Jika anda terlupa alamat emel yang digunakan untuk mencipta akaun Luno, jangan daftar akaun baharu – kami boleh membantu anda mendapatkan semula akaun anda.
Tip
Jika anda telah membuat akaun pendua kerana anda tidak boleh mengakses akaun asal anda, berikut merupakan cara-cara untuk mendapatkan semula akaun asal anda.
Bagaimana untuk mengenalpasti alamat emel anda
Mari mulakan dengan akaun emel anda yang sedia ada. Ikuti langkah-langkah ini:
-
Jika anda telah mendaftar dengan Gmail dan tidak lagi mempunyai akses pada emel tersebut, anda boleh menggunakan Google’s Account Recovery dan cari akaun anda menggunakan nombor telefon bimbit
-
Cari emel dengan tajuk Selamat datang ke Luno atau Welcome to Luno dalam peti masuk emel anda
-
Jika anda tidak menjumpai sebarang emel daripada Luno, cuba cari tajuk yang sama pada akaun emel anda yang lain
-
Jika anda tidak dapat mencari sebarang emel dari Luno, hubungi pasukan sokongan kami untuk bantuan
Nota
Kami memerlukan nombor identifikasi unik anda dan nombor telefon yang digunakan untuk mendaftar Luno apabila anda menghubungi kami. Kami juga memerlukan satu swafoto dengan dokumen identiti serta tarikh untuk memastikan bukan individu yang cuba menyamar untuk memulihkan akaun anda.