Saya tidak dapat log masuk ke akaun Luno saya

Jika anda telah kehilangan akses ke akaun Luno anda, terdapat beberapa kaedah pemulihan akaun dalam panduan ini. Semak sama jika kaedah-kaedah yang disenaraikan ini bersesuaian dengan keadaan situasi anda – terlupa kata laluan, menghadapi masalah pengesahan dua-faktor (2FA), kehilangan telefon pintar atau menukar telefon yang digunakan serta masalah untuk mengakses peranti dipercayai; kami akan membantu anda memahami langkah-langkah yang diperlukan untuk mendapatkan semula akses ke akaun anda.

Amaran keselamatan penting

Luno tidak akan menghubungi anda melalui emel, panggilan telefon atau mesej untuk meminta anda memadam peranti dipercayai, kunci laluan atau menutup fungsi pengesahan dua-faktor (2FA).

Penggodam sering meminta pelanggan untuk menghidupkan fungsi hantar – satu taktik scam biasa dan perlu diambil serius. Kami menyarankan anda untuk menutup fungsi hantar kripto apabila tidak digunakan. Luno tidak akan meminta anda untuk menghidupkannya untuk keselamatan akaun.

Sila berhati-hati dengan sebarang komunikasi yang mendakwa mereka dari Luno dan meminta anda untuk memadam fungs-fungsi keselamatan, terutama jika anda belum ada menghubungi pasukan sokongan Luno terlebih dahulu.

Luno hanya akan membantu anda memadam peranti dipercayai, kunci laluan atau fungsi 2FA hanya selepas anda menghubungi Luno untuk menyelesaikan masalah akses.

Jika anda tidak pasti, berhenti dan hubungi Luno segera menerus aplikasi atau laman web rasmi kami.

Saya tidak dapat mengakses peranti dipercayai

PIN sekali guna (OTP) dihantar melalui notifikasi push ke peranti dipercayai apabila anda membuat log masuk ke Luno. Anda boleh memadam peranti dipercayai walaupun anda tidak lagi mempunyai peranti tersebut.

Nota

Pastikan telefon pintar anda boleh menerima SMS ke nombor telefon asal untuk langkah ini.

Cara-cara memadam peranti dipercayai:

  1. Pada skrin utama, tekan nama anda pada bahagian sudut kiri atas untuk pergi ke profil
  2. Pilih Sekuriti

  3. Pergi ke Peranti

  4. Pilih peranti dipercayai yang ingin dipadam dan tekan PADAM

Apabila selesai, peranti dipercayai akan dipadam dan anda akan menerima OTP seterusnya melalui emel.

Tip

Jika anda menghadapi masalah untuk memadam peranti dipercayai, pilih hubungi pasukan sokongan untuk bantuan.

Saya kehilangan telefon (atau dicuri)

Jika anda kehilangan telefon atau dicuri, kami tidak mengesyorkan anda untuk menutup akaun Luno atau membuat cubaan untuk mendaftar akaun baharu. Pendaftaran akaun baharu akan mengakibatkan akaun duplikasi tidak disahkan, dan ini boleh menjadikan proses pemulihan akaun lebih sukar.

Hubungi pasukan sokongan kami untuk bantuan dan kami akan membantu anda melindungi akaun anda dan mendapatkan semula akses ke akaun Luno anda.

Sertakan sebanyak maklumat berguna dalam permintaan anda agar pasukan kami boleh memberikan sokongan terbaik. Semak di sini untuk panduan.


Hubungi sokongan

Saya tidak dapat mengakses aplikasi pengesahan

Jika telefon anda hilang atau dicuri atau aplikasi Google Authenticator/Authy dipadam dari telefon anda, akses ke akaun Luno boleh dikembalikan dengan mematikan atau memulihkan fungsi pengesahan dua-faktor (2FA).

Matikan fungsi pengesahan dua faktor untuk dapatkan semula akses ke akaun anda

Untuk mematikan fungsi 2FA, mula dengan log masuk ke Luno menggunakan emel dan kata laluan, dan kemudian ikut langkah-langkah berikut:

  1. Apabila arahan Masukkan kod 2FA, dipaparkan, pilih TERDAPAT MASALAH?

  2. Kemudian pilih Saya tidak dapat mengakses aplikasi pengesahan

  3. Anda akan dibawa ke halaman pemulihan Akaun untuk memadam fungsi 2FA

Nota

Anda perlu mengesahkan maklumat peribadi berkenaan akaun anda, oleh itu pastikan anda mempunyai akses terhadap emel utama dan nombor telefon anda.

