Bagaimana untuk membuat pelaburan pertama anda

Jika anda baru sahaja mendaftar akaun Luno dan telah melengkapkan pengesahan identiti, selamat datang! Anda kini bersedia untuk melabur dan mengambil langkah pertama dalam kripto dan aset ditokenkan. Panduan ini akan membantu anda bagaimana untuk membuat pelaburan pertama di Luno hanya dengan beberapa langkah mudah.

Bagaimana untuk membeli mata wang kripto

Selepas akaun anda disahkan dan dana berjaya dideposit, anda boleh bermula membeli kripto dengan mengikut langkah-langkah berikut:

  1. Tekan Beli
  2. Pilih Aset kripto
  3. Tekan aset kripto yang ingin dibeli
  4. Masukkan amaun yang ingin dibeli
  5. Pilih kaedah pembayaran
  6. Pada bahagian Frekuensi, pilih Sekali guna atau Belian Ulangan dan tekan Semak Harga
  7. Semak maklumat transaksi, termasuk kos transaksi, kemudian Leret untuk beli

Bagaimana untuk melabur dalam fungsi Bundle

Fungsi Bundle menjadikan pelaburan lebih mudah dengan membolehkan anda membeli koleksi aset kripto dengan satu transaksi. Fungsi Bundle Luno Large Cap adalah koleksi aset-aset kripto terbesar dan terkemuka.

Cara-cara

  1. Log masuk ke akaun Luno anda
  2. Pilih Beli
  3. Tekan Bundle
  4. Pilih Luno Large Cap (LLC)
  5. Masukkan amaun yang ingin dilabur dan tekan SETERUSNYA
  6. Semak maklumat pada skrin, terima Terma dan Syarat, kemudian tekan SAHKAN

Perlukan bantuan?

Hubungi kami jika anda menghadapi masalah untuk membuat pelaburan pertama anda di Luno. Kami tidak boleh memberikan nasihat kewangan atau pelaburan, namun kami boleh menjawab soalan-soalan lain atau membantu anda menyelesaikan cabaran teknikal.

 

Buat pelaburan pertama anda

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?