Saya diminta untuk menyediakan lebih maklumat mengenai diri saya dan bagaimana saya menggunakan akaun Luno

Kadang-kala, Luno perlu untuk mengumpul maklumat tambahan mengenai pelanggan kami dan cara anda menggunakan Luno. Proses ini merupakan usaha berterusan untuk mengekalkan kadar piawaian tertinggi dalam mematuhi undang-undang pematuhan pencegahan pengubahan wang haram (AML) dan know-your-customer (KYC).

Nota

Sentiasa semak peti masuk emel anda. Anda akan menerima emel daripada kami dengan tajuk “Penting: Sila sahkan maklumat anda”  jika kami memerlukan maklumat tambahan daripada anda. Emel ini akan menerangkan dokumen yang diperlukan serta cara-cara untuk melakukannya.

Untuk memastikan anda boleh terus menggunakan akaun Luno, anda perlu menyediakan maklumat ini secepat mungkin selepas menerima emel tersebut.

Dokumen yang diperlukan

Kami biasanya akan memerlukan dokumen-dokumen berikut:

  1. Penyata bank 3 bulan terakhir bagi semua akaun yang digunakan untuk mendeposit dana ke dompet Luno anda

  2. Bukti alamat terkini (tidak lebih dari tiga bulan). Bukti alamat tidak diperlukan jika alamat semasa anda sama dengan alamat yang dipaparkan pada penyata bank

  3. Dokumen yang memaparkan sumber dana yang digunakan untuk didepositkan ke dompet Luno anda. Sebagai contoh, jika dana pada dompet Luno anda diperoleh melalui pekerjaan, sila sediakan bukti pembayaran gaji. Ketahui lagi mengenai dokumen yang boleh digunakan untuk mengesahkan sumber dana

  4. Gambar anda memegang dokumen identiti anda yang dikeluarkan oleh kerajaan. Pastikan muka anda jelas dan maklumat mudah dibaca

Bagaimana untuk menyerahkan dokumentasi:

  • Balas emel yang telah dihantar oleh kami dan lampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan, atau

  • Pegi ke Profil, dan paparkan mesej dengan tajuk “Penting: Sila sahkan maklumat anda” pada bahagian Notifikasi di aplikasi Luno atau laman web. Muat naik dokumen dari platform ini

Dokumen dan maklumat anda akan disimpan sulit dan selamat, seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda