Saya telah mencipta akaun Luno baharu kerana saya tidak dapat mengakses akaun sebelumnya

Jika sebelum ini anda telah mencipta akaun Luno dan kini anda ingin mendaftar akaun baharu, anda akan menghadapi masalah kerana kami hanya membenarkan seorang pelanggan mendaftar satu akaun Luno sahaja. Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana kami akan membantu anda mendapatkan semula akses ke akaun asal dan melakukan kemaskini pada sebarang maklumat yang perlu disunting; seperti terlupa kata laluan, emel atau nombor telefon yang tidak lagi digunakan.

Berikut adalah beberapa solusi untuk mengakses semula akaun asal anda. Namun solusi-solusi ini bergantung pada sebab anda membuka akaun pendua.

Jika anda terlupa alamat emel yang digunakan, ikuti langkah-langkah yang dinyatakan pada artikel ini mengenai bagaimana untuk mencari alamat emel anda.

Anda boleh menggunakan fungsi pemulihan akaun Google untuk mendapatkan semula akses ke alamat Gmail yang digunakan untuk mendaftar akaun Luno asal anda.

Pilih Terlupa e-mel? dan masukkan nombor telefon anda. Pilih Seterusnya dan ikut arahan yang dipaparkan.

Anda boleh mengemaskini nombor telefon yang digunakan pada akaun Luno asal anda dengan mengikuti langkah-langkah di bawah.

Solusi ini tidak akan berfungsi jika:

  • Anda terlupa emel atau kata laluan akaun asal,
  • Telefon yang digunakan sebelumnya ialah peranti dipercayai untuk akaun asal,
  • Atau anda menggunakan aplikasi pengesahan dua-faktor pada akaun asal anda.

Bagaimana untuk mengemaskini nombor telefon anda:

  1. Log masuk ke Luno menggunakan alamat emel dan kata laluan asal

  2. Setelah berjaya, pergi ke Profil, kemudian Tetapan

  3. Pilih Nombor Telefon

  4. Apabila mesej dipaparkan sama ada anda masih mempunyai nombor telefon sebelumnya, pilih TIDAK

  5. Anda akan dibawa ke skrin pemulihan akaun Luno. Ikut arahan yang dipaparkan

Tip

Ketika melakukan proses pemulihan akaun, masukkan maklumat yang berkaitan dengan akaun asal anda – bukan akaun yang baru dicipta.

Anda boleh merujuk artikel ini mengenai kehilangan dan kecurian telefon jika anda menghadapi masalah mendapatkan semula akses ke akaun Luno asal anda disebabkan kehilangan telefon.

Jika langkah-langkah pada artikel ini tidak berfungsi, anda juga boleh menekan butang “Hubungi Sokongan”. Anda akan diminta untuk menyediakan semua maklumat yang diperlukan untuk kami menyelesaikan masalah anda.

Anda boleh menggunakan fungsi pemulihan akaun untuk menukar kata laluan jika anda terlupa kata laluan.

Cara-cara:

  1. Apabila log masuk, masukkan emel akaun Luno asal anda

  2. Pada skrin kata laluan, pilih LUPA KATA LALUAN

  3. Pilih TERUSKAN, kemudian ikut arahan yang dipaparkan pada skrin untuk mengesahkan permintaan anda.

Anda akan menerima emel dari Luno beserta pautan untuk mencipta kata laluan baharu apabila selesai.

Nota

Anda perlu membuka pautan emel dalam tempoh 24 jam menggunakan peranti atau pelayar web yang sama digunakan untuk membuat proses pemulihan akaun.

Anda boleh mendapatkan semula akses ke akaun anda melalui dua kaedah ini:

  1. Batalkan pengesahan dua-faktor untuk mendapatkan semula akses ke akaun anda

  2. Kembalikan pengesahan dua-faktor dengan menggunakan setup key anda

Ikut arahan yang dipaparkan pada artikel Pusat Bantuan kami mengenai kehilangan akses ke aplikasi pengesahan untuk mengetahui cara-caranya.

Masih belum selesai?

Klik butang di bawah untuk memberikan lebih maklumat mengenai masalah anda kepada pasukan sokongan kami. Kami akan membantu anda mendapatkan semula akses ke akaun Luno anda.

 

HUBUNGI SOKONGAN

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda