Gram adalah matawang kripto natif bagi The Open Network (TON), sebuah blockchain yang direka untuk transaksi yang laju dan berkos rendah serta pelbagai aplikasi desentralisasi – dari pembayaran, permainan hinggalah aplikasi mini. Tidak seperti rangkaian sebelumnya yang mengalami penurunan kelajuan apabila lebih ramai pengguna, rangkaian kripto ini berbeza dari pesaingnya disebabkan kebolehannya untuk mengendali volum aktiviti yang besar namun mengekalkan kadar caj yang rendah – menjadikannya praktikal untuk kegunaan harian bagi ramai pengguna.
The Open Network menyediakan platform boleh diskalakan, mesra pengguna dimana individu dan pembangun boleh mengubah nilai, mengendalikan aplikasi dan berinteraksi dengan perkhidmatan digital, sama seperti aplikasi internet biasa berbanding rangkaian kripto tradisional.
Siapa pengasas The Open Network (TON)?
TON bermula sebagai projek oleh Pavel dan Nikolai Durov, pengasas aplikasi permesejan Telegram, dengan matlamat untuk menyepadukan perkhidmatan kripto dengan Telegram. Asalnya, rangkaian ini dipanggil Telegram Open Network, namun disebabkan kekangan undang-undang pada tahun 2020 telah menghentikan penglibatan terus Telegram dan projek ini kemudian diserahkan kepada komuniti pembangun dan peminat sumber terbuka.
Kini, Telegram dan TON sekali lagi menjalin perkongsian yang lebih erat, terutamanya berkaitan “Mini Apps” Telegram dan penggunaan Gram untuk perkhidmatan dalam aplikasi serta pembayaran. TON Connect, protokol penghubung dompet TON, kini diguna pakai sebagai satu-satunya cara Mini Apps di Telegram berinteraksi dengan dompet dan aset.
Apakah matawang kripto natif bagi The Open Network?
Token natif bagi rangkaian ini adalah Gram (GRAM). Ia sebelum ini dikenali sebagai Toncoin sehingga penjenamaan semula pada tahun 2026. Gram digunakan untuk membayar kos transaksi, penyertaan dalam keselamatan rangkaian melalui fungsi Stake dan menjadi sebahagian daripada keputusan tadbir urus yang akan mempengaruhi pembangunan rangkaian. Gram juga digunakan secara meluas dalam aktiviti seharian seperti penghantaran nilai, pembayaran perkhidmatan atau berinteraksi dengan aplikasi yang dibina pada TON.
Apakah kepentingan The Open Network (TON)?
TON dibina untuk mengendali transaksi bervolum tinggi dengan pantas dan murah – penting jika perkhidmatan kripto ingin bersaing dengan sistem pembayaran tradisional. TON juga telah disepadukan dengan platform arus perdana, terutamanya Telegram, yang mempunyai berjuta-juta pengguna dan memudahkan akses kepada pengguna bukan teknikal terhadap fungsi-fungsi kripto.
Tip
Ingin meneroka The Open Network? Ketahui lebih lanjut mengenai apa yang membuat Gram unik dan dapatkan berita-berita matawang kripto terkini di Luno Discover.
Mahu belajar lebih lagi mengenai cara-cara untuk membeli dan menjual GRAM? Dapatkan jawapannya melalui artikel pusat bantuan kami:
Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.