Pilihan untuk log masuk ke akaun Luno melalui Facebook telah ditamatkan di Luno. Jika anda menggunakan Facebook untuk log masuk ke akaun Luno, anda perlu melalui proses pemulihan akaun untuk mendapatkan semula akses ke akaun anda.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan, bergantung pada situasi anda.
Kaedah 1: Gunakan emel dan kata laluan
Kaedah ini hanya berfungsi jika anda mengingati kata laluan yang digunakan untuk mendaftar akaun Luno. Jika anda tidak pernah menetapkan kata laluan, terus ke Kaedah 2.
Jika anda ingat kata laluan akaun Luno anda, gunakan kata laluan tersebut bersama emel yang digunakan dengan akaun Luno anda untuk log masuk.
Kaedah 2: Jika anda tidak mempunyai kata laluan untuk log masuk ke akaun Luno
Anda mungkin menghadapi situasi ini apabila anda mendaftar akaun Luno menggunakan Facebook, kerana anda tidak menetapkan sebarang kata laluan untuk mendaftar akaun Luno. Anda perlu mengetahui emel yang digunakan pada akaun Facebook anda apabila anda mendaftar akaun Luno. Terus ke Kaedah 3 jika anda tidak mengetahui emel yang digunakan.
Ikut langkah-langkah berikut untuk menetapkan kata laluan anda:
-
Pada skrin log masuk, pilih MENGHADAPI MASALAH
-
Pilih Lupa kata laluan
-
Tekan Seterusnya dan ikut arahan yang dipaparkan
Gunakan emel yang digunakan pada Facebook anda apabila anda mendaftar akaun Luno.
Kaedah 3: Jika anda tidak mengetahui emel yang digunakan
Anda boleh menyemak emel yang digunakan pada akaun Facebook anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut. Kaedah ini hanya berfungsi jika anda masih belum menukar emel di Luno melalui tetapan (sejak anda menyambungkan akaun Facebook anda).
-
Pergi ke Facebook dan buka Profil anda
-
Pergi ke bahagian Perihal
-
Jika anda menggunakan komputer, semak tab ‘Perihal’ pada halaman Profil
-
Jika anda menggunakan telefon pintar, pilih ‘Semak Maklumat Perihal Anda’ atau ‘Semak Perihal Anda’
-
Skrol ke bawah, atau pilih maklumat kenalan
-
Anda akan dipaparkan dengan emel yang digunakan untuk akaun Facebook anda
-
Jika anda tidak membuat perubahan emel sejak anda mendaftar Luno dan masih mempunyai askes kepadanya, gunakan emel tersebut pada Kaedah 2 untuk menetapkan kata laluan anda.
Tip
Jika anda tidak mendaftar melalui Facebook dan hanya menyambung akaun Facebook setelah anda mendaftar akaun Luno, semak pautan ini untuk mengetahui emel yang digunakan untuk pendaftaran.
Masih menghadapi masalah?
Klik butang di bawah untuk menghubungi pasukan sokongan kami.
Pastikan anda menyatakan yang anda menggunakan Facebook untuk log masuk, dan kongsikan dengan kami kaedah-kaedah yang telah dilakukan agar kami tidak meminta anda untuk mengulanginya semula.