Pulihkan fungsi pengesahan dua-faktor melalui ‘setup key’

Jika anda menyimpan salinan setup key yang diberikan apabila anda menetapkan fungsi pengesahan dua-faktor bagi akaun anda, ikut langkah-langkah berikut untuk memulihkan aplikasi 2FA anda mendapatkan semula akses ke akaun anda. Contoh setup key adalah seperti berikut: 77PJ77RTGPPVWQHWIIQG2VPGRKSF6HNS

Google Authenticator

  1. Muat turun aplikasi Google Authenticator

  2. Tekan simbol ‘+’ untuk menambah akaun dan pilih Enter a setup key

  3. Masukkan nama akaun dan setup key pada bahagian Your key kekalkan pilihan time-based dan tekan butang Add

Fungsi 2FA telah dipulihkan dan anda kini boleh log masuk ke akaun Luno anda

Authy logo Authy

  1. Muat turun dan buka aplikasi Authy

  2. Masukkan nombor telefon dan sahkan melalui panggilan telefon atau SMS

  3. Tambah akaun pengesah menggunakan pilihan Enter key manually

  4. Masukkan setup key dan tekan OK

Berjaya! Fungsi 2FA telah dipulihkan dan anda kini boleh log masuk ke akaun Luno anda

Jika anda tidak mengetahui setup key bagi fungsi 2FA dan tidak mempunyai akses ke emel atau nombor telefon, sila hubungi pasukan sokongan kami. Apabila anda membuat permintaan ini, kami akan meminta anda untuk menyediakan gambar swafoto beresolusi tinggi bersama dokumen pengenalan dan nota bertulis, beserta tarikh semasa, “Untuk Kegunaan Luno Sahaja” dan juga permintaan anda bagi tujuan pengesahan identiti.

Nota

Nota anda perlu ditulis dengan spesifik, sebagai contoh:

  • Jika anda ingin menetapkan semula fungsi 2FA, nota anda perlu mengandungi tarikh semasa dan “Untuk kegunaan Luno sahaja, sila tetapkan semula fungsi 2FA saya”
  • Jika anda ingin mengemaskini kata laluan, nota anda perlu mengandungi tarikh semasa dan “Untuk kegunaan Luno sahaja, sila kemaskini kata laluan saya”
  • Jika anda ingin mengemaskini emel atau nombor telefon, nota anda perlu mengandungi tarikh semasa dan “Untuk kegunaan Luno sahaja, sila kemaskini nombor telefon saya ke [masukkan nombor telefon baru anda]” atau “Untuk kegunaan Luno sahaja, sila kemaskini emel saya ke [masukkan eme baru anda].”

Klik di sini untuk lebih maklumat mengenai proses identifikasi Luno.

Kod pengesahan enam digit saya tidak berfungsi

Biasanya masalah ini disebabkan oleh jam yang dipaparkan pada telefon anda tidak tepat. Perkara ini boleh diselesaikan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Tetapan telefon

Pada peranti Android, aktifkan pilihan Tarikh & Masa Automatik pada bahagian tetapan sistem.

  • Tetapan > Tarikh & Masa > Tarikh & Masa Automatik
    (Anda juga boleh menetapkan zon masa secara automatik)

Pada peranti Apple, tukar tetapan tarikh dan masa kepada automatik.

  • Tetapan > Umum > Tarikh & Masa > Set secara automatik

Google Authenticator

Jika anda menggunakan aplikasi Google Authenticator, pilih Settings > Time correction.

Tindakan ini akan memulihkan semula aplikasi dan telefon anda. Jika masalah masih lagi berlaku, anda boleh lakukan tetapan semula pengesahan dua-faktor secara automatik.

Authy

Jika anda terlupa kata laluan, telah menukar nombor telefon atau anda memerlukan pemulihan akses ke Authy, semak bagaimana anda boleh menetapkan semula tetapan akaun.

Saya terlupa kata laluan

Jika anda terlupa kata laluan dan tidak dapat mengakses akaun anda, gunakan fungsi pemulihan akaun untuk menukar kata laluan. Log masuk ke Luno dan ikut arahan Lupa kata laluan untuk akses ke halaman pemulihan akaun.

Anda memerlukan perkara berikut untuk menukar kata laluan:

  • Akses ke emel – untuk menerima PIN sekali guna 6-digit
  • Akses ke nombor telefon – untuk menerima PIN sekali guna 6-digit

Jika anda menggunakan aplikasi 2FA (pengesahan dua-faktor), anda memerlukan perkara berikut untuk menukar kata laluan

  • Akses ke emel – untuk menerima PIN sekali guna 6-digit
  • Akses ke aplikasi 2FA – untuk menerima kod 2FA 6-digit

Jika anda belum mengesahkan nombor telefon, anda memerlukan perkara berikut untuk menukar kata laluan:

  • Akses ke emel – untuk menerima PIN sekali guna 6-digit

Atau hubungi kami jika anda:

  • Tidak mempunyai akses ke emel untuk menerima PIN sekali guna 6-digit
  • Tidak mempunyai akses ke nombor telefon untuk menerima PIN sekali guna 6-digit
  • Atau tidak mempunyai akses ke aplikasi pengesahan dua-faktor untuk memasukkan kod 2FA 6-digit dan anda tidak mengetahui setup key 2FA anda untuk memulihkan semula aplikasi pengesah anda.
Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?