Dalam hidup ini, kami memahami yang banyak perkara akan berubah dan dokumen pengenalan diri juga akan luput. Agar akaun anda seiring dengan keperluan kawal selia di Malaysia, kami mungkin memerlukan anda untuk memuat naik salinan dokumen pengenalan diri jika ia telah luput, atau memberikan kami lebih maklumat.
Jika akaun anda perlu dikemaskini, anda akan menerima emel daripada Luno dengan arahan untuk diikuti. Anda juga boleh menyemak perkara ini melalui aplikasi Luno.
Anda hanya perlu pergi ke Profil > Tetapan > Pengesahan dan sahkan bahawa maklumat yang disimpan di Luno adalah tepat, serta kemaskini mana-mana ruangan yang tidak lengkap atau luput. Itu sahaja.
Nota
Jika anda tidak mahu mengemaskini atau mengesahkan akaun, anda boleh membuat pengeluaran dana pada bila-bila masa dalam tempoh 90 hari, sebelum pengesahan akaun anda ditarik balik. Ketahui lagi mengenai pengosongan baki akaun.
Apa yang perlu dilakukan jika pengesahan akaun anda ditarik
Jika anda tidak mengemaskini maklumat anda sebelum 90 hari, pengesahan akaun anda akan ditarik semula – ini bermaksud anda tidak boleh membuat sebarang transaksi.
Semasa pengesahan akaun ditarik, dompet anda tidak akan dipaparkan, namun kami menjamin bahawa kripto anda masih wujud dan selamat dalam simpanan kami. Dompet anda boleh dipaparkan semula selepas anda melengkapkan proses pengesahan.
Pergi ke Pengesahan untuk mengesahkan akaun anda sekali lagi. Anda tidak perlu mendaftar dari mula; anda cuma perlu untuk mengesahkan, atau mengemaskini maklumat yang perlu dan melampirkan dokumentasi.
Jika anda tidak membuat sebarang tindakan, dana milik anda akan kekal selamat di dalam akaun anda, namun tiada transaksi boleh dibuat sehinggalah anda mengesahkan maklumat anda.
Jika anda tidak mahu mengesahkan semula maklumat dan mahu membuat permintaan pemulangan dana, anda boleh membuat permintaan penutupan akaun.
Tip
Sila maklum bahawa penutupan akaun yang tidak disahkan boleh mengambil tempoh yang agak lama. Pengeluaran dana secara sendiri ketika akaun anda masih disahkan mempunyai proses yang lebih mudah berbanding permintaan pengeluaran selepas penutupan akaun yang tidak disahkan.