“Mereka jamin yang mereka akan menggandakan wang saya, jadi saya perlu bayar lebih.”
Penipuan perdagangan kripto menarik anda dengan janji-janji tidak realistik seperti keuntungan tinggi atau keuntungan dijamin dalam tempoh masa yang singkat. Tawaran ini biasanya tersedia pada masa yang terhad - menyebabkan individu akan merasa ‘sense of urgency’ atau perasaan terdesak untuk menyertai skim tersebut kerana mereka percaya yang mereka mungkin akan terlepas peluang yang ‘hebat’.
Penipu biasanya akan menghubungi anda melalui media sosial, berasal daripada AS atau Eropah, menunjuk-nunjuk gaya hidup mewah pada profil media sosial mereka dan kelihatan seperti individu yang berjaya (seperti Tinder Swindler.. Tetapi dengan kripto).
Penipu juga mungkin akan menyamar sebagai wakil Luno dan menawarkan servis mencipta akaun bagi pihak anda pada platform perdagangan, berkongsi tangkap layar keuntungan anda – menyebabkan anda percaya yang ia merupakan pelaburan yang sah kerana ia dikaitkan dengan Luno.
Setelah akaun dicipta dan deposit pertama diterima, mereka akan meminta lagi deposit dan akan mula meminta anda untuk membayar pelbagai caj sebagai syarat untuk mengeluarkan keuntungan anda.
Nota
Adakah peluang perdagangan matawang kripto ini kedengaran terlalu menarik? Cuba anda fikirkan, mengapa seorang ‘pedagang’ yang tidak dikenali, menawarkan anda pelaburan hebat melalui media sosial. Juga, jika anda membuat keputusan untuk melabur - mengapa anda perlu membayar caj untuk mengeluarkan keuntungan anda?
Caj berikut boleh dibayar dalam matawang kripto:
-
Caj konsultasi
-
Caj pendaftaran dan pengesahan
-
Caj cukai
-
Caj pengeluaran keuntungan
-
Caj kos pindahan (Cost of Transfer)
-
Caj pengaktifan pakej
-
Caj pengurusan
-
Komisen
Jika anda enggan membayar, penipu ini akan blok anda di media sosial dan terus menghilangkan diri, meninggalkan anda tanpa sebarang wang.
Tip
Sila peka terhadap perkara-perkara berikut:
-
Janji palsu mengenai jaminan keuntungan
-
Broker yang beroperasi di negara yang mempunyai rangka kerja yang lemah
-
‘Review’ atas talian yang lemah
-
“Pakej” kripto gangsa, perak atau emas yang ditawarkan oleh platform perdagangan yang menyamar sebagai wakil Luno
-
Tekanan masa: "Jika anda tidak membayar ini sekarang, anda akan kehilangan semua keuntungan anda"
Untuk mengetahui cara memastikan wang anda selamat daripada penipuan, lawati Kategori Keselamatan dalam Pusat Bantuan kami.