Jika anda ingin berhenti menggunakan Luno, anda boleh mengikuti panduan langkah-demi-langkah ini untuk membantu anda mengosongkan baki dompet Luno anda.
Tip
Setiap negara mempunyai tawaran produk tersendiri. Sila abaikan pilihan yang disenaraikan di bawah jika ia tidak tersedia di negara anda.
Jika anda mempunyai kripto yang dijadikan Stake, baki Stake positif akan dipaparkan pada skrin Dompet anda.
Berikut adalah cara-cara untuk menarik Stake anda:
-
Tekan bahagian Baki Stake untuk melihat dompet Staking anda
-
Pilih dompet yang ingin digunakan
-
Pilih TARIK STAKE
-
Pilih MAKS pada ruangan Amaun kemudan pilih SETERUSNYA
-
Pada skrin seterusnya, pilih TARIK STAKE
Selesai. Skrin pengesahan akan dipaparkan untuk anda mengetahui tempoh penarikan Stake anda.
Apabila proses penarikan kripto selesai, anda akan menerima kripto anda kembali ke dompet normal. Sebagai contoh, jika anda menarik balik Stake Ethereum, ETH akan dimasukkan ke dalam dompet ETH anda.
Nota
Tempoh penarikan Stake akan mengambil masa selama beberapa hari untuk kripto anda dipaparkan di dalam dompet kripto normal. Tempoh menunggu ini adalah berdasarkan rantaian blok matawang kripto yang terlibat, dan bukan dari Luno.
Jika anda mempunyai baki positif dalam mana-mana dompet kripto, ia akan dipaparkan pada bahagian Jumlah kripto. Kembangkan bahagian ini untuk melihat dompet-dompet yang mengandungi kripto.
Anda sama ada perlu jual kripto anda untuk matawang tempatan, atau menghantar kripto anda ke dompet luaran.
Nota
Terdapat beberapa keadaan yang Luno mungkin akan menyekat penghantaran kripto atau pengeluaran matawang tempatan. Dalam kes ini, gunakan kaedah yang bersesuaian dengan anda. Sebagai contoh, jika fungsi penghantaran disekat, anda perlu menjual kripto dan mengeluarkan matawang tempatan ke bank anda.
Bagaimana untuk menjual kripto anda
-
Bagaimana untuk menjual kripto anda
-
Pilih JUAL
-
Pilih untuk jual kepada matawang tempatah
-
Pilih MAKS sebagai amaun yang ingin dijual, kemudian pilih SETERUSNYA
-
Pada skrin seterusnya, tekan SAHKAN
Ulang pada semua dompet kripto yang mempunyai baki positif.
Bagaimana untuk menghantar kripto
-
Pastikan anda telah menghidupkan fungsi hantar dengan pergi ke Profil Sekuriti Skrol ke bawah untuk Hantar kripto
-
Selepas fungsi hantar dihidupkan, pergi ke Dompet
-
Pilih dompet pilihan anda
-
Pilih HANTAR dari ‘quick action bar’ (mungkin di bahagian bawah LAGI)
-
Tampalkan alamat dompet yang ingin dihantar
-
Jika undang-undang Travel Rule digunapakai di negara anda, anda akan diminta untuk melengkapkan beberapa soalan
-
Masukkan amaun yang ingin dihantar, dan pilih SETERUSNYA
-
Pilih SAHKAN
Tip
Jika anda perlu menghantar satu amaun kripto yang besar ke dompet lain, anda digalakkan untuk membuat ujian penghantaran terlebih dahulu. Cuba hantar satu jumlah yang kecil untuk memastikan transaksi berjaya diterima. Penghantaran kripto tidak boleh dikembalikan dan secara asasnya ia tidak boleh dipulangkan jika terdapat masalah.
Anda boleh mengosongkan baki dompet matawang tempatan anda dengan membuat pengeluaran ke akaun bank disahkan atas nama anda.
Bagaimana untuk membuat pengeluaran:
-
Pada skrin Dompet, buka Dompet MYR anda
-
Pilih PENGELUARAN dari ‘quick action bar’
-
Pilih akaun bank atau tambahkan maklumat bank baru
-
Pilih MAKS apabila anda memasukkan jumlah yang ingin dikeluarkan
-
Semak transaksi dan tekan SAHKAN
Jika berjaya, anda akan dipaparkan dengan skrin pengesahan yang kami sedang memproses pengeluaran anda, berserta jangkaan masa bila wang tersebut akan dipaparkan pada akaun bank anda.
Bayaran-bayaran seterusnya
Sebagai tambahan kepada langkah-langkah di atas, pastikan anda tidak mempunyai sebarang pembayaran seterusnya yang dimasukkan ke akaun Luno anda:
-
Batalkan sebarang pesanan debit atau pindahan bank berjadual ke Luno
-
Batalkan sebarang belian ulang yang ditetapkan sebelumnya
-
Maklumkan kepada pihak yang berkaitan untuk tidak menghantar kripto ke dompet Luno anda
Akaun saya telah ditutup tetapi saya mempunyai dana di dalamnya. Apa sekarang?
Anda boleh menghantar tuntutan terhadap dana anda (tertakluk kepada sebarang penalti) dengan menghubungi kami.
Proses tuntutan biasanya mengambil masa 30 hari untuk diselesaikan.
Proses penamatan penuh akaun, dan bagaimana kami memulangkan semula dana telah dinyatakan pada seksyen 18 dalam Terma Penggunaan kami.