Saya terlupa alamat emel akaun Luno saya

Jika anda terlupa alamat emel yang digunakan pada akaun Luno anda, jangan risau. Panduan ini akan membantu anda mendapatkan semula alamat emel yang didaftarkan.

Tip

Elak dari mencipta akaun Luno duplikasi. Luno hanya membenarkan satu akaun yang telah disahkan bagi setiap individu, dan sebarang akaun duplikasi/tambahan, walaupun anda telah melengkapkan proses pengesahan identiti (KYC) – akaun anda akan digantung sebagai akaun duplikasi. Kaedah paling pantas dan mudah untuk mendapatkan semula akses adalah melalui kaedah pemulihan semula akaun Luno asal anda.

Langkah 1: Semak akaun emel sedia ada anda

Kaedah paling mudah untuk mengetahui sama ada alamat emel tersebut digunakan pada akaun Luno adalah dengan menyemak peti masuk emel anda sama ada wujud sebarang komunikasi dengan Luno sebelum ini.

  1. Semak akaun emel anda (semak semua alamat emel peribadi dan pejabat yang digunakan)
  2. Cari ‘subject line’: “Welcome to Luno” atau “Selamat Datang ke Luno”
  3. Semak jika ada pengirim yang mempunyai alamat emel berakhir dengan @luno.com jika subject line tidak memaparkan sebarang hasil

Jika anda kehilangan akses ke akaun emel anda:

Jika anda tahu emel yang digunakan tetapi tidak dapat mengaksesnya, gunakan perkhidmatan pemulihan penyedia perkhidmatan emel tersebut:

Langkah 2: Semak kata laluan yang disimpan

Peranti anda mungkin mempunyai jawapan untuk anda. Jika anda pernah membenarkan telefon pintar atau pelayar komputer anda menyimpan maklumat log masuk Luno, anda boleh mendapatkan emel anda melaluinya:

  • Pada peranti iPhone/Mac: Pergi ke Kata Laluan dan cari “Luno”
  • Pada peranti Android/Chrome: Pergi ke Google Password Manager dan cari “Luno”

Langkah 3: Cuba “Teruskan dengan Google atau Apple”

Terdapat kemungkinan anda telah mendaftar akaun Luno menggunakan akaun sosial berbanding dari kaedah memasukkan emel dan kata laluan secara manual. Pada halaman log masuk, pilih Teruskan dengan Google atau Teruskan dengan Apple. Jika akaun wujud melalui fungsi ini, anda akan di log masuk secara automatik.

Langkah 4: Hubungi pasukan Sokongan Luno untuk mengesahkan identiti anda

Jika anda masih gagal untuk mengakses akaun emel, mencari emel daripada Luno atau mengakses akaun Luno anda, pasukan sokongan kami boleh membantu anda mendapatkan maklumat log masuk.

Untuk memastikan dana milik anda selamat, kami perlu mengesahkan terlebih dahulu sama anda merupakan pemilik sebenar akaun tersebut. Langkah ini adalah untuk mengelakkan pencerobohan akaun dari pengguna tidak sah.

Apabila anda menghubungi kami, sila sediakan:

  • Dokumen pengenalan atau Nombor Pasport anda
  • Nombor telefon yang digunakan untuk mendaftar akaun Luno

Nota

Demi keselamatan akaun anda, kami juga memerlukan gambar swafoto anda memegang dokumen identiti agar pasukan kami boleh mengesahkan identiti pengguna dan mengembalikan akses ke akaun anda.

Masih belum selesai?

Klik butang di bawah untuk memberikan lebih maklumat mengenai masalah anda kepada pasukan sokongan kami. Kami akan membantu anda mendapatkan semula akses ke akaun Luno anda.

 

Hubungi sokongan

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?