Siapa yang boleh menyertai cabaran ini?
Cabaran Jangkaan Harga tidak tersedia kepada pelanggan di United Kingdom.
Menang BTC sehingga $10,000 dengan cabaran Jangkaan Harga mingguan dan bulanan Luno – penyertaan adalah percuma!
Teka harga Bitcoin dalam nilai Dolar US, dan jika jangkaan anda paling hampir dengan harga direkodkan, anda akan memenangi sebahagian dari jumlah hadiah yang ditawarkan, dibayar dalam bentuk BTC.
| Tempoh Jangkaan | Mingguan | Bulanan |
| Jumlah hadiah | $1,250 | $5,000 |
| Tempoh penyertaan dibuka | Setiap hari Isnin pada 7am GMT/UTC | Hari pertama setiap bulan pada 7am GMT/UTC |
| Tempoh penyertaan ditutup | Setiap hari Rabu pada 12PM (GMT/UTC) | Hari ke-14 setiap bulan pada 12pm (GMT/UTC) |
| Harga direkodkan | Setiap hari Jumaat pada 12pm (GMT/UTC) | Hari ke-28 setiap bulan pada 12pm (GMT/UTC) |
Bagaimana pemenang dipilih?
Pemenang cabaran Jangkaan Harga dipilih berdasarkan jangkaan paling hampir dengan harga Bitcoin yang direkodkan ketika cabaran ditutup. Pemenang akan dihubungi melalui emel.
- Jika lebih dari satu pemenang membuat jangkaan harga yang sama, jumlah hadiah akan dikongsi secara sama rata dengan semua pemenang
- Pemenang akan dihubungi melalui emel dengan arahan untuk menebus hadiah mereka
- Apabila pemenang disahkan, hadiah akan diberikan dalam tempoh 30 hari.
Sistem Luno telah menetapkan harga akhir berdasarkan harga BTC kadar pasaran dalaman Luno serta pemilihan pemenang adalah secara automatik berdasarkan harga terdekat. Disebabkan harga BTC dipaparkan di pelbagai bahagian dalam aplikasi Luno, kemungkinan akan berlaku perbezaan bergantung kepada cara harga dikira, semak contoh dalam artikel ini.
Tip
Untuk lebih maklumat, semak peraturan penuh bagi Cabaran Jangkaan Harga Luno.
Bagaimana untuk menyertai cabaran ini?
- Log masuk ke akaun Luno anda
- Pada halaman utama, tekan nama anda pada bahagian atas kanan untuk pergi ke profil
- Pilih Ganjaran dari menu
Lebih kerap anda menyertai cabaran ini, lebih tinggi peluang anda untuk menang!