Loopring icon

Loopring membolehkan pembangun membina bursa untuk berdagang aset digital dan menghantar pembayaran terus dari dompet mereka tanpa menggunakan bursa berpusat. Loopring juga dicipta sebagai solusi terhadap caj gas yang tinggi serta kelambatan yang sering berlaku pada bursa-bursa desentralisasi yang dibina pada rantaian blok Ethereum.

Loopring berfungsi melalui teknologi zk-rollups. Berbanding dari menghantar setiap transaksi terus ke rangkaian Ethereum, zk-rollups mengumpulkan beratus-ratus transaksi dan diproses luar dari rangkaian Ethereum. Satu pembuktian kriptografik kemudian akan dihantar kepada Ethereum untuk mengesahkan semua transaksi adalah sahih. Kaedah ini mengurangkan kesesakan, mengurangkan kos dan mengekalkan keselamatan.

Aplikasi yang dibina dengan Loopring adalah non-custodial. Ini bermaksud pengguna mempunyai kawalan penuh terhadap dana mereka dan tidak dipegang oleh mana-mana pihak ketiga. Hanya pengguna sahaja mempunyai akses terhadap kunci peribadi dan dompet.

Apa yang menjadikan Loopring berbeza?

Melalui teknologi zk-rollups, Loopring memastikan keselamatan Ethereum terus kukuh sambil memberikan pengalaman pengguna yang lebih pantas dan mampu milik. Loopring dilihat amat berguna kepada individu yang ingin berdagang secara kerap namun tidak mahu membayar caj gas yang tinggi atau perlu menunggu tempoh pengesahan yang lama.

Apakah kegunaan token LRC?

LRC merupakan token natif bagi protokol Loopring. Ia digunakan untuk membayar caj transaksi, memacu kontrak pintar dan memberi insentif terhadap pengendali bursa desentralisasi yang dibina pada rantaian blok Loopring.

Pemegang LRC juga boleh menyertai tadbir urus protokol rantaian blok ini dalam membantu membentuk masa depan Loopring melalui undian terhadap kemaskini dan perubahan. LRC juga boleh dijadikan Stake – yang juga turut membantu dalam mengekalkan keselamatan rangkaian serta mendapatkan ganjaran.

Apakah fungsi Loopring?

Loopring digunakan untuk dagangan berkos rendah dan pembayaran pantas. Ia juga berguna untuk pembangun yang ingin membina aplikasi kewangan desentralisasi (DeFi) pada solusi Layer-2 yang selamat dan boleh diskalakan.

Insiden keselamatan

Loopring telah mengalami insiden keselamatan berikut:

Pencerobohan Perkhidmatan 2FA Smart Wallet (Jun 2024): 
Pencerobohan keselamatan yang menyasarkan Loopring Smart Wallets yang hanya bergantung pada Loopring Official Guardian. Penyerang telah mengkompromi perkhidmatan 2FA, memulakan proses pemulihan dengan menyamar sebagai pemilik dompet dan mengeluarkan asset, menyebabkan kehilangan dana pengguna sebanyak $5 juta. Sumber: Binance

Kelemahan Penjanaan Kunci Peribadi (Mei 2020)
StarkWare telah mengenalpasti satu kelemahan dimana dompet menggunakan integer 32-bit untuk menjana kunci peribadi (private keys), membolehkan penyerang menirunya. Loopring menyelesaikan isu ini dengan menerbitkan versi dompet dikemaskini.
Sumber: Medium

Senarai insiden di atas mungkin tidak lengkap. Adalah penting untuk anda membuat kajian sendiri untuk memastikan anda selesa dengan risiko berkaitan mengenai aset tersebut sebelum melabur.

Bekalan token dan konsentrasi

Loopring (LRC) pada asalnya dilancarkan sebagai token ERC-20 pada Ethereum dengan bekalan maksimum sebanyak ~1.37 billion. Setakat 30 Ogos 2024, 10 alamat dompet teratas pada Ethereum mempunyai pegangan kolektif dengan anggaran ~524.01 juta LRC (~38.15% dari jumlah maksimum bekalan token).

Semak pautan luaran ini untuk mengetahui edaran dalam kalangan pemegang tertinggi token.

Tip

Ingin meneroka Loopring? Ketahui mengenai asas-asas LRC dan dapatkan berita-berita matawang kripto terkini di Luno Discover.

Mahu belajar lebih lagi mengenai cara-cara untuk membeli atau menjual LRC? Dapatkan jawapannya melalui artikel pusat bantuan kami:

Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?