 1 unit BTC yang dibeli dengan harga RM20,000, dan dia mahu menjualnya dengan harga lebih tinggi. Jimmy meletakkan satu jualan pesanan stop-limit dengan harga berhenti pada RM21,000 dan RM25,000 bagi harga had. Jika harga menjunam jatuh lebih rendah daripada harga berhenti RM25,000, satu pesanan had akan dibuat pada harga RM25,000. Pesanan anda di dalam buku pesanan akan menjadi aktif dan akan menunggu harga untuk kembali ke paras ini atau tinggi lagi sebelum dijual.

Tip

Manfaat pesanan stop-limit yang paling jelas ialah, sebagai pedagang, anda boleh melindungi dagangan anda dari turun-naik pasaran. Pesanan stop-limit memberikan selapis lagi pengurangan risiko dengan membenarkan anda mengkhususkan harga keluar (exit price).

Bagaimana menggunakan pesanan stop-limit

  1. Log masuk Luno Exchange

  2. Di laman web, pergi ke buat tiket pesanan. Jika di menggunakan aplikasi, pilih LETAKKAN PESANAN di bawah skrin

  3. Di bahagian tiket letakkan pesanan, pilih Stop-limit

  4. Pilih sama ada Beli atau Jual, dan masukkan harga berhenti, had hargadan amaun.

  5. Pilih (Beli/Jual) untuk meletakkan pesanan anda

  6. Sahkan pesanan anda dengan menekan LETAKKAN PESANAN pada pop-up

Apa itu caj maker dan taker?

Luno Exchange menggunakan model caj Maker dan Taker – ianya adalah salah satu cara untuk membezakan di antara pesanan dagang yang membekalkan kecairan (dipanggil pesanan maker) dan yang mengambil kecairan (dipanggil pesanan taker).

Pesanan order

Pesanan beli anda dikira sebagai pesanan maker. Jika pesanan maker tidak dipenuhi serta merta terhadap pesanan yang sudah ada di dalam buku pesanan – kecairan ditambah. Jika ia dipenuhi secara perlahan, anda akan dikenakan caj maker.

Taker orders

Jika anda meletakkan satu pesanan beli pada harga yang sama, atau pada harga lebih tinggi berbanding pesanan jual yang belum selesai – dan ia dipenuhi serta merta – pesanan beli anda akan dikira sebagai pesan taker. Jika anda meletakkan satu pesanan beli pada harga yang sama, atau pada harga lebih tinggi berbanding pesanan jual yang belum selesai – dan ia dipenuhi serta merta – pesanan beli anda akan dikira sebagai caj taker.

Tip

Ketahui yuran pembuat dan pengambil berdasarkan peringkat yuran anda dalam panduan had yuran dan transaksi kami. Caj maker/taker juga dikenakan untuk pesanan jual. Ketahui lebih lanjut bagaimana caj how dikenakan di Luno Exchange.

Apa itu Pesanan Post-only, dan bagaimana ia berfungsi?

Pesanan post-only memastikan anda tidak perlu membayar caj taker, dan sebaliknya, anda akan perlu membayar caj maker. Sesuatu pesanan itu cuma akan ditambah di dalam buku pesanan jika ia tidak sepadan dengan pesanan yang wujud sebelumnya. Jika ia berlaku, pesanan itu akan dibatalkan.

Contohnya: Jika anda meletakkan satu post-only ask di paras yang sama atau di bawah bid terbaik, pesanan anda akan dibatalkan dan tidak didagangkan. Jika anda meletakkan satu ask post-sahaja di di atas bid terbaik, pesanan anda tidak didagangkan tetapi akan masuk ke dalam buku pesanan.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda