Emas merupakan salah satu nilai simpanan paling dipercayai dalam sejarah manusia. Logam berharga ini kekal menjadi permintaan selama berkurun-kurun, walaupun telah melalui peristiwa-peristiwa ketidakstabilan, kejatuhan ekonomi dan krisis kewangan yang membentuk semula dunia moden masa kini. Kini, emas tersedia di Luno dalam bentuk digital, bersama-sama aset-aset digital lain.
Tether Gold (XAUT) adalah aset kripto yang memberikan pendedahan sebenar terhadap emas fizikal, tanpa komplikasi yang wujud jika anda menyimpan logam berharga ini sendiri. Tiada kos penyimpanan atau akses terhad, hanya emas – disimpan dengan selamat pada rantaian blok.
Asal usul Tether Gold
Emas telah digunakan sebagai wang dan simpanan nilai selama berkurun-kurun, sebelum wujudnya bank pusat dan pasaran saham. Penggunaan emas juga telah berevolusi daripada mata wang harian kepada pelindung nilai portfolio, terutamanya dalam tempoh ketidaktentuan makroekonomi. Pelabur biasanya menggunakan emas sebagai lindung nilai terhadap ketidaktentuan pasaran.
Tether Gold dicipta untuk memberikan nilai simpanan yang sama dalam dunia digital. Dilancarkan pada tahun 2020 oleh TG Commodities, sebuah anak syarikat Tether, dan dibina untuk menjadikan emas lebih mudah diakses, dibahagikan dan dipindahkan.
Apa itu Tether Gold?
Tether Gold adalah mata wang kripto yang disandarkan dengan emas fizikal. Setiap unit (XAUT) mewakili pemilikan satu auns troy emas fizikal tulen yang disimpan dalam peti simpanan di Switzerland.
Emas yang disimpan ini memenuhi piawaian London Bullion Market Association (LBMA) Good Delivery – satu penanda aras bagi kualiti emas yang digunakan oleh bank pusat dan pelabur institusi di seluruh dunia. Penanda aras ini merupakan salah satu piawaian tertinggi di dalam industri. Setakat Mei 2026, Tether Gold telah disandarkan dengan lebih 22 tan metrik emas fizikal, dengan nilai $3.3 bilion dalam edaran. XAUT merupakan tokenisasi aset emas terbesar di dunia berdasarkan permodalan pasaran.
Mengapa emas merupakan aset yang dipercayai?
Emas sering menjadi pilihan sebagai nilai simpanan dipercayai selama beribu-ribu tahun, menjadikannya salah satu aset ‘safe-haven’ paling dikenali dalam pasaran kewangan global. Tidak seperti mata wang fiat, emas tidak boleh dicetak atau dinyah-nilai oleh polisi bank pusat – sekaligus menjadikannya sebagai pilihan pelabur semasa ketidakstabilan pasaran. Berdasarkan sejarah pasaran, apabila pasaran ekuiti menurun, inflasi menaik atau tekanan geopolitik meningkat, nilai emas biasanya kekal atau meningkat, manakala aset-aset lain mengalami penurunan.
Keadaan dan sentimen risiko adalah sebab pelabur institusi dan runcit sering mengagihkan sebahagian daripada portfolio mereka kepada gold untuk bertindak sebagai lindung nilai. Sifat kecairan, penerimaan di seluruh dunia dan rekod prestasi selama bertahun-tahun menjadikannya satu komponen asas dalam mana-mana strategi pelaburan dipelbagaikan.
Tiga sebab utama mengapa pelabur memilih emas dalam portfolio mereka:
Emas dianggap sebagai nilai simpanan jangka panjang: Mata wang fiat boleh dinyah-nilai melalui inflasi dan keputusan polisi monetari. Manakala emas terus mengekalkan kuasa beli merentasi pelbagai generasi. Emas telah digunakan untuk mengekalkan dan memindahkan kekayaan selama beribu-ribu tahun.
Emas boleh melindungi nilai daripada inflasi: Jika diteliti sejarah harga emas, ia meningkat seiring dengan kos taraf hidup. Pada zaman bank pusat boleh mencetak wang tanpa had, sifat emas yang terhad menjadikannya satu imbangan yang baik terhadap inflasi.
Emas boleh digunakan untuk mempelbagaikan portfolio: Berdasarkan rekod harga sebelumnya, emas mempunyai kolerasi rendah atau negatif dengan saham atau instrumen kewangan lain. Ini bermaksud harga emas tidak semestinya akan menjunam jika pasaran ekuiti gagal. Bagi pelabur yang sudahpun mempunyai aset digital, emas biasanya memberikan lapisan imbangan tambahan pada portfolio mereka.
Apakah kelebihan XAUT?
Apabila anda membeli Tether Gold, anda sebenarnya membeli mata wang kripto yang dihubungkan terus kepada satu jongkong emas khas – disimpan dalam sebuah peti simpanan di Switzerland. Setiap token disandarkan pada jongkong emas khas yang mempunyai nombor siri dan anda boleh menyemak agihan anda pada bila-bila masa menggunakan laman web Tether. Rizab emas ini diaudit secara berkala oleh pengaudit bebas dan laporan pengesahan akan diterbitkan.
Tether Gold boleh dibahagikan. XAUT boleh dibeli dalam unit sekecil 0.000001 auns troy.
Insiden keselamatan
Tiada insiden keselamatan pernah dihadapi oleh XAUT.
Senarai insiden di atas mungkin tidak lengkap. Adalah penting untuk anda membuat kajian sendiri untuk memastikan anda selesa dengan risiko berkaitan mengenai aset tersebut sebelum melabur.
Bekalan token dan konsentrasi
XAUT mempunyai bekalan tidak terhad, dengan 83.2% XAUT berada dalam edaran setakat Mei 2026. 10 alamat teratas memegang anggaran ~402,230 XAUT(56.4% daripada bekalan token sebanyak ~712,500 XAUT).
Semak pautan luaran ini untuk mengetahui edaran dalam kalangan pemegang tertinggi token XAUT.
Tip
Ingin meneroka Tether Gold? Ketahui mengenai asas-asas XAUT dan dapatkan berita-berita matawang kripto terkini di Luno Discover.
Mahu belajar lebih lagi mengenai cara-cara untuk membeli atau menjual XAUT? Dapatkan jawapannya melalui artikel pusat bantuan kami:
Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.