Bagaimana untuk menjadikan kripto saya sebagai Stake di Luno?

illustration of a wallet with Luno's staking icon on it

Siapa yang boleh menggunakan fungsi ini?

Fungsi Stake hanya tersedia untuk pelanggan di Malaysia dan Afrika Selatan.

Ingin menerima lebih kripto? Fungsi Stake membolehkan anda mengagihkan kripto milik anda ke dalam dompet Staking untuk satu tempoh masa dalam usaha mengumpul ganjaran. Mari mulakan.

Bagaimana untuk menjadikan kripto anda sebagai Stake dan menerima ganjaran

Jika anda telah mempunyai kripto pada akaun Luno anda, ikuti langkah-langkah ini:

  1. Log masuk ke aplikasi Luno anda
  2. Pada bahagian atas skrin Portfolio, pilih STAKE
  3. Pilih coin yang ingin dijadikan Stake
  4. Semak maklumat yang dipaparkan pada skrin dan tekan SETERUSNYA
  5. Pada skrin seterusnya, tekan MULA STAKE
  6. Anda akan diminta untuk membuat deposit atau membeli kripto jika dana dalam portfolio anda tidak mencukupi. Ikut arahan yang dipaparkan untuk menyertai Stake
  7. Masukkan amaun yang ingin dijadikan Stake dan tekan SEMAK STAKE
  8. Pada skrin seterusnya, semak terma yang dipaparkan. Jika anda berpuas hati, pilih terima dan tekan STAKE SEKARANG

Berjaya! Anda telah menjadikan kripto anda sebagai Stake dan anda akan menerima ganjaran dalam masa terdekat.


Soalan lazim

Matawang kripto apakah yang boleh dijadikan sebagai Stake?

Anda boleh menyertai fungsi Stake ADA, ATOM, AVAX, DOT, ETH, NEAR dan SOL di Luno. Sokongan bagi fungsi Stake berbeza berdasarkan negara. Jika anda tidak dipaparkan dengan pilihan Stake bagi aset-aset kripto tersebut, berkemungkinan Luno belum lagi menyokong perkhidmatan ini di negara anda.

Di manakah saya boleh menyemak kripto yang telah dijadikan Stake?

Anda boleh menyemak kripto yang dijadikan Stake pada Dompet Staking, di seksyen Jumlah pendapatan pada skrin Dompet.

Bagaimana untuk menukar jumlah kripto yang telah dijadikan Stake?

Anda boleh menambah lebih kripto dengan pilihan STAKE atau dapatkan kripto anda kembali dengan pilihan TARIK pada bahagian atas Dompet Staking anda.

Bagaimana Ganjaran berfungsi?

Anda akan menerima Peratus Ganjaran Tahunan (ARP), iaitu jumlah peratus yang boleh diterima setahun. Ganjaran ini akan dibuat secara berkala secara beberapa hari, yang akan dipaparkan dengan jelas pada aplikasi.

Nilai ARP akan turun dan naik kerana ia bergantung kepada keadaan pasaran. Kami akan sentiasa mengemaskini kadar ganjaran terkini melalui aplikasi, oleh itu, sila lakukan semakan terlebih dahulu sebelum anda mula komited untuk melabur.

Anda mungkin akan dikenakan tempoh menunggu sebelum Stake anda aktif, bermaksud anda mungkin perlu menunggu beberapa hari sebelum anda boleh mula menerima ganjaran anda. Harap maklum bahawa tempoh menunggu ini adalah di luar kawalan Luno – kerana ia bergantung kepada rekabentuk rantaian blok serta jumlah permintaan pada rantaian blok, yang mana boleh dan memulakan giliran.

Tip

Semak artikel ini untuk lebih maklumat mengenai bagaimana ganjaran Staking berfungsi.

Adakah terdapat sebarang caj dikenakan terhadap fungsi Stake?

Luno tidak mengenakan caj untuk menjadikan kripto anda sebagai Stake, atau apabila anda menarik Stake anda. Namun, kami mengenakan caj perkhidmatan staking. Caj perkhidmatan ini telahpun ditolak dari bayaran yang anda terima, oleh itu ARP yang dipaparkan ialah apa yang anda akan terima selepas penolakan caj ini.

Tip

Lawati halaman Caj dan Had untuk memaparkan caj perkhidmatan staking kami.

Bolehkah saya membuat transaksi dengan kripto yang disimpan sebagai Stake?

Tidak. Apabila kripto anda dijadikan Stake, anda tidak boleh menggunakannya sehingga anda menarik balik Stake anda.

Berapa lama tempoh diperlukan untuk menarik balik Stake?

Dalam keadaan biasa, anda akan mendapat akses kepada kripto anda yang tidak dipertaruhkan dalam masa satu hari. Rantaian blok mempunyai protokol pertaruhan yang ditetapkan antara 1 hingga 28 hari, bergantung kepada jenis mata wang kripto. Luno mempunyai proses untuk memulangkan kripto anda dengan lebih cepat daripada itu, tetapi jika terdapat permintaan tinggi untuk membuka pertaruhan, kami akan kembali kepada protokol rantaian blok yang mengambil masa beberapa hari. Ketahui lebih lanjut tentang tempoh menunggu untuk membuka pertaruhan.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?