Mengapa caj penghantaran Luno berbeza dari caj rantaian blok?

Jika anda merupakan pengguna kripto berpengalaman, anda mungkin biasa dengan laman web blockchain explorer seperti Blockchain.com atau Etherscan. Apabila anda menghantar matawang kripto, anda boleh menggunakan blockchain explorer untuk mencari maklumat mengenai transaksi anda, termasuklah jumlah pengesahan dan juga caj yang dibayar untuk memproses transaksi tersebut.

Anda mungkin perasan yang caj dikenakan oleh Luno adalah lebih tinggi berbanding caj yang ditunjukkan pada blockchain explorer. Ini disebabkan oleh caj rantaian blok hanyalah salah satu daripada caj keseluruhan yang dikenakan apabila anda menghantar kripto ke dompet Luno anda.

Caj yang dipaparkan sebelum anda mengesahkan transaksi adalah meliputi beberapa kos yang tidak dipaparkan pada blockchain explorer. Kos ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada:

  • Caj pembekal perkhidmatan bagi API yang disepadukan dengan Luno untuk memudahkan transaksi

  • Caj penciptaan alamat

  • Caj pindahan (contohnya, memindahkan dana daripada hot wallet ke alamat yang anda ingin hantar)

Dalam erti kata lain, caj penghantaran Luno meliputi kos keseluruhan transaksi anda - caj transaksi rantaian blok dan kos operasi dalaman yang dinyatakan di atas - dan bukan untuk keuntungan kami.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda