Mengapa saya menerima kripto kurang dari apa yang saya bayar?

Apabila anda menjual atau membeli kripto, anda mungkin merasakan yang anda dikenakan bayaran lebih berdasarkan kadar tukaran dan jumlah yang dibelanjakan. Terdapat dua sebab utama mengapa berlakunya kekeliruan ini: perbezaan harga di beberapa bahagian aplikasi yang berbeza, dan caj perkhidmatan (fi) dalam urusan jual beli.

Mari tengok dengan lebih dekat bagaimana fungsi belian dan jualan segera berfungsi, agar anda dapat memahami lebih mendalam lagi apa mengapa anda perlu membayar jumlah yang dipaparkan.

Contoh 1: Perbezaan harga di antara skrin

Situasi: anda ingin menjual Bitcoin (BTC) kepada ringgit (MYR).

Apabila anda memasukkan jumlah kripto yang ingin dijual, anda akan dipaparkan dengan anggaran ringgit yang akan diterima. Namun, skrin maklumat transaksi memaparkan jumlah yang kurang dari jangkaan anda. Di mana wang lebihan? Adakah anda dikenakan caj lebih?

Dua tangkap layar. Skrin 1 menganggarkan BTC pelanggan bernilai RM280.
  Skrin 2 menunjukkan pengiraan bahawa jumlah sebenar adalah RM260

Ke mana ‘hilangnya’ wang tersebut?

Tiada caj tersembunyi atau tambahan bagi transaksi anda. Caj/fi perkhidmatan adalah seperti yang dipaparkan (2% dalam kes ini). Apa yang berlaku adalah kedua-dua skrin ini mengira harga kripto dengan berbeza.

  • Pada skrin pertama, apabila anda masukkan jumlah yang ingin dijual, anda akan menerima anggaran pantas tukaran matawang. Skrin ini menentukan harga kripto berdasarkan sejarah dagangan terkini Luno. Sebagai contoh, skrin ini menggunakan harga BTC sekitar RM253,000 untuk pengiraan (berbanding RM239,514, seperti yang dipaparkan di skrin seterusnya). Ini disebabkan dagangan terkini dilaksanakan pada harga RM253,000.
     
  • Skrin kedua, yang memaparkan maklumat transaksi, merupakan sebut harga sebenar. Ia menggunakan pengiraan lebih teliti serta mengambil data dari Luno dan penyedia kecairan berdasarkan dagangan terbuka yang belum diselesaikan. Skrin ini adalah skrin yang akan memaparkan jumlah sebenar ringgit yang akan diterima apabila anda menyelesaikan transaksi. Anggaran jumlah dan harga di skrin lain tidak boleh dianggap sebagai sebut harga akhir.

Tip

Ikuti pautan ini untuk memahami lagi mengapa sebut harga belian/jualan segera berbeza dari harga yang dipaparkan di skrin lain.

Contoh 2: Caj jual/beli segera

Situasi: Anda membeli Bitcoin (BTC) dengan ringgit sebagai matawang fiat tempatan. Anda membayar RM100 untuk membeli BTC 0.00092921, dan harga Bitcoin semasa ialah RM105,507.

Apabila anda menyemak semula maklumat transaksi, anda mungkin mendapati:

Resit transaksi memaparkan anda membeli BTC bernilai RM100, tetapi
  apabila anda mendarabkan jumlah BTC dengan harga ringgit, jumlah yang terima
  cuma RM98

Di mana ‘hilangnya’ kripto tersebut?

Dalam situasi ini, kripto bernilai RM2 ditolak sebagai caj atau fi perkhidmatan (2% dari jumlah yang dibeli). 

Pengiraan tepat untuk pembelian:

  • Ambil jumlah pembelian anda
  • Tambahkan caj perkhidmatan (fi)
  • Darabkan jumlah harga.

Pengiraan tepat untuk jualan:

  • Ambil jumlah jualan anda
  • tolak caj perkhidmatan (fi)
  • Darabkan jumlah harga.

Mengapa saya dikenakan caj perkhidmatan?

Apabila anda membeli atau menjual kripto melalui skrin Dompet (juga dikenali sebagai Belian/Jualan Segera), anda akan dipaparkan dengan skrin paparan muka mesra pengguna agar anda dapat melengkapkan transaksi dengan mudah dan pantas.

Kaedah ini juga memberi jaminan:

  • Anda boleh membeli kripto yang dipilih dengan volum penuh
  • Volum penuh yang ingin dibeli akan diselesaikan segera apabila anda bersetuju dengan sebut harga
  • Harga sebut harga sah selama 60 saat, walaupun harga pasaran sebenar bergerak pada ketika itu.

Caj perkhidmatan yang dikenakan adalan caj premium bagi fungsi beli dan jual segera bersama jaminan-jaminan di atas. Namun ia bergantung pada anda sama ada untuk menerima harga yang ditawarkan atau tidak.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda