Jika anda telah menghantar kripto ke alamat dompet dan penerima masih belum menerimanya, anda boleh menyemak status transaksi pada blockchain explorer untuk melihat apa yang berlaku. Sebelum kami menerangkan dengan lebih lanjut, baca dahulu penerangan ringkas mengenai rantaian blok dan blockchain explorer.
Untuk menyemak status transaksi anda, anda perlu mendapatkan ID transaksi bagi hantaran kripto anda. Setelah anda telah menyalin ID transaksi, anda boleh mencari transaksi anda pada blockchain explorer.
Cara cara
Pada aplikasi Luno:
-
Pergi ke Dompet
-
Buka dompet kripto yang telah dihantar
-
Pilih transaksi yang anda mahu semak, dan anda sepatutnya boleh melihat semua maklumat transaksi, termasuklah ID transaksi
-
Salin ID transaksi
Nota
Transaksi ID (juga dikenali sebagai transaksi hash) ialah alamat unik transaksi pada rantaian blok yang berfungsi sebagai bukti bahawa transaksi telah berlaku, sama seperti penyata bukti pembayaran.
Pada blockchain explorer
-
Pergi ke blockchain explorer yang anda mahu menyemak transaksi
-
Tampalkan ID transaksi pada bar carian
-
Pada skrin transaksi, anda boleh melihat bahawa transaksi telah disahkan, tidak atau gagal
Tip
Anda boleh menyemak pelayar rantaian blok bagi setiap matawang kripto dalam artikel ini.
Pastikan anda
-
Secara asasnya, platform kripto memerlukan bilangan pengesahan tertentu pada rantaian blok untuk memastikan transaksi berjaya. Artikel ini akan memberikan anda sedikit idea tentang pengesahan, berapa banyak pengesahan yang diperlukan Luno dan mengapa.
-
Bergantung pada matawang kripto yang dihantar, minimum jangkaan tempoh terima bagi penerima Luno di antara lima minit hingga dua jam, manakala platform kripto yang lain mungkin boleh mengambil masa sehingga dua hari. Aktiviti rangkaian yang tinggi boleh melambatkan lagi proses ini.
-
Apabila menerima atau menghantar XRP,Tag XRP yang sah mungkin diperlukan untuk memastikan transaksi sampai ke destinasinya. Apabila menyemak status transaksi XRP pada blockchain explorer, ia mungkin akan dipaparkan sebagai berjaya, tetapi, tanpa alamat dan tag, wang tersebut mungkin tidak diagihkan dengan tepat. Ketahui lebih lanjut tentang apakah tag XRP.