Anda boleh membeli kripto pada fungsi Exchange Luno melalui tiga cara: Pesanan Pasaran (Market Order), Pesanan Had (Limit Order), dan Pesanan Stop-Limit (Stop-Limit Order). Menerusi panduan langkah demi langkah ini, kami akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk membeli kripto menggunakan kaedah-kaedah yang tersedia agar anda boleh berdagang dengan yakin dan termaklum. Sebelum anda mula membeli kripto, anda perlu menukar kepada paparan Exchange seperti berikut:
- Melalui aplikasi Luno: Sentuh nama anda pada bahagian sudut atas kiri dan pilih Aktifkan Tukaran
- Pada laman web Luno: Klik nama anda pada bahagian sudut atas kanan dan pilih Paparan Tukaran
Cara-cara membeli kripto menggunakan Pesanan Pasaran (Market Order)
Melalui telefon:
- Pilih pasangan niaga yang anda ingin beli pada sudut atas kiri
- Pilih BELI
- Pilih Pasaran
- Masukkan amaun pembelian
- Sahkan pesanan anda dengan menekan BELI
Pada laman web:
- Pilih pasangan niaga yang anda ingin beli pada sudut atas kiri
- Pada bahagian sudut kanan, pilih Pasaran
- Masukkan amaun pembelian
- Sahkan pesanan anda dengan menekan BELI
Cara-cara membeli kripto menggunakan Pesanan Had (Limit Order)
Melalui telefon:
- Pilih pasangan niaga yang anda ingin beli pada sudut atas kiri
- Pilih BELI
- Pilih Had
- Masukkan had harga: harga maksimum yang anda ingin bayar bagi jumlah kripto berkenaan
- Jika anda meniagakan pasangan kripto/fiat, harga akan dipaparkan dalam mata wang tempatan; bagi pasangan kripto/kripto, had digunakan pada kripto yang digunakan untuk membeli mata wang kripto lain. Cth: Anda akan menggunakan harga Bitcoin jika anda meletakkan pesanan beli bagi Ethereum
- Masukkan amaun pembelian
- Pilih pilihan Time in Force anda
- Tekan BELI
- Sahkan pesanan anda dengan menekan BELI
Pada laman web:
- Pilih pasangan niaga yang anda ingin beli pada sudut atas kiri
- Pilih Had
- Masukkan had harga: harga maksimum yang anda ingin bayar bagi jumlah kripto berkenaan
- Jika anda meniagakan pasangan kripto/fiat, harga akan dipaparkan dalam mata wang tempatan; bagi pasangan kripto/kripto, had digunakan pada kripto yang digunakan untuk membeli mata wang kripto lain. Cth: Anda akan menggunakan harga Bitcoin jika anda meletakkan pesanan beli bagi Ethereum
- Pada ruangan seterusnya, masukkan jumlah kripto yang ingin dibeli bagi had harga yang dimasukkan
- Pilih pilihan Time in Force anda
- Tekan BELI
Cara-cara membeli kripto menggunakan Pesanan Stop-Limit (Stop-Limit Order)
Melalui telefon
- Pilih pasangan niaga yang anda ingin beli pada sudut atas kiri
- Pilih BELI
- Pilih Stop-limit
- Masukkan Harga Henti, Harga Had dan amaun
- Pilih pilihan Time in Force option
- Tekan BELI
Pada laman web:
- Pilih pasangan niaga yang anda ingin beli pada sudut atas kiri
- Pada bahagian sudut kanan, pilih Stop-limit
- Masukkan Harga Henti, Harga Had dan amaun
- Select your preferred Time in Force anda
- Tekan BELI