Saya tidak boleh mengakses aplikasi pengesahan dua faktor. Apa yang perlu saya lakukan?

Amaran keselamatan penting

Luno tidak akan menghubungi anda melalui emel, panggilan telefon atau mesej untuk meminta anda memadam peranti dipercayai, kunci laluan atau menutup fungsi pengesahan dua-faktor (2FA).

Penggodam sering meminta pelanggan untuk menghidupkan fungsi hantar – satu taktik scam biasa dan perlu diambil serius. Kami menyarankan anda untuk menutup fungsi hantar kripto apabila tidak digunakan. Luno tidak akan meminta anda untuk menghidupkannya untuk keselamatan akaun.

Sila berhati-hati dengan sebarang komunikasi yang mendakwa mereka dari Luno dan meminta anda untuk memadam fungs-fungsi keselamatan, terutama jika anda belum ada menghubungi pasukan sokongan Luno terlebih dahulu.

Luno hanya akan membantu anda memadam peranti dipercayai, kunci laluan atau fungsi 2FA hanya selepas anda menghubungi Luno untuk menyelesaikan masalah akses.

Jika anda tidak pasti, berhenti dan hubungi Luno segera menerus aplikasi atau laman web rasmi kami.

Jika telefon anda dicuri, hilang atau aplikasi Google Authenticator/Authy dipadam dari telefon anda, dapatkan semula akses ke akaun anda dengan menutup atau memasang semula fungsi pengesahan dua-faktor (2FA).

Matikan pengesahan dua faktor untuk mendapatkan semula akses ke akaun anda

Untuk mematikan pengesahan dua faktor dan mendapatkan semula akses ke akaun anda:

  1. Mulakan dengan melog masuk ke Luno menggunakan emel dan kata laluan anda

  2. Apabila skrin Masukkan kod 2FA dipaparkan, tekan pada Terdapat masalah? Dan kemudian pilih Saya tidak boleh mengakses aplikasi pengesahan

  3. Anda akan dibawa ke Pemulihan Akaun untuk mematikan 2FA

Nota

Anda perlukan akses ke emel utama dan nombor telefon dan anda perlu mengesahkan maklumat yang berkaitan dengan akaun anda.

Pulihkan semula pengesahan dua faktor menggunakan kunci tetapan (setup key)

Jika anda menyimpan kunci tetapan (setup key) yang disediakan apabila anda menghidupkan pengesahan dua faktor pada akaun anda, ikuti langkah di bawah untuk menggunakan kunci tetapan tersebut untuk memulihkan semula aplikasi pengesahan dua faktor anda dan mendapatkan kembali akses ke akaun anda. Ini adalah contoh kunci tetapan: 77PJ77RTGPPVWQHWIIQG2VPGRKSF6HNS

Google Authenticator

  1. Muat turun dan buka aplikasi Google Authenticator

  2. Pilih Begin dan tambahkan akaun menggunakan pilihan Enter a provided key

  3. Masukkan nama akaun dan kunci tetapan pada ruang Your key, kekalkan pilihan time-based dan tekan butang Add

  4. Berjaya! Anda telah mengembalikan fungsi 2FA dan anda boleh log masuk ke akaun Luno anda

Authy

  1. Muat turun dan buka aplikasi Authy

  2. Masukkan nombor telefon dan sahkan ia melalui panggilan telefon atau SMS

  3. Masukkan akaun pengesahan menggunakan pilihan Enter key manually

  4. Masukkan kunci tetapan, tekan OK

  5. Berjaya! Anda telah mengembalikan fungsi 2FA dan anda boleh log masuk ke akaun Luno anda

Perlu lebih bantuan?

Jika anda tidak mengetahui kunci tetapan pengesahan dua faktor anda dan anda tidak mempunyai akses ke emel utama atau nombor telefon anda, sila hubungi pasukan bantuan kami. Kami akan meminta anda untuk menyediakan swafoto bersama ID dan nota untuk tujuan identifikasi.

Cara-cara

Swafoto yang bagus bersama ID dan nota ialah gambar anda memegang kedua-dua dokumen di bawah dalam satu gambar. Gambar anda hendaklah jelas dan beresolusi tinggi:

  1. Dokumen identiti anda,

  2. Nota bertulisan tangan (nota dicetak tidak akan diterima) yang mengandungi tarikh semasa dan “Untuk set semula 2FA Luno sahaja

Nota

Nota anda perlu dinyatakan dengan spesifik, oleh itu, sebagai panduan:

  • Jika anda ingin set semula 2FA anda, nota anda perlu mengandungi tarikh semasa dan “Untuk kegunaan Luno sahaja, sila set semula 2FA saya”
  • Jika anda ingin kami mengemaskini kata laluan anda, nota anda perlu mengandungi tarikh semasa dan “Untuk kegunaan Luno sahaja, sila kemaskini kata laluan saya”
  • Jika anda ingin kami mengemaskini emel atau nombor telefon anda, nota anda perlu mengandungi tarikh semasa, dan “Untuk kegunaan Luno sahaja, sila kemaskini nombor telefon saya ke [masukkan nombor telefon baru anda]” atau “Untuk kegunaan Luno sahaja, sila kemaskini emel saya ke [masukkan emel baru anda]”

Berikut ialah cara mengambil swafoto yang baik dengan ID dan nota. Sebagai tambahan kepada swafoto, panggilan sekuriti mungkin akan diperlukan. Wakil daripada pasukan bantuan Luno akan menghubungi anda pada nombor telefon yang telah disahkan pada akaun anda.

Setelah kami mengesahkan identiti anda, kami akan mematikan pengesahan dua faktor pada akaun anda.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?