Berhati-hati dengan penipuan token palsu

Nota

Tether (USDT) adalah tidak disokong oleh Luno Malaysia. Namun kami telah menerbitkan artikel versi Bahasa Melayu untuk memastikan anda memastikan anda peka dengan penipuan yang hampir sama dengan token ini.

Kami mendapati terdapat satu penipuan yang melibatkan token kripto palsu, biasanya pemalsuan Tether (USDT) yang dihantar ke pelanggan. Walaupun pembayaran telah disahkan pada rantaian blok, dana sebenarnya tidak diterima ke dompet Luno anda.

Bagaimana ia berfungsi

Tidak sukar untuk mencipta matawang kripto baru. Scammer boleh mencipta token ERC-20 mereka sendiri, dan boleh menamakannya sebagai “Tether” atau “USDT”, tetapi token-token ini tidak langsung mempunyai kaitan dengan Tether atau USDT yang sebenar. Ia bukan datang dari Tether dan ditambat pada Dolar AS. Paling penting, ia langsung tidak mempunyai nilai.

Dengan menggunakan bekalan token “USDT” palsu, scammer akan memperdayakan yang anda telah menerima USDT sebenar. Transaksi akan kelihatan sahih pada luarannya: jika anda menyemak di blockchain explorer dan memasukkan ID transaksi yang diberikan, anda akan melihat penghantaran “USDT” berkenaan memang telah dilaksanakan.

Blockchain explorer akan memaparkan sejumlah “USDT” telah dihantar dan disahkan ke dompet Luno anda. Namun, token yang dimaksudkan tidak dipaparkan pada aplikasi Luno, walaupun anda mendapati ia telah pun disahkan pada rantaian blok. Ini kerana tiada USDT sebenar yang dihantar kepada anda selain dari satu token tiada nilai yang menyamar sebagai “USDT”.

Bagaimana untuk mengenali USDT palsu

  1. Lawati etherscan.io dan pada bar Search, masukkan ID transaksi (yang juga dikenali sebagai TxID atau hash transaksi) bagi transaksi yang ingin disemak

  2. Anda akan dipaparkan dengan maklumat transaksi yang ingin disemak. Pada barisan Transaction Action pilih nama token untuk melihat maklumat selanjutnya

    a screenshot from Etherscan with the token's name highlighted
  3. Selidik halaman maklumat token dan gunakan jadual di bawah untuk menyemak sama ada token yang diterima adalah palsu atau sebenar:

Token sebenar

Token palsu

Memaparkan ikon yang betul dan mempunyai tanda checkmark di sebelah nama token.

Tether USDT token with correct green 'T' logo and verified checkmark

Mungkin tidak memaparkan ikon yang betul, dan tidak mempunyai checkmark disahkan di sebelah nama token.

Fake grey USDT icon without verified checkmark

Mempunyai berjuta-juta pemegang dan jumlah pindahan.

Frame 481915.png

Jumlah pindahan dan pemegang yang amat sedikit.

Frame 481916.png

Mempunyai jangkaan harga dan mempunyai permodalan pasaran bernilai tinggi.

Frame 481917.png

Harga dan permodalan pasaran tidak wujud, kosong atau teramat rendah.

Frame 481918.png

Alamat kontrak token betul. Sebagai contoh, kontrak token USDT adalah: 0xdAC17F958D2ee523a2206206994597C13D831ec7.

6.png

Alamat kontrak token salah. Ia tidak sepadan dengan alamat yang dinyatakan oleh sumber rasmi seperti dokumentasi pengeluar token sebenar.

18.png

Anda boleh menyemak pautan laman web rasmi, media sosial, kertas putih milik pengeluar token yang sebenar.

Frame 481921.png

Tiada pautan laman web, media sosial rasmi atau kertas putih yang berkaitan dengan pengeluar token.

Frame 481922.png

 

USDT bukan satu-satunya token yang dipalsukan oleh scammer. Anda juga boleh mengikuti pendekatan serupa yang dinyatakan di atas untuk menyemak token-token yang dihantar kepada anda.

Bagaimana untuk mengelakkan penipuan token palsu

  • Sentiasa peka dengan tawaran yang anda tidak lakukan, contohnya apabila ada seseorang mahu menjual kripto secara terus kepada anda

  • Pertimbangkan untuk membeli kripto pada bursa yang bereputasi, berbanding dari seseorang yang anda kenali secara atas talian

  • Fahami bahawa sebarang transaksi yang disahkan pada rantaian blok tidak bermaksud yang nilai sebenar telah dipindahkan. Sentiasa semak nilai transaksi (bukan jumlah token yang dihantar, namun nilai sebenar token tersebut) dan harga token

Tip

Jika anda mendapati yang anda telah ditipu dan telah kehilangan wang akibat scam, baca artikel ini untuk mengetahui apa yang perlu anda lakukan , atau ikuti pautan ini untuk melaporkan pada Luno. Untuk lebih maklumat mengenai topik ini, semak panduan Ethereum untuk mengenalpasti token palsu.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda