Bagaimana untuk menjadikan kripto saya sebagai Stake di Luno?

illustration of a wallet with Luno's staking icon on it

Siapa yang boleh menggunakan fungsi ini?

Fungsi Stake hanya tersedia untuk pelanggan di Malaysia dan Afrika Selatan.

Ingin menerima lebih kripto? Fungsi Stake membolehkan anda mengagihkan kripto milik anda ke dalam dompet Staking untuk satu tempoh masa dalam usaha mengumpul ganjaran. Mari mulakan.

Bagaimana untuk menjadikan kripto anda sebagai Stake dan menerima ganjaran

Jika anda telah mempunyai kripto pada akaun Luno anda, ikuti langkah-langkah ini:

  1. Log masuk ke aplikasi Luno anda

  2. Pada bahagian atas skrin Dompet, pilih STAKE

  3. Baca maklumat yang dipaparkan, dan pilih SETERUSNYA

  4. Anda akan diarahkan untuk membuat deposit, atau membeli kripto jika dana semasa dalam dompet kripto anda tidak mencukupi untuk dijadikan Stake. Ikut arahan dan anda boleh menjadikan kripto anda sebagai Stake dengan mengikuti langkah seterusnya

  5. Masukkan amaun yang ingin dijadikan Stake dan pilih SETERUSNYA

  6. Baca nota pop-up dan jika anda berpuas hati, pilih TERIMA

  7. Sahkan anda telah membaca dan memahami Terma & Syarat fungsi Stake, serta risiko, kemudian pilih STAKE SEKARANG

Berjaya! Anda telah menjadikan kripto anda sebagai Stake dan anda akan menerima ganjaran dalam masa terdekat.


Soalan lazim

Anda boleh mempertaruhkan Cardano, Ethereum atau Solana.

Anda boleh menyemak kripto yang dijadikan Stake pada Dompet Staking, di seksyen Jumlah pendapatan pada skrin Dompet.

Anda boleh menambah lebih kripto dengan pilihan STAKE atau dapatkan kripto anda kembali dengan pilihan TARIK pada bahagian atas Dompet Staking anda.

Anda akan menerima Peratus Ganjaran Tahunan (ARP), iaitu jumlah peratus yang boleh diterima setahun. Ganjaran ini akan dibuat secara berkala secara beberapa hari, yang akan dipaparkan dengan jelas pada aplikasi.

Nilai ARP akan turun dan naik kerana ia bergantung kepada keadaan pasaran. Kami akan sentiasa mengemaskini kadar ganjaran terkini melalui aplikasi, oleh itu, sila lakukan semakan terlebih dahulu sebelum anda mula komited untuk melabur.

Anda mungkin akan dikenakan tempoh menunggu sebelum Stake anda aktif, bermaksud anda mungkin perlu menunggu beberapa hari sebelum anda boleh mula menerima ganjaran anda. Harap maklum bahawa tempoh menunggu ini adalah di luar kawalan Luno – kerana ia bergantung kepada rekabentuk rantaian blok serta jumlah permintaan pada rantaian blok, yang mana boleh dan memulakan giliran.

Tip

Semak artikel ini untuk lebih maklumat mengenai bagaimana ganjaran Staking berfungsi.

Luno tidak mengenakan caj untuk menjadikan kripto anda sebagai Stake, atau apabila anda menarik Stake anda. Namun, kami mengenakan caj perkhidmatan staking. Caj perkhidmatan ini telahpun ditolak dari bayaran yang anda terima, oleh itu ARP yang dipaparkan ialah apa yang anda akan terima selepas penolakan caj ini.

Tip

Lawati halaman Caj dan Had untuk memaparkan caj perkhidmatan staking kami.

Tidak. Apabila kripto anda dijadikan Stake, anda tidak boleh menggunakannya sehingga anda menarik balik Stake anda.

Penarikan Stake kripto dan memindahkannya ke dompet kripto normal boleh mengambil masa beberapa hari. Tempoh masa yang diperlukan untuk memindahkan dana dari Dompet Kripto adalah bergantung kepada rantaian blok dan permintaan pada rangkaian. Sila ambil maklum bahawa perkara ini adalah di luar kawalan Luno, namun kami sentiasa akan menyediakan jangkaan tempoh menunggu pada aplikasi sebelum anda boleh melabur.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda