Apabila anda menyertai Luno, anda boleh membeli, menjual, menyimpan, menghantar dan menerima Bitcoin dan matawang-matawang kripto lain. Jika belum, artikel ini akan menerangkan bagaimana untuk anda mendaftar akaun Luno.
Tip
Ketahui cara membuat dompet mata wang kripto.
Untuk mendaftar akaun Luno
Pada laman web
-
Pergi ke pautan ini atau klik butang DAFTAR pada sudut atas kiri halaman utama
-
Masukkan emel
-
Cipta kata laluan yang selamat dan kukuh
-
Pilih MULAKAN
Nota
Kata laluan anda perlu lebih daripada 8 aksara, minimum 1 simbol & nombor dan 1 huruf besar.
Pada aplikasi telefon
-
Muat turun aplikasi Luno daripada Google Play atau App Store
-
Tekan Profil pada menu
-
Tekan Log Masuk, dan pada skrin seterusnya, SERTAI
-
Ikut arahan pada skrin untuk mendaftar
Setelah anda mendaftar, kami akan menghantar satu emel berserta pautan untuk mengesahkan yang anda mempunyai akses ke emel yang anda gunakan untuk mendaftar.
Tahniah! Anda selangkah lebih dekat untuk menjadi pelabur matawang kripto.
Tip
Jika anda tidak menerima emel pada peti masuk, sila semak folder spam. Jika anda menjumpai emel kami di situ, anda mungkin boleh tambahkan Luno ke buku alamat anda untuk memastikan anda tidak akan terlepas sebarang pemberitahuan daripada kami.
Ingin mengetahui bagaimana untuk mendeposit wang, beli dan jual matawang kripto anda? Ketahui jawapannya pada artikel bantuan ini: