Ketahui bagaimana untuk mendeposit dana matawang tempatan ke akaun Luno anda dengan menonton video, atau mengikuti langkah-langkah berikut. Jika anda ingin mendapatkan panduan lebih lanjut untuk membuat deposit di negara anda, semak kaedah pembayaran berdasarkan negara di bawah.
Nota
Walaupun akaun anda telah berjaya disahkan, anda masih perlu membaca dan menerima Amaran Risiko sebelum anda boleh mula membuat transaksi.
Berikut adalah cara-cara untuk mendeposit wang
Buka aplikasi Luno dan log masuk
Pilih Portfolio daripada menu
Pilih dompet matawang tempatan anda
Pilih Deposit
Pilih kaedah untuk menambah nilai dompet anda
Ikut arahan yang dipaparkan pada skrin
Deposit di Malaysia
Di Malaysia, anda boleh membuat deposit serta-merta menggunakan FPX atau Touch 'n Go eWallet anda.
Klik pautan di bawah untuk informasi lebih lanjut tentang deposit:
- Bagaimana untuk melakukan deposit menggunakan pemindahan segera FPX di Malaysia?
- Bagaimana untuk membuat deposit menggunakan Touch ‘n Go eWallet di Malaysia?
Nota
Senarai deposit di bawah adalah tidak diterima. Setelah kami menerima maklumat yang diperlukan, wang akan dipulangkan kepada pendeposit:
- Deposit daripada pihak ketiga (dibuat menggunakan akaun bank yang bukan diatas nama anda). Ini termasuk deposit daripada perniagaan yang anda miliki
- Deposit cek dan wang tunai
- Deposit daripada kad debit atau kredit
- Deposit matawang asing atau deposit daripada akaun bank luar negara. Kami cuma menerima matawang MYR daripada akaun MYR bank tempatan