Panduan untuk pedagang bervolum tinggi menyertai Luno dengan pantas

illustration of a hand holding an ID card

Jika anda pelanggan baru Luno, selamat datang! Sebelum anda boleh mula berdagang di Luno Exchange, anda perlu berkongsi sedikit maklumat tentang diri anda (yang dipanggil sahkan identiti anda).

Masa anda amatlah bernilai untuk kami, oleh itu, jika anda mempunyai matlamat untuk berdagang dengan volum yang tinggi pada Exchange, kami mencadangkan anda untuk mengesahkan diri anda terus ke Tahap 3, untuk mengelakkan had transaksi (tahap yang rendah mempunyai had transaksi yang rendah).

Tip

Tahap 3 ialah tahap pengesahan tertinggi kami dan datang tanpa (atau sangat tinggi) had transaksi. Pendaftaran ke tahap ini memberikan anda kebebasan untuk terus mendagangkan jumlah volum yang tinggi tanpa perlu menaiktaraf akaun anda.

Cara-cara

Langkah 1: Daftar masuk

  1. Daftar dengan Luno pada laman web atau pada aplikasi mudah alih kami dengan emel anda

  2. Sahkan emel anda

  3. Masukkan dan sahkan  nombor telefon anda

  4. Anda akan diberi langkah panduan untuk mengesahkan identiti anda ke tahap 2

Langkah 2: Naik taraf ke tahap 3

Apabila anda berjaya mengesahkan identiti anda ke tahap 2, mari naik taraf ke tahap 3. Untuk melakukannya, pergi ke pengesahan pada tetapan, dan anda perlu menyediakan beberapa perkara:

  1. Masukkan alamat tempat tinggal anda (tidak perlu kemukakan dokumen)

  2. Jawab beberapa soalan pendek untuk membantu kami mengenali diri anda dengan lebih baik

Misi berjaya! Kami akan selesaikan kemaskini anda ke tahap 3 dan apabila selesai, anda akan diberitahu dan anda boleh mula berdagang di Luno Exchange.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda