Saya perlu tukar negara pengesahan saya

Kami di Luno sedia membantu! Jika akaun Luno anda disahkan di satu negara, tetapi anda telah berpindah ke negara lain dan mahu menggunakan dompet matawang tempatan negara tempat tinggal baharu anda, terdapat beberapa langkah yang ada perlu ikut untuk memastikan anda boleh terus menggunakan Luno.

Nota

Tidak semua fungsi dan koin Luno tersedia di setiap negara. Jika anda berpindah ke negara baru, anda mungkin akan kehilangan akses ke fungsi dan koin yang tidak tersedia di negara tersebut.

Langkah 1: Kosongkan dompet matawang tempatan anda

Dompet matawang tempatan perlu mempunyai baki kosong. Anda tidak perlu mengosongkan matawang kripto – hanya kosongkan wang dari dompet matawang tempatan

Nota

Anda tidak boleh menyimpan kedua-dua jenis dompet matawang tempatan (baru dan lama).

Tip

Tidak pasti bagaimana untuk mengeluarkan dana anda? Ketahui cara mengeluarkan wang dari dompet Luno anda.

Langkah 2: Beritahu kami

Selepas anda mengosongkan akaun, beritahu kami yang anda telah berpindah ke negara lain dengan memilih Tukar negara saya di bawah.

Kami akan meminta anda untuk:

  1. Beritahu kami negara anda berpindah

  2. Muat naik gambar atau imbasan berwarna pasport anda yang sah

  3. Permit bermastautin (jika ada)

  4. Swafoto yang jelas, berwarna dan baru diambil dalam tempoh 24 jam

Tip

Pastikan anda menyemak dokumen yang diperlukan untuk mengesahkan identiti anda di negara baharu anda.

Selepas menghantar permintaan perubahan negara, kami akan menghubungi anda untuk melengkapkan proses pengesahan semula. Akaun anda tidak dikemas kini sepenuhnya sehingga semua langkah selesai. Sila balas segera sebarang permintaan dokumen dan ambil perhatian bahawa menerima e-mel “ready to transact” tidak bermakna perubahan negara anda selesai.

Setelah dokumen anda disahkan, anda boleh mula membuat deposit ke dompet mata wang tempatan baharu anda.

 

Tukar negara saya

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?