Apa yang anda perlu tahu mengenai Bundle Luno Large Cap

a basket holding a stack of different crypto coins

Pelaburan dalam pelbagai aset kripto mungkin memerlukan usaha yang keras, namun kini kami bekerjasama dengan CoinDesk untuk menyediakan fungsi Bundle Luno Large Cap: koleksi matawang kripto terbesar dan berprestasi tinggi – kini tersedia dengan satu belian mudah.

Anda bersedia? Mari mulakan!

Apakah aset kripto yang tersedia dalam fungsi Bundle?

Fungsi Bundle mengandungi aset kripto berikut. Pemberatan setiap aset kripto adalah berdasarkan permodalan pasaran masing-masing:

  • Bitcoin (BTC)
  • Ethereum (ETH)
  • Ripple (XRP)
  • Solana (SOL)
  • Binance Coin (BNB) *BNB tidak tersedia untuk pelanggan Luno Malaysia buat masa ini

Nota

Senarai aset kripto mungkin akan berubah selepas setiap sesi imbangan semula setiap suku tahun.

Bagaimana fungsi Bundle berfungsi?

CoinDesk menjejak prestasi permodalan pasaran beberapa matawang kripto terbesar. Permodalan pasaran atau market cap merujuk kepada harga matawang kripto yang didarabkan dengan bekalannya. Sebagai contoh, jika harga aset kripto bernilai $10, dan terdapat 1 juta aset kripto dalam edaran, permodalan pasaran aset kripto tersebut ialah $10 juta.

Aset kripto yang mempunyai permodalan pasaran tertinggi – dan memenuhi kriteria pemilihan CoinDesk – akan dimasukkan dalam Indeks CoinDesk 5 (CD5). Bundle Luno Large Cap akan menjejak indeks ini secara automatik, agar pelanggan Luno boleh memiliki aset kripto paling bernilai dan berprestasi tinggi dalam pasaran kripto.

Alogritma pintar CoinDesk menjejak prestasi matawang kripto disebabkan nilai modal pasarannya boleh meningkat atau menurun. Untuk memaparkan perubahan ini, Bundle Luno Large Cap anda akan diimbangkan semula secara automatik pada setiap suku tahun.

Imbangan semula akan menyelaraskan agihan bagi setiap matawang kripto dalam fungsi Bundle agar ia selari dengan data permodalan pasaran terkini pada suku tahun tersebut. Jika aset kripto yang dahulunya tidak disenaraikan dalam fungsi Bundle menunjukkan prestasi yang tinggi, ia akan ditambah ke dalam fungsi Bundle semasa sesi imbangan semula suku tahun tanpa anda perlu melakukannya.

Tip

Semak artikel ini untuk mengetahui lagi mengenai mbangan semula automatik.

Apa itu Indeks CoinDesk 5 (CD5)

Indeks CoinDesk 5 ialah penanda aras yang direka untuk menjejak prestasi aset digital terbesar dan paling mudah didagangkan. Indeks ini dibangunkan berdasarkan Standard Pengelasan Aset Digital (DACS) iaitu sistem yang mentakrif dan menyusun industri aset digital mengikut kategori, dan membolehkan setiap satu daripada 500 aset teratas (berdasarkan permodalan pasaran) ini dikategorikan mengikut kegunaan dan teknologinya.

CoinDesk menyusun aset digital dalam senarai DACS mengikut permodalan pasaran, kemudian menggunakan pelbagai kriteria untuk menapis senarai tersebut bagi memberi tumpuan kepada 5 aset digital terbesar yang dipilih daripada Indeks CoinDesk 20. Lima aset teratas inilah yang membentuk Indeks CoinDesk 5 (CD5) – dan seterusnya akan dimasukkan dalam pelaburan Large Cap Bundle anda di Luno.

Bagaimana aset kripto dalam fungsi Bundle saya dipilih?

Satu-satu matawang kripto perlu memenuhi kriteria kelayakan berikut untuk disenaraikan sebagai calon berpotensi dalam fungsi Bundle:

  1. Perlu berada dalam senarai 200 matawang kripto teratas dalam laporan DACS terbaru
  2. Perkhidmatan jagaan (cth: perkhidmatan simpanan yang selamat) bagi aset kripto tersebut perlu tersedia dari Coinbase Custody, dan para pelabur boleh mengakses aset kripto tersebut
  3. Bukan stablecoin atau aset kripto meme
  4. Perlu disenaraikan pada Bursa Berkelayakan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh imbangan semula setiap suku tahun

Semua aset kripto yang memenuhi kriteria ini kemudian akan disenaraikan berdasarkan pasaran modal. Aset kripto yang menduduki senarai 20 teratas akan membentuk Selection Universe – iaitu senarai pendek dalam pemilihan aset kripto.

Proses seterusnya ialah proses pemilihan konstituen, yang akan menentukan aset kripto dari senarai 20 teratas untuk disenaraikan dalam fungsi Bundle. Proses ini menggunakan formula yang mempertimbangkan beberapa faktor seperti modal pasaran aset kripto, harga sepanjang 30 hari lepas dan kecairan aset kripto tersebut. Aset kripto yang didagangkan kurang dari tiga Bursa Kelayakan akan dikeluarkan dari senarai ini.

