Siapa yang boleh menggunakan fungsi ini?
Fungsi Bundle hanya tersedia untuk pelanggan di Afrika Selatan, Malaysia, Nigeria dan Indonesia. Jenis Bundle yang boleh ditawarkan adalah berbeza di setiap negara.
Anda boleh menyemak pecahan maklumat prestasi Bundle anda melalui aplikasi Luno. Maklumat ini termasuklah prestasi keseluruhan, pengiraan untung dan rugi, dan maklumat aset individu.
Bagaimana untuk memaparkan prestasi Bundle anda
- Log masuk ke Luno
- Pilih Portfolio
- Skrol ke bahagian Bundle pada portfolio anda
- Pilih fungsi Bundle
- Skrol ke bawah untuk memaparkan bahagian-bahagian berikut…
Graf prestasi
Graf ini memaparkan perubahan nilai Bundle Luno Large Cap. Anda boleh melihat peratus kenaikan atau pengurangan nilai Bundle berdasarkan selang masa yang dipilih.
Titik data baharu akan ditambah pada graf pada setiap hari sekitar 8PM (UTC), dengan cara menyemak nilai Bundle dalam USD pada masa yang dinyatakan tadi. Kemudian, nilai ini akan ditukar ke dalam matawang tempatan. Tekan graf tersebut selama beberapa saat dan anda akan dapat melihat bagaimana prestasi Bundle tersebut pada tarikh yang spesifik.
Garisan horizontal yang menerusi graf menunjukkan nilai Bundle pada permulaan selang masa yang dipilih agar anda boleh melihat dengan cepat bagaimana nilai semasa dengan nilai permulaan.
Sila maklum bahawa prestasi lampau bukanlah petunjuk prestasi masa hadapan.
Untung dan Rugi
Bahagian ini merangkumi jumlah keseluruhan prestasi Bundle anda.
- + Wang masuk: Jumlah yang telah dilaburkan dalam fungsi Bundle
- - Caj: umlah kos transaksi dan caj penjejakan yang telah dibayar
- + Perkembangan: Nilai fungsi Bundle anda
- - Wang keluar: Jumlah Bundle yang telah dijual
- = Nilai keseluruhan: Nilai semasa Bundle anda
Melalui maklumat ini, anda boleh menyemak jumlah keuntungan dan kerugian pelaburan anda.
Tip
Jika anda ingin mengetahui bagaimana setiap aset dipilih bagi fungsi Bundle anda, sila rujuk ke halaman maklumat Fungsi Bundle di negara berkenaan.
Maklumat aset
Jadual ini memaparkan:
- Aset yang terkandung dalam Bundle
- % pelaburan bagi setiap aset
- Nilai semasa (dalam matawang tempatan) setiap aset yang terkandung dalam Bundle anda
Anda juga boleh menyemak jumlah aset (atau “konstituen”) yang dimasukkan dalam Bundle anda, dan juga garis masa imbangan semula.
Tip
- Jika anda ingin mengetahui bagaimana aset dipilih dalam Bundle, semak maklumat mengenai Bundle.
- Ingin mengetahui tentang imbangan semula? Artikel ini akan menjelaskan apa itu imbangan semula dan bagaimana ia berfungsi.
Nota
Apa-apa keuntungan yang dijana dari pelaburan fungsi Bundle anda mungkin dikenakan implikasi cukai. Kami mengesyorkan anda untuk berunding dengan penasihat cukai peribadi mengenai potensi implikasi cukai dari pelaburan fungsi Bundle yang ditawarkan oleh Luno.