Matawang kripto yang ada di 5 -10 teratas kemudian akan melalui proses pemberatan untuk memastikan jumlah aset kripto yang perlu dimasukkan dalam setiap Bundle. Semua aset kripto ini akan dikumpulkan dan dikira sebagai peratus jumlah modal pasaran, dan satu aset kripto perlu mempunyai sekurang-kurangnya 1% dari modal pasaran untuk dimasukkan dalam perkiraan ini. Sebagai contoh, jika semua jumlah modal pasaran aset kripto yang tersenarai adalah $600 billion, dan modal pasaran Bitcoin ialah $300 bilion, maka Bitcoin akan mengambil 50% dari jumlah keseluruhan Bundle.

Proses pemilihan dan pemberatan ini dilakukan setiap suku tahun (dikenali sebagai imbangan semula) dan terus dikemaskini berdasarkan perubahan pasaran.

Hasilnya? Anda akan memiliki Bundle yang mengandungi matawang kripto terbesar dan berprestasi tinggi. Apabila pasaran berubah seiring waktu, Bundle anda turut berubah secara automatik.

Tip

Baca lagi mengenai Indeks CoinDesk 5 (CD5).


Soalan Lazim

Apakah caj-caj yang dikenakan?

Yuran belian, penjejakan, tambah nilai dan jual dikenakan untuk berkas. Yuran pengimbangan semula dibayar setiap suku tahun, manakala selebihnya dibayar pada tempat jualan.

Nota

Baca artikel ini untuk maklumat pecahan caj-caj yang dikenakan untuk fungsi Bundle.

Apakah jumlah minima dan maksima untuk pembelian dan penjualan Bundle?

Had transaksi dalam jadual ini terpakai apabila anda membuat pembelian, tambah nilai atau penjualan sebahagian Bundle anda.

Negara Minima Maksimum
Afrika Selatan R100 R1,500,000
Malaysia RM25 RM365,000
Nigeria ₦2,500 ₦3,600,000
Indonesia Rp100,000 Rp120,000,000

Adakah saya boleh menjual atau menghantar aset kripto individu dalam Bundle saya?

Jika akaun anda disahkan di Malaysia, anda mempunyai pilihan untuk menarik bundle matawang individu daripada fungsi Bundle anda. Tindakan ini akan memindahkan matawang kripto tersebut keluar dari fungsi Bundle dan dimasukkan ke dompet kripto standard anda. Fungsi Tarik Bundle tidak tersedia di negara-negara lain.

Anda tidak boleh menjual aset kripto individu untuk matawang fiat dari fungsi Bundle anda (terpakai di setiap negara). Anda juga tidak boleh menerima atau menghantar kripto melalui fungsi Bundle.

Adakah terdapat halangan masa untuk menjual fungsi Bundle saya?

Ya, dan terdapat satu tempoh sahaja di mana anda tidak boleh menjual fungsi Bundle anda – iaitu pada setiap sesi imbangan semula suku tahun selama 1.5 jam. Sesi ini akan dilakukan pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober.

Ini bermaksud fungsi Bundle akan dihentikan seketika pada hari bekerja kedua bagi bulan-bulan yang dinyatakan di bawah:

  • Januari: 7:45 PM - 9:15 PM (UTC)
  • April, Julai, Oktober: 6:45 PM - 8:15 PM (UTC)

Apa itu imbangan semula?

Apabila nilai aset kripto dalam fungsi Bundle anda meningkat atau menurun, fungsi Bundle akan diimbangkan semula secara automatik pada setiap suku tahun dengan mengagihkan lebih dana terhadap aset kripto berprestasi tinggi dan kurang pengagihan pada aset kripto berprestasi rendah, jika perlu. Baca lagi untuk mengetahui maklumat mengenai imbangan semula fungsi Bundle berfungsi dan bagaimana ia berfungsi.

Bila sesi imbangan semula akan berlaku?

Sesi imbangan semula akan dibuat pada hari bekerja kedua dalam bulan Januari, April, Julai dan Oktober.

Bagaimana untuk menjejak prestasi Bundle saya?

Anda boleh menyemak prestasi Bundle anda melalui skrin Portfolio. Pergi ke PELABURAN ANDA, skrol ke bawah dan tekan Bundle. Kemudian tekan Luno Large Cap.

Tip

Semak artikel ini untuk mengetahui cara-cara menjejak prestasi Bundle anda.

Adakah penyertaan fungsi Bundle akan dikenakan cukai?

Ya. Pembelian aset kripto dasar, imbangan semula dan penyusunan semula atau penjualan semua atau sebahagian Bundle berkemungkinan akan memberi impak terhadap percukaian.

Nota

Kami menggalakkan anda untuk berunding dengan penasihat cukai peribadi terhadap implikasi cukai apabila anda melabur dalam fungsi Bundle Luno Large Cap.